1. Projek
Forest City yang merupakan sebahagian daripada Iskandar Malaysia,
sebenarnya secara tidak disedari ramai sedang diserang oleh gergasi
media ekonomi, Bloomberg.
2. Blogger
Salah Ad-din menerusi blog truthvaccine.blogsport.my mendakwa,
Artikel
Bloomberg yang digunakan oleh Tun Mahathir untuk menyerang Forest
City mempunyai muslihat yang tersembunyi dalam usaha untuk
menggagalkan projek tersebut.
3. Mengapa
projek Forest City ini diserang?
4. Sebab
utama adalah kerana ia merupakan pesaing utama sebuah lagi hub
ekonomi terbesar di rantau ASEAN iaitu, Singapura.
5. Persaingan
ini telah dianggap ancaman ekonomi terbesar kepada Singapura dan
mereka menggunakan pengaruh media yang ada untuk memburuk-burukkan
projek Iskandar Malaysia melalui ulasan ekonomi, artikel dan
sebagainya.
6. Situasi
ini hampir sama yang dihadapi oleh 1MDB apabila mereka diserang oleh
media ekonomi sewaktu hendak menerbitkan IPO pada tahun 2013 yang
lepas.
7. Sebelum
itu, kita lihat dahulu siapakah yang menulis artikel Bloomberg yang
bertajuk $100 Billion Chinese-Made City Near Singapore 'Scares
the Hell Out of Everybody' yang diterbitkan pada 16 November
2016.
8. Penulis
artikel tersebut adalah Pooja
Thakur Mahrotri En
Han Choong dan dibantu oleh Emma Dong yang mana Pooja dan
Han Choong merupakan jurnalis ekonomi yang berpangkalan di Singapura,
manakala Emma Dong jurnalis Hartanah Bloomberg berpangkalan di China.
9.
Penulis yang menjadi tumpuan adalah En Han Choong yang kebanyakan
daripada artikel beliau mengkritik ekonomi Malaysia
dan juga bertanggung jawab terhadap beberapa artikel menyerang 1MDB, pasaran saham Malaysia malah turut mengulas tentang politik Malaysia termasuk kepimpinan YAB Perdana Menteri.
dan juga bertanggung jawab terhadap beberapa artikel menyerang 1MDB, pasaran saham Malaysia malah turut mengulas tentang politik Malaysia termasuk kepimpinan YAB Perdana Menteri.
10. Projek
Forest City dan Iskandar Malaysia sebenarnya telah mendapat ancaman
daripada Singapura sendiri yang memperlihatkan banyak media mengulas
tentang pengalihan palaburan daripada Singapura kepada Malaysia.
11. Tindakbalas
daripada Singapura juga telah dijangkakan oleh pelabur dan
kebanyakkan daripada mereka sedar dan bersedia tentang perkara ini.
12. Malah,
beberapa komentator rancangan televisyen di Taiwan mengulas bahawa
pelaburan China akan membahayakan pegangan ekonomi Singapura.
13. Ada
juga penganalisis ekonomi rantau Asia berpendapat bahawa pelaburan
China ini merupakan satu 'hukuman' terhadap Singapura kerana memihak
kepada Amerika Syarikat dalam banyak perkara terutamanya tentang
pertikaian Laut China Selatan.
14. Bukan
setakat itu sahaja, China juga telah mengurangkan hampir separuh
kapal kargo mereka daripada memasuki Perlabuhan Singapura.
15. Maka
tidak mustahil bagi Singapura yang melindungi banyak pelaburan
daripada Amerika Syarikat menggunakan media seperti Bloomberg untuk
menyerang Malaysia dan pelaburan yang bakal membawa keuntungan besar.
16. Ini
juga termasuk media terbesar Singapura, The Straits Times yang
menyerang projek Forest City ini dengan pelbagai andaian dan tuduhan
terutamanya tentang alam sekitar.
16a.
Projek Forest City juga yang dibangunkan dengan tambakan laut, turut
menambahkan keluasan tanah di negeri Johor yang semakin hampir dengan
sempadan Singapura.
16b.
Penambakan laut ini juga memaksa Singapura mengalihkan laluan kapal
kargo, mengkaji semula kedudukan strategik ketenteraan dan pelbagai
lagi yang melibatkan kepentingan negara tersebut.
17. Secara
jelas dengan rujukan kepada artikel daripada media antarabangsa
menunjukkan ketakutan Singapura terhadap pelaburan China di Malaysia.
Persoalan???
18. Kebiasaanya
juga, dalam perperangan ekonomi seperti ini, wakil tempatan dari
dalam negara akan digunakan untuk turut menyerang pelaburan tersebut
seperti mana yang berlaku terhadap 1MDB iaitu YTL menggunakan media
The Edge (Tong Kooi Ong) dan Tony Pua untuk terus-menerus menyerang
1MDB agar 1MDB gagal untuk menerbitkan IPO dan juga seperti serangan
terhadap kapal selam Scorpene yang diterajui oleh Nurul Izzah di
parlimen yang mendesak supaya kekuatan dan keupayaan Scorpene ini
didedahkan kepada umum untuk tujuan risikan tentera Singapura.
19. Adakah
kali ini pelabur Singapura dan Amerika Syarikat yang mempunyai
kepentingan pelaburan di Singapura menggunakan Tun Dr. Mahathir
sebagai jurucakap untuk menggagalkan projek Forest City dengan
menyebabkan kepercayaan pelabur asing terhadap projek ini menurun?
20. Adakah
Tun Dr. Mahathir kini menjadi agen kepada Amerika Syarikat yang
dahulunya AMAT beliau benci dan sering mengatakan bahawa media barat
tidak boleh dipercayai sama sekali?
21. Ini
kerana tuduhan beliau terhadap Forest City adalah berdasarkan artikel
yang diterbitkan oleh Bloomberg Asia yang ditulis oleh individu yang
mempunyai kecenderungan untuk mengkritik Kerajaan Malaysia.
22. Adakah
di dalam perjuangan songsang untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri,
Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, beliau sanggup menggadaikan maruah
beliau kepada Amerika Syarikat dan menjadi keldai tunggangan Yahudi?
23. Ini
adalah beberapa perkara yang terfikir apabila mengetahui tentang
serangan media asing terhadap projek di Malaysia.
24. Gunakan
Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
No comments :
Post a Comment