Kebelakangan ini kita lihat serangan ke atas PAS semakin diperhebatkan terutama dari kalangan PAN dan pro-DAP. PAS digambarkan sebagai pihak bersalah, penjahat, pengacau, bahkan dianggap sebagai parti kecil yang tidak begitu penting, tetapi sangat kuat berlagak.
PAS digelarkan sebagai PA$NO - gabungan PAS, Ringgit dan UMNO.
Gambaran kononnya PAS sedang berganding dan akan bekerjasama dengan UMNO-BN disebabkan PAS telah dirasuah oleh Najib Abdul Razak, disebarkan secara menyeluruh terutama menerusi mesej-mesej group WhatsApp dan Telegram. PAS juga digambarkan akan bertanding buat kali pertama dalam PRU, bukan untuk mencari kemenangan, sebaliknya untuk memastikan kemenangan UMNO-BN.
Namun pada masa sama, PKR yang diketuai Azmin Ali dengan sokongan Wan Azizah bergiat memujuk dan berusaha untuk berpaut kepada PAS dengan apa cara sekalipun.
Kenyataan yang dikeluarkan Liew Ching Tong beberapa hari lalu kononnya pertandingan tiga penjuru dalam PRU-14 hanya akan memberikan kelebihan kepada PH, dan menghancurkan UMNO serta PAS menunjukkan dengan jelas bagaimana terdesaknya DAP untuk kembali mendapatkan bantuan dan sokongan PAS.
Kemenangan besar BN pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pertandingan tiga penjuru sebelum ini, menidakkan teori songsang Liew Chin Tong.
Hakikatnya, PAS seperti sudah serik dipergunakan oleh DAP. Kejayaan demonstrasi besar seperti BERSIH sendiri sebenarnya terlalu bergantung kepada penyokong PAS. Tanpa PAS, BERSIH tidak mempunyai sokongan Melayu dan bertukar menjadi gerakan protes orang Cina semata-mata.
Secara faktanya, PAS tidak memerlukan DAP untuk memenangi dan menguasai Kelantan, kubu kuatnya. Begitu juga di Kedah dan Terengganu selain Perlis. Sedangkan DAP pula amat memerlukan PAS untuk memenangi Selangor, malah di Pulau Pinang juga. Bantuan dan kerjasama daripada PAS jugalah yang membolehkan DAP menguasai 38 kerusi Parlimen pada PRU-13. Tanpa PAS, DAP hanya mampu menggapai tidak lebih dari 20 kerusi Parlimen.
Dan biarpun di atas kertas, DAP memerintah Pulau Pinang, manakala PKR mentadbir Selangor, hakikatnya di kedua-dua negeri tersebut, DAP adalah penguasa sebenar. DAP adalah de facto di Selangor dengan PKR pula sekadar penurut perintah DAP.
DAP memberikan gambaran bahawa mereka mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina dan sekurang-kurangnya 54 kerusi Parlimen dengan sokongan Cina akan menjadi milik mereka, manakala PKR, PAN dan Parti Cap Bunga akan memastikan kerusi-kerusi sokongan Melayu berada di bawah kekuasaan DAP.
Namun DAP mula menyedari kesilapan mereka selepas Lim Guan Eng memutuskan hubungan dengan PAS dari Pakatan Rakyat, seterusnya membubarkannya pada penghujung 2015. Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan merudum jatuh, manakala sokongan 'solid' Cina pula boleh dipersoalkan terutama melihat kepada perkembangan terkini.
Justeru membawa masuk PAS semula ke dalam Pakatan, bukan lagi pilihan sebaliknya WAJIB. Keputusan PRN Sarawak dan PRK Kuala Kangsar-Sungai Besar petanda jelas, seandainya PAS dan UMNO meneruskan kerja mereka, Pakatan besar kemungkinan akan berkubur terus dengan DAP akan menerima impak yang paling besar.
Namun untuk DAP berbuat begitu secara langsung, ia akan menyebabkan sokongan Cina kepada DAP pula terjejas. Bahkan akan menjatuhkan maruah dan ego DAP yang sangat besar itu.
Kerjasama 2008-2013 antara DAP-PAS tidak lebih daripada sandiwara semata walaupun hakikatnya DAP tidak pernah menyukai PAS. Kepada masyarakat Cina, mereka diberitahu, undi PAS secara tidak langsung akan memberikan undi kepada DAP dan sebaliknya. Para penyokong DAP sanggup menyarung baju T PAS dan membawa bendera PAS sambil menyanyikan lagu berbahasa Cina tentang pergi ke bulan dengan roket.
Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng amat terkenal sebagai anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam. Ramai percaya, Lim Kit Siang sebenarnya lahir di China tetapi dibawa masuk ke Malaysia semasa kecil. Justeru patriotismenya terhadap Malaysia diragui, bahkan, Kit Siang dilihat lebih taat setia kepada Singapura berbanding Malaysia. Justeru, apabila mendiang Karpal Singh dan Allahyarham Nik Abdul Aziz meninggal dunia, hubungan antara DAP dengan PAS juga turut berakhir.
Justeru DAP memilih untuk mendiamkan diri sekalipun pada masa sama, mereka berharap Azmin akan berjaya meyakinkan Abdul Hadi Awang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru. DAP akan cuba berselindung konon-kononnya rundingan antara PKR dan PAS tidak ada kena mengena dengan DAP.
Kalau betul DAP tidak mengharapkan PAS lagi, anda rasa DAP akan berdiam diri melihat Azmin bersalaman dan mencium tangan Abdul Hadi Awang? Sekiranya mereka sangat berani menyerang dan mencerca KDYMM Sultan Selangor, mengapa pula mereka tidak berani langsung menyerang Menteri Besar Selangor?
Sudah tentulah mereka akan tutup mulut kerana mereka terlalu mengharapkan Azmin berjaya meyakinkan Abdul Hadi untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru. Anwar Ibrahim pula hanyalah salah satu alasan DAP untuk menjustifikasikan tujuan tersebut.
The Saviour
No comments :
Post a Comment