Golongan penyembah Anwar Ibrahim di dalam PAS
cukup berang jika kes liwat Anwar Ibrahim diulangsebut. Sehinggakan ada yang
sangup mengkafirkan sesama jemaah jikalau perkara itu dipertegaskan berdasarkan
bukti-bukti fizikal, klinikal dan forensik.
Akhirnya ia menjadi perkara 'taboo' dan
ahli-ahli PAS tidak boleh menyebutnya secara terbuka kerana dianggap melanggar
Presiden sekalipun sebenarnya Anwar Ibrahim tiada kena-mengena dengan Tuan Guru Presiden mahupun
Almarhum bekas Tuan Guru Presiden PAS yang lalu.
16 tahun lalu, jemaah PAS mencari kebenaran
dengan bermohon kepada Allah SWT menyelamatkan Anwar yang Pas yakini telah
dizalimi oleh Mahathir. Tanpa usul periksa yang mencukupi, pimpinan Pas pada
waktu itu menelan bulat2 kata-kata Anwar, bahawa dia telah dizalimi. Pas turut
memanjangkan lagi fitnah Anwar bahawa dia adalah mangsa konspirasi. Pihak Polis,
Ahli Kimia, Doktor Perubatan, Hakim-Hakim, Pendakwaraya dan entah berapa banyak
lagi pihak yang menurut Anwar berkonspirasi dengan Mahathir untuk
menjatuhkannya.
Kesan dari momokan Anwar itu boleh dilihat
sehingga hari ini bilamana ramai rakyat dengan mudah memperolok-olokkan Mahkamah,
Polis dan Institusi Kehakiman pada hari ini. Ia menunjukkan seolah-olah semua
institusi ini terlalu jahat dan yang baik hanyalah Anwar dan Wan Azizah sahaja.
Ia juga untuk menunjukkan kebenaran apabila
berita Anwar Ibrahim dipecat dari UBN dan Kabinet Kerajaan Malaysia dilihat
sebagai satu penganiayaan daripada rejim zalim yang diketuai oleh Mahathir
Mohammad.
Yang tidak sabar-sabar dengan petunjuk dari
Allah SWT, telah membuat keputusan berdasarkan logik akal dan nafsu. Namun
kebenaran yang ditunggu-tunggu, terungkap dengan sendiri tanpa boleh dinafikan
oleh para penyokong Anwar, baik dalam PKR, UBN mahupun PAS.
Kebenaran tersebut adalah menerusi hujah
barisan peguambela Anwar Ibrahim sendiri yang mengakui Anwar Ibrahim melakukan
perbuatan meliwat walaupun tujuan mereka adalah untuk membuktikan bahawa liwat
antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan adalah atas dasar suka sama suka.
16 tahun lalu juga seluruh ahli-ahli dan
pemimpin PAS termasuklah Imam Besar Masjid Negara pada waktu itu mengadakan
solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah SWT tentang kebenaran tuduhan
tersebut. Mangsa liwat pada waktu itu adalah Azizan Abu Bakar, bekas pemandu
peribadi Wan Azizah.
Anwar tidak mengakui perbuatan songsangnya
walaupun mahkamah kemudian mendapati dia bersalah dan dia dijatuhi hukuman
penjara selama 6 tahun kerana kesalahan meliwat dan 8 tahun kerana rasuah
salahguna kuasa yang perlu dijalani secara berasingan. Anwar bagaimanapun,
tidak sempat menjalani hukuman penjara bagi kesalahan meliwat apabila dia
dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan kerana masalah 'tarikh kejadian'.
Bagaimana agaknya para penyokong Anwar
Ibrahim yang bersembunyi di dalam PAS boleh menerima hakikat yang diungkapkan
sendiri oleh peguam-peguam Anwar dalam kes rayuannya di Mahkamah Persekutuan
dalam tempoh empat hari ini? Adakah mereka masih mahu menyatakan bahawa sesiapa
di kalangan ahli-ahli PAS yang percaya Anwar mengamalkan perbuatan liwat, maka
mereka adalah ANJING UBN?
1 comment :
PADANLAH TAKUT BERSUMPAH LAKNAT.
PERANGAI NATANG RUPANYA.
NI KALAU JADI PM HABIS SEMUA DI TUTUH....
DAHSYAT........ TETAPI ORANG ADA PHD PUN SOKONG DIA.
HARAM HALAL DI LUPAKAN......
Post a Comment