
“Oh,
mungkin dalam dunia DAP komen yang menghina agama itu bukan
kesalahan. Hanya perlu ketawakan sahaja kebodohan itu,” sindirnya
di laman Facebooknya.
Khairy
juga sudah menjangkakan akan menerima komen yang negatif daripada
beberapa pihak yang tidak senang beliau membandingkan kes Kelvin Yip
dengan Kiki yang dihukum kerana menjadi pembuli jalan raya.
“Perbandingan
saya buat antara Kiki dan Kelvin bukan pada jenis kesalahan tetapi
dari segi penguatkuasaan undang-undang.
“Walaupun
kes berbeza, kedua-dua Kiki dan Kelvin telah menjadi isu ‘public
interest’ atau kepentingan umum.
“Jika
kedua-dua disyaki melanggar undang-undang, kita nak melihat tindakan
yang pantas dan cepat. Perbandingannya di situ, bukan dari sudut
jenis kesalahan,” jelasnya.
“Jika
Malaysia ingin terus menjaga keharmonian dan sensitiviti kaum,
tindakan (penguatkuasaan undang-undang) yang adil dan tegas harus
dilaksanakan dan bukannya hanya ditangani dengan nasihat ‘Chill
lah’, ‘Just laugh it off’.
“Satu
lagi, kes Kelvin ini bukan lesen untuk mana-mana pihak buat komen
yang rasis kepada mana-mana kaum. Jangan dia (Steven) pula jadi
Kelvin,” ujarnya.
Sebelum
itu, Steven berkata Khairy telah mencuba meniupkan isu perkauman
selepas membuat kenyataannya berhubung isu Kelvin Yip yang menghina
sambutan Hari Raya.
Steven
tidak setuju dengan kenyataan Khairy kerana beliau melihat dua kes
ini adalah berbeza kerana Kiki dengan kesalahannya merosakkan harta
di jalan raya dan Kelvin dengan kenyataan perkauman dalam Facebook.
Katanya
lagi, saban hari masyarakat kita menjadi semakin tegang dengan
isu-isu perkauman dari isu Kiki, Shahul Hamid dan Kelvin Yip.
“Pemimpin
bukan mencuba untuk meleraikan ketegangan dan mengasuh kepada
keharmonian tetapi malah mengapi-apikan lagi dan menjadikan keadaan
semakin tegang,” tegasnya.
No comments :
Post a Comment