Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, August 16, 2014

PKR MAKIN MENGGELETAR BILA KHALID UMUM, DUN SELANGOR TUNGGU MASA UNTUK BUBAR SEBAIK-BAIK SAHAJA KEPULANGAN DYMM SULTAN SELANGOR!!!


Dulu Anwar umumkan 30 Ahli Parlimen akan serta PKR dan dia akan menjadi PM, sekarang Azizah umumkan 30 orang ADUN sudah menyebelahinya menjadi MB, tetapi Anwar sekali lagi dikejutkan dan digentarkan oleh Khalid Ibrahim menerusi pengumuman tidak rasmi Khalid bahawa penyelesaian bagi segala kemelut yang berlaku di Selangor boleh diselesaikan menerusi pembubaran DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.


Pakatan Rakyat menguasai majoriti lebih dua pertiga di DUN Selangor dan sepatutnya dapat menjalankan pentadbiran negeri dengan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk meluluskan apa-apa undang-undang atau peraturan baru. Malahan bajet Kerajaan Negeri pun, berada sepenuhnya dalam kawalan Pakatan Rakyat.

Malangnya ketamakan dan keserakahan nafsu Anwar Ibrahim, menggagalkan segala-galanya. Di sebalik pujian melambung yang diberikan kepada Khalid Ibrahim kerana berjaya membuatkan Selangor mempunyai rezab tunai RM3.2 bilion, rupa-rupanya Anwar Ibrahim meleleh-leleh air liur untuk menggunakan wang tersebut buat kepentingan dirinya.

Fikirnya, Khalid Ibrahim tidak akan melawan dan menuruti sahaja kehendaknya kerana kebanyakan pemimpin PKR memang begitu sifatnya. Disuruhnya Khalid letak jawatan, Khalid enggan. Dibuatnya KAJANG MOVE, tetapi Khalid kemudian mengatur langkah, melawan bahkan membiayai PRK DUN Kajang yang merupakan sebahagian daripada rancangan jahat Rafizi Ramli yang disuruh oleh Anwar Ibrahim.

Khalid sudah menang di situ apabila RM50 juta yang dikeluarkan oleh Khalid untuk membeli undi bagi memenangkan Wan Azizah, mempunyai bukti dan arahan daripada Anwar Ibrahim. Malah kepada siapa pun wang tersebut diserahkan, turut dicatatkan dengan teliti.



Begitu juga dengan SKANDAL SPLASH yang dipaksa oleh Anwar Ibrahim untuk Kerajaan Negeri Selangor membayar kroninya wang berjumlah RM2.5 bilion walaupun jumlah sebenarnya hanyalah RM250 juta iaitu jumlah yang dibayar oleh Khalid kepada pemegang konsesi SPLASH.


Anwar gagal lagi memperolehi duit negeri Selangor sepertimana yang dihajatinya. Namun pada masa yang sama, Anwar juga gagal menyedari bahawa Khalid Ibrahim sudah memasang perangkap untuk menjerat Anwar Ibrahim.

Bila umumkan yang Wan Azizah sudah ada 30 orang ADUN yang menyokongnya termasuklah dua orang ADUN PAS, Anwar menjangkakan, Khalid Ibrahim sudah kena checkmate dan Khalid tidak ada pilihan lain kecuali letak jawatan Menteri Besar.

Namun, Khalid masih ada senjata terakhir. Khalid menunjukkan kepatuhannya kepada perintah DYMM Sultan Selangor agar dia tidak buka mulut, tidak banyak melayan isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan menyerahkan keputusan akhir kedudukan Menteri Besar Selangor kepada baginda tuanku.

27 Ogos, itu adalah tarikh yang diberikan oleh Khalid Ibrahim yang sudah cukup menggentarkan Anwar Ibrahim dan PKR serta DAP secara keseluruhannya.

Kalau berlaku PRN Selangor seperti yang dijangkakan oleh semua pihak, DAP tidak banyak terjejas kerana kerusi-kerusi DUN yang ditandingi semuanya bermajoriti Cina. PAS mungkin akan menambah bilangan kerusi DUN yang dikuasainya berbanding PRU-13. Manakala UMNO-BN akan memperbaiki jumlah kerusi DUN yang dikuasai.

Yang paling banyak kerugian adalah PKR. Dengan imej PKR yang dilihat sebagai sebuah parti Anwar Ibrahim yang penuh serakah, ketamakan serta terlalu mementingkan Anwar Ibrahim, kebanyakan penyokong atau pengundi PKR sebelum ini, kebanyakannya tidak dapat menahan perasaan meluat dan benci. Apatah lagi PKR dilihat terlalu sibuk untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarganya berbanding mengambil peduli hal rakyat. Sehinggakan demi Anwar, Khalid Ibrahim yang dikatakan seorang Menteri Besar yang baik pun, telah cuba dipecat dan disingkirkan semata-mata kerana memenuhi kehendak KETUM.

Lebih penting, semata-mata  untuk memenuhi nafsu Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS berpecah. Kebanggaan kononnya kewujudan Pakatan Rakyat telah berjaya memecahkan tembok yang dibina oleh BN, akan hilang kerana Anwar lebih rela melihat Pakatan Rakyat berpecah demi mencapai maksudnya!

Sekali lagi Anwar Ibrahim kena main dek Khalid Ibrahim dan ancaman Pilihanraya Negeri Selangor oleh Khalid Ibrahim bukan sahaja akan memusnahkan keinginan dan hasrat Anwar Ibrahim, bahkan keseluruhan Pakatan Rakyat itu sendiri!!!

1 comment :

Anonymous said...

Salam.Mengapa blogger blogger sekarang banyak advertise OTWC...old town wnite coffee, kan itu kepunyaan Ngeh ????

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.