Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, January 8, 2017

Francais McDonald's Di Malaysia, Singapura Dijual Pada Syarikat Arab Saudi






KUALA LUMPUR: McDonald’s Corporation hari ini mengumumkan Lionhorn Pte. Ltd sebagai pemegang Lesen Pembangunan (DL) untuk pasaran di Malaysia dan Singapura.


Menurut kenyataan McDonald’s, Lionhorn diterajui Sheik Fahd dan Abdulrahman Alireza, yang mempunyai pengalaman sebagai DL untuk kira-kira 100 restoran McDonald’s di selatan dan barat Arab Saudi.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Steve Easterbrook berkata urus niaga itu merupakan satu lagi kejayaan penting dalam usaha syarikat mengenal pasti rakan strategik yang turut berkongsi nilai dan visi yang sama untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan dalam pasaran yang luas dan mendorong inovasi.


“Ia meletakkan kami lebih dekat pelanggan dan komuniti setempat,” katanya dalam kenyataan itu.


DL baharu itu memperoleh pemilikan untuk perniagaan McDonald’s di Malaysia dan Singapura pada 1 Disember 2016, melibatkan 390 restoran dengan lebih 80% adalah milik syarikat.


Mengikut struktur DL, McDonald’s memindahkan kepentingan pemilikannya di Malaysia dan Singapura, seterusnya memberikan lesen kepada DL untuk menjalankan operasi restoran dalam pasaran itu.


Rakan niaga DL akan menyediakan modal yang diperlukan untuk menyokong dan membangunkan perniagaan serta mereka juga akan membayar kos permulaan francais dan royalti secara berterusan kepada McDonald’s.


Pengurusan operasi seharian di pasaran Malaysia dan Singapura masing-masing diketuai rakan operasi tempatan iaitu Azmir Jaafar dan Kenneth Chan, kedua-duanya sebelum ini pernah memegang jawatan kanan di McDonald’s dan mempunyai lebih 40 tahun pengalaman.


Azmir, yang juga pengarah urusan McDonald’s Malaysia berkata, kepimpinan di peringkat tempatan dan maklumat pasaran menjadi kunci utama yang mendorong kejayaan perniagaan di Malaysia dan Singapura.


Menurut McDonald’s, penilaian dan proses pemilihan dilakukan dengan cukup teliti sebelum pengumuman berkenaan dibuat.


McDonald’s berkata, sebagai sebahagian daripada usaha perubahan yang diumumkan pada Mei 2015, syarikat itu komited untuk memfrancaiskan semula 4,000 restoran sehingga akhir 2018 dengan menetapkan sasaran jangka panjang untuk mencapai sekurang-kuranya 95% restoran itu difrancaiskan semula.


Melalui urus niaga yang dijalankan itu, McDonald’s berjaya memfrancaiskan semula kira-kira 1,300 restoran setakat ini. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.