Barangkali
untuk menutup malu setelah para peguam Anwar mengakui, Anwar memang meliwat
Saiful walaupun bukan merogol bekas pembantu peribadinya itu, serangan terpaksa
beralih kepada Shafie Abdullah, peguam yang telah menawarkan khidmatnya kepada
Saiful Bukhari Azlan untuk mendakwa Anwar Ibrahim dalam sesi rayuan di Mahkamah
Rayuan. (BACA DI SINI)
Para
pemimpin PKR dan DAP seperti Johari Abdul dan Nga Kor Ming mempersoalkan
penggunaan khidmat Shafie Abdullah sebagai pendakwaraya dan bukannya dari
Pejabat Peguam Negara sendiri. Sekalipun terdapat peruntukan dalam Perlembagaan
Malaysia bagi tujuan tersebut di bawah kuasa Peguam Negara, nampaknya para
pemimpin PKR dan DAP berpura-pura buta dan pekak tuli sepertimana para
penyokong mereka yang lain.
Dengan 14
orang peguambela, Anwar Ibrahim masih lagi takut dengan Shafie Abdullah. Agak
aneh kerana fakta kes tidak diperjelaskan.
Menariknya
para peguam Anwar terpaksa berbelit-belit dan menggunakan bidang teknikal
semata-mata untuk menolak hukuman penjara sebagaimana yang mereka lakukan di
Mahkamah Tinggi pada tahun 2012.
Dan untuk
menimbulkan kebencian selain mewujudkan perasaan tidak percaya kepada kes
tersebut, para pemimpin PKR dan DAP sedang mengusahakan cerita, wang rakyat
dibazirkan untuk membayar khidmat Shafie Abdullah.
Bagaimana
pula dengan lebih 70 kali penangguhan yang dibikin oleh Anwar Ibrahim sepanjang
proses mahkamahnya, tidak dikira sebagai membazirkan wang rakyat? Berapa pula
jumlah kos yang diakibatkan oleh Anwar Ibrahim berbanding 'upah' Shafie
Abdullah? Mengapa tidak diambil kira sekali kos yang melibatkan perangai hodoh
Anwar Ibrahim?
Nampak
macam dah tersepit sangat.... macam dah takut sangat sehingga terpaksa jadi
seperti budak yang cuba menipu ibu bapanya supaya dia tidak perlu bangun pagi
untuk ke sekolah.... penjelasan oleh Shafie Abdullah semalam bagaimana
peguam-peguam Anwar cuba menyempitkan masanya meneliti jawapan-jawapan bertulis
mereka, dari dua minggu menjadi sehari, menjelaskan betapa barisan 14 orang
peguam Anwar Ibrahim sebenarnya sudah terlalu buntu untuk mencari jawapan
sebenar berhadapan dengan Shafie Abdullah dalam kes ini.
Kesian
para pengikut PKR dan KETUM yang dibebal-bebalkan dek kehodohan perangai mereka
sendiri!
No comments :
Post a Comment