Tiada apa-apa yang baharu di dalam ucapan Mahathir semasa merasmikan Parti Cap Bunga malam tadi. 140 para ucapannya sekadar memomokkan sejarah-sejarah yang dilaluinya serta kenangan-kenangannya masa muda. Sekaligus menunjukkan Mahathir masih bernostalgiakan kuasa yang pernah dianuti dan dinikmati.
Namun sesuatu yang menarik ialah apabila Mahathir menjanjikan pembasmian wang tunai BR1M tetapi digantikan dengan BR1M dalam bentuk kupon selain SST (Sales and Services Tax) menggantikan GST atau cukai berbentuk lain seperti VAT.
Ironinya, Mahathir langsung tidak menyentuh tentang tol-tol lebuhraya yang diwujudkannya dan perjanjian konsesi berat sebelah yang lebih menguntungkan kaum kroninya sepertimana yang dinikmati oleh YTL dalam projek ERL, keretapi dari KL Sentral ke KLIA serta pelbagai projek negara yang dijadikan kantung duit anak-anak, kroni dan proksinya.
Mendengar ucapan Mahathir semalam, memang boleh membuatkan bulu roma meremang. Sebabnya, sebahagian besar ucapan tentang dirinya, apa yang dilakukannya ke atas negara ini, apa yang menyebabkan negara ini terkenal, ratusan ribu orang berarak di jalanraya yang menuntut perletakan jawatan serta hukuman dijatuhkan ke atasnya, sistem kewangan yang dimundurkan dan penambatan Ringgit yang menelan begitu banyak reserved tunai Bank Negara yang dilakukannya semata-mata untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni, anak-anak dan proksinya. Di sebalik tuduhannya ke atas Najib, ternyata, Mahathir yang lebih banyak MEROMPAK, MENJARAH dan MENYAMUN wang negara menerusi pelbagai agensi kewangan termasuklah PETRONAS demi kepentingan diri sendiri tetapi bijak ditutup kononnya menyelamatkan negara.
Namun Mahathir cuba menggambarkan bahawa pada zaman pemerintahannya, segala-galanya indah dan kesemua masalah yang disebutkan di dalam ucapannya itu hanya wujud dalam zaman Najib Abdul Razak sahaja.
Mahathir juga cuba mengumpan dengan sensasi GST yang katanya, akan dihapuskan dan digantikan dengan SST - cukai yang telah meniriskan sebahagian besar pendapatan negara dari cukai korporat dan persendirian yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos yang lebih tinggi berbanding nisbah gaji semasa. Mahathir hanya bercakap tentang Cukai Jualan tetapi tidak bercakap tentang Cukai Perkhidmatan yang kesemua angka cukai dikenakan langsung dan ditanggung sepenuhnya oleh pengguna itu, tersembunyi dan amat mudah dimanipulasikan.
Mahathir juga bercakap tentang gaji Perdana Menteri dan keluarga Perdana Menteri yang kaya raya yang menurutnya, amat mustahil kerana katanya, pada zaman mudanya dahulu, sangat sukar untuk menemui orang Melayu kaya. Melayu menurut Mahathir adalah bangsa merempat yang tidak punya apa-apa. Mereka hanya kaya menerusi rasuah dan rompakan harta negara.
Mahathir memperlekehkan keluarga Tun Razak dan bapanya, Datuk Hussein serta seluruh keturunannya yang merupakan golongan bangsawan Pahang. Namun Mahathir terlupa, rakyat juga mempersoalkan tentang harta kekayaan luar biasa anak-anaknya, saudara-maranya, bahkan dia sendiri sedangkan dia hanyalah anak seorang guru besar yang tidak mungkin lebih kaya dan mewah berbanding keluarga Wan Jah yang menguasai tanah-tanah di Alor Star.
140 para ucapannya, hanya menggambarkan Mahathir sudah tua, sudah letih, sudah kecewa dan semakin tertekan dengan tindakan Najib menutup ruang-ruang dan peluang kepada proksi, kroni dan anak-anaknya daripada projek-projek mewah kerajaan.
Sesuatu yang Mahathir masih mahu rebutkan dan disenaraikan dalam kekayaan peribadi keluarganya tetapi diretorikkan dengan istilah, SELAMATKAN MALAYSIA dan MELAYU.
Yang Mahathir tidak mampu ucapkan ialah, sepanjang 22 tahun pentadbirannya, mengapa status Melayu dan Bumiputera di Malaysia tidak berubah sebaliknya hanya segelintir yang rapat dengannya sahaja yang bertambah-tambah kaya-raya!
Kesian budak-budak yang baru kenal Mahathir daripada cerita-cerita pendewaan oleh UMNO sendiri tentang Mahathir tetapi tidak mengetahui apa yang Mahathir lakukan sepanjang dia menjadi pemimpin utama negara ini dahulu.
[baca berita asal The Saviour]
No comments :
Post a Comment