Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Saturday, November 1, 2014

SUT MAHAL BRIONI KEPADA SAIFUL SEBENARNYA DIPAKAI JAMES BONDI : ANTARA INTIPATI HUJAH KETUA PASUKAN PENDAKWAAN KES LIWAT II ANWAR

Antara hujah menarik perhatian kita dari Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah di pagi hari Jumaat, 31 Oktober 2014.

(Hujahnya akan disambung di sebelah pagi hari Isnin (petang Isnin tiada pendengaran)
kemudian diikuti hujjah penggulungan oleh ketua pembelaan Anwar iaitu Datuk Gopal Sri Ram pada pagi Selasa)

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, saiful merupakan bekas pelajar tercicir, berpakaian sut mahal dan diberi elaun lumayan serta dihantar ke luar negara.

Merujuk keterangan Saiful, Shafee berkata bekas pembantu ketua pembangkang itu dibayar gaji pokok RM1,000 tetapi diberi elaun US$1,000 bagi perjalanan ke Singapura dan HK$1,000 semasa dihantar ke Hong Kong.

Saiful juga berpakaian sut jenama mahal, kata Shafee, yang menambah perkara itu perlu diberi perhatian dalam menunjukkan wujud "hubungan".

Dan ketahuilah kau orang semua Fakta ini. Saiful Bukhari beri keterangan secara bersumpah dan disoal balas Karpal Singh. Anwar  pulak beri keterangan tanpa bersumpah dan tak boleh disoal balas oleh pendakwaraya


Malah waktu Saiful Bukhari memberikan keterangan diperingkat mahkamah tinggi Anwar Ibrahim mohon pada mahkamah agar ianya dibicarakan secara tertutup dan tidak boleh dihebahkan keterangan keterangan yang Saiful Bukhari berikan. -

 


4. Anwar juga memberikan Saiful sut Brioni yang bernilai hampir Rm 24,000 (USD 7,700) yang pada mana sebahagian daripada mereka yang hadir ke mahkamah hari ini tidak pernah dengar pun jenama ini. Tetapi mengapa Anwar hendak menjaga dengan baik hubungan beliau dengan Saiful, soal Shafee.
http://www.brioni.com/

5. Selepas Saiful menguruskan jadual perjalanan seharian, Anwar telah bertanya, “Can I f*ck you today?” Ini jelas menunjukkan keintiman perhubungan tersebut, ujar Shafee.

Saiful agak keberatan dan ini telah menimbulkan kemarahan Anwar di mana Saiful telah didominasi sepenuhnya (secara mental) oleh Anwar dan mereka ke bilik tidur utama untuk melakukan aktiviti liwat tersebut.

6. Shafee berkata bahawa kejadian liwat itu telah berlaku di antara 3 petang sehingga 4.30 petang di Kondominium Damansara. Hujah Shafee menyatakan bahawa Anwar meliwat Saiful tanpa kerelaan Saiful tetapi tidak bermaksud tanpa kebenaran. Ini adalah satu dilema psikologi dan moral apabila seorang individu yang dominan, majikan dan juga idola seperti Anwar Ibrahim mahu meliwat Saiful.

Perbuatan meliwat ini tidak ada kaitan dengan kebenaran kerana pada waktu ini Saiful telah tergamam dan tindakan tanpa melawannya itu dianggap tanda persetujuan oleh Anwar Ibrahim.

Liwat tersebut berlaku dengan tanpa kerelaan Saiful Bukhari. Maka dengan itu, Saiful bukanlah bersubahat dalam melakukan aktiviti liwat tersebut.

Atas bukti-bukti seperti ini, apa yang dikatakan oleh Saiful ada kebenarannya. Saiful takut kepada Anwar. Ini dapat dijelaskan dengan baik oleh gambar yang pihak peguambela sendiri bawa pada hari pertama yang menunjukkan Saiful masih menghidangkan air di rumah Anwar sehari selepas diliwat.

Muka Saiful bukanlah muka individu yang gembira ataupun ceria. Tetapi muka seseorang yang terpaksa berselindung di atas kejaidan trauma yang berlaku kepada dirinya sehari sebelum itu.

7. DNA ‘Lelaki Y’ yang ditemui di dalam dubur Saiful adalah sama dengan DNA yang diperoleh dari lokap Anwar Ibrahim. Anwar sama sekali tidak mahu sebarang benda (saliva, darah dsb.) diambil darinya untuk dibuat DNA profiling).


8. Bahan bukti yang didapati dari hospital seperti semen adalah intact dan tidak compromised sebagaimana yang telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.