❎ Jadi kenapa Guan Eng masih menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang? Kalau ikut piawaian UMNO, Guan Eng patut mengambil cuti atau meletak jawatan sekarang iaitu semasa dia sedang menghadapi perbicaraan kes rasuah
❎ Bagaimana Najib boleh melantik Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandangkan beliau telah menerima doser (dokumen) yang tebal tentang Isa yang mempunyai banyak masalah dan tidak layak untuk dilantik ke mana-mana jawatan awam utama
❎ Pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan ini mempunyai satu set peraturan bagi mereka yang menyokong kerajaan dan satu set yang berbeza bagi mereka yang menentang kerajaan.
❎ Pada masa Isa Samad dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD tidak ada satu pun bukti tentang kesalahan yang dilakukannya. Malah, siasatan terhadap dakwaan itu belum lagi dilancarkan. Oleh itu, dalam kes ini, doktrin anda tidak bersalah sehingga terbukti bersalah hendaklah duguna pakai.
❎ Sekiranya berdasarkan kepada tuduhan saja adalah mencukupi untuk pecat seseorang, maka Mahathir boleh dianggap 'tercemar' dan tidak layak dijadikan 'TOP DOG' Pakatan Harapan.
❎ Bukankah Kit Siang yang menuduh bahawa Mahathir dan Anwar telah menipu dan bukankah Kit Siang yang menuntut peletakan jawatan Mahathir dan Anwar pada tahun 1994
❎ Adakah kerana DAP memerlukan Mahathir sebagai maskot serta berwajah Melayu dalam DAP
❎ Adakah semata-mata tuduhan sudah cukup untuk membatalkan kelayakan seseorang dari jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?
❎ Istilah Melayu untuk sikap Kit Siang ialah TIGA SUKU. Kit Siang bukanlah orang yang bermoral, beretika dan berprinsip kerana dia tidak mempunyai maruah dan kehormatan. Dan ini mencerminkan pembiakan orang itu.
Kit Siang, why is Guan Eng still the Penang CM? – Malaysia Today
Kemunafikan Kit Siang yang terbongkar adalah seperti bau nanah busuk yang meleleh dari luka yang dijangkiti kuman. Kalau hanya berdasarkan kepada tuduhan sudah mengcukupi untuk membatalkan kelayakan seseorang daripada jawatan pejawat awam yang disandangnya, bagaimana pula jika orang itu, seperti Lim Guan Eng yang sebenarnya telah pun didakwa atas kesalahan jenayah, terutama sekali mengenai penipuan, pecah amanah (CBT), rasuah, dll?
THE CORRIDORS OF POWER
By: Raja Petra Kamarudin
(Translated by: Ariff Ahmad)
Hari ini Lim Kit Siang berkata, "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu memberi penjelasan penuh dan tepat mengenai bagaimana Najib boleh melantik Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memandangkan beliau telah menerima doser (dokumen) yang tebal tentang Isa yang mempunyai banyak masalah dan tidak layak untuk dilantik ke mana-mana jawatan awam utama memandang peranan kontroversinya sebagai Pengerusi Felda dan FGV, telah membangkitkan isu-isu serius mengenai integriti, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa,".
Kit Siang, sekali lagi, menunjukkan dwi standardnya (double standards). Pemimpin-pemimpin DAP dan Pakatan Harapan ini mempunyai satu set peraturan bagi mereka yang menyokong kerajaan dan satu set yang berbeza bagi mereka yang menentang kerajaan. Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin, Anwar Ibrahim, Ling Liong Sik, dan banyak lagi dikatakan jahat semasa mereka bersama UMNO dan/atau Barisan Nasional tetapi apabila mereka menyokong pembangkang, mereka dianggap sebagai malaikat.
Pada masa Isa Samad dilantik sebagai Pemangku Pengerusi SPAD tidak ada satu pun bukti tentang kesalahan yang dilakukannya. Malah, siasatan terhadap dakwaan itu belum lagi dilancarkan. Oleh itu, dalam kes ini, doktrin anda tidak bersalah sehingga terbukti bersalah hendaklah duguna pakai.
Mahathir adalah 'TOP DOG' Pakatan Harapan walaupun
terpalit dengan banyak jenayah
Bukankah Kit Siang yang menuduh bahawa Mahathir dan Anwar telah menipu dan bukankah Kit Siang yang menuntut peletakan jawatan Mahathir dan Anwar pada tahun 1994 dan berkata mereka mesti bertanggungjawab bukan sahaja untuk kerugian Bank Negara, yang kini bernilai RM99 bilion, tetapi Juga kerana menyembunyikan fakta ini dari rakyat dan berbohong kepada Parlimen?
Selama lebih 20 tahun Kit Siang menuntut diadakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara dan hari ini, apabila RCI telah ditubuhkan, Kit Siang telah menjadi bisu serta menentang RCI. Mengapa Kit Siang tiba-tiba melakukan U-Turn? Adakah kerana DAP memerlukan Mahathir sebagai maskot serta berwajah Melayu dalam DAP? Adakah kerana Mahathir memenuhi tujuan DAP untuk menggunakannya sebagai si Ali Baba dan menjadikan Pakatan Harapan yang dipimpin oleh DAP sebagai Pakatan Ali Baba?
DAP mahu Liong Sik di penjarakan tetapi Mahathir telah menyelamatkannya dan sekarang DAP telah melakukan U-Turn dan tidak bangkitkan lagi jenayah Liong Sik
Anak Kit Siang, Guan Eng, telah didakwa atas tuduhan rasuah dan sedang menunggu hari perbicaraan. Harun Idris diminta meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor apabila dia menghadapi tuduhan rasuah. Mohamad Khir Toyo dan Muhammad Muhammad Taib, kedua-duanya diminta untuk meletakkan jawatan mereka semasa mereka membela diri mereka atas dakwaan jenayah. Malah, Mat Taib akhirnya didapati tidak bersalah tetapi dia tidak ambil semula sebagai Menteri Besar Selangor.
Guan Eng sedang menghadapi perbicaraan rasuah dan
jika dia adalah seorang Ketua Menteri UMNO, sudah tentu
dia dipaksa meletakkan jawatan sekarang
Kit Siang semakin tua dan nampak semakin nyanyuk. Mungkin dia harus mempertimbangkan untuk bersara sebelum dia bercakap lebih banyak perkara yang akan memalukan dirinya sendiri, keluarganya, partinya, dan orang-orang Cina. Bagi Kit Siang untuk membangkitkan isu Isa Samad dan menyerang Najib ketika dia bersekongkol dengan Mahathir dan Anwar serta juga enggan meminta anaknya sendiri untuk meletakkan jawatan adalah tanda orang yang tidak lagi mempunyai pendirian. Istilah Melayu untuk sikap Kit Siang ialah TIGA SUKU. Kit Siang bukanlah orang yang bermoral, beretika dan berprinsip kerana dia tidak mempunyai maruah dan kehormatan. Dan ini mencerminkan pembiakan orang itu.
http://www.malaysia-today.net/kit-siang-why-is-guan-eng-still-the-penang-cm/
No comments :
Post a Comment