Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, June 24, 2014

Eco World disebut-sebut bakal mendapat projek RM7 bilion tapak Penjara Pudu

Bumiputra firms have said that only they should be given the lucrative deal for the Pudu Jail redevelopment project. – The Malaysian Insider pic, June 22, 2014.

Pemaju hartanah terkenal Eco World Development Group Bhd disebut-sebut akan mendapat projek bernilai RM7 bilion membangunkan semula tanah tapak Penjara Pudu di Kuala Lumpur,  harta UDA Holdings Bhd yang sangat bernilai di mana firma-firma Bumiputera sebelum ini berkata ia hanya boleh dibangunkan oleh mereka.

Menurut The Malaysian Insider Eco World akan menjalankan usaha sama 70:30 dengan UDA bagi tanah berprestij 7.85ha di segitiga emas ibu negara itu yang sebelum ini menjadi tapak penjara utama di Kuala Lumpur, iaitu Penjara Pudu berusia 101 tahun yang ditutup secara rasmi pada tahun 1996.

"Eco World akan mendapat projek ini, pengumuman dijangka akan dibuat tidak lama lagi," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider, yang berkata tapak itu ditinggalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun menjadi projek Program Transformasi Ekonomi (ETP).


Pada tahun 2011, pemaju yang berpangkalan di China, Everbright International Construction Ltd disebut-sebut akan mendapatkan projek itu melalui pelaburan RM2 bilion dengan UDA, yang mempunyai tanah tetapi tidak mempunyai wang untuk membangunkan projek.

Tetapi beberapa ahli Umno dan pemaju Melayu membantah perjanjian itu dan mendorong pemegang saham tunggal UDA, iaitu Kementerian Kewangan untuk mengarahkannya untuk membuat rancangan baru.

Kini Eco World mendapat projek itu yang akan dinamakan Pusat Bandar Bukit Bintang (Bukit Bintang City Centre), selepas UDA membuka tendernya September lalu.
Sumber berkata, keputusan tender tidak didedahkan dan terdapat rungutan kedengaran bahawa UDA sepatutnya mempertimbangkan semua tawaran sebelum membuat keputusan mengenai kontrak secara rundingan terus itu.

"Tidak ada maklumat tentang bagaimana Eco World mendapat projek ini. Kami memahami bahawa Kementerian Kewangan membuat keputusan, bukan Lembaga Pengarah UDA," kata sumber berkenaan.

Menteri Kewangan adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak manakala Menteri Kewangan Kedua adalah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah - kedua-dua mereka mempunyai kuasa ke atas UDA yang ditubuhkan untuk membangunkan semula kawasan bandar dan meningkatkan penyertaan Bumiputera.

Eco World mendapat banyak projek besar sejak penubuhannya tahun lepas dan pengarahnya Tan Sri Liew Kee Sin adalah seorang pemaju hartanah terkenal yang meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif SP Setia Bhd 30 April lepas.
Liew adalah Pengarah Urusan kumpulan SP Setia sejak tahun 1996 dan berjaya menukar syarikat RM200 juta pada tahun 1998 kepada firma hartanah antarabangsa bernilai berbilion ringgit.

Beliau berhenti hanya lebih setahun selepas syarikat pelaburan negara Permodalan Nasional Bhd membeli SP Setia, menyebabkan khabar angin bertiup kencang beliau akan menyertai Eco World kerana anaknya, Tian Xiong, merupakan pengarah dan pemegang saham utama syarikat itu.

Eco World memulakan satu program untuk memperluaskan pemilikan tanah dan projek bernilai sehingga RM30 bilion selepas penyusunan korporat tahun lepas.

Usaha sama dalam Bukit Bintang City Centre dipercayai untuk membantu UDA mengurangkan hutangnya dan mengumpulkan wang untuk projek afirmatifnya.

UDA sepatutnya mendapat Everbright sebagai rakan kongsi dua tahun lalu kerana tawaran RM2 bilion dari firma China itu adalah tiga kali ganda nilai tanahnya, tetapi sebuah firma yang berkaitan politik membocorkan perjanjian itu.

Penganalisis berkata keputusan projek pembangunan semula Penjara Pudu adalah satu lagi ujian komitmen Najib untuk meliberalisasikan ekonomi kerana hardliners dalam Umno, Perkasa dan Utusan Malaysia, pernah mengkritik UDA kerana didakwa mengenepikan agenda Bumiputera kerana tidak melantik syarikat Bumiputera dalam projek tersebut.

UDA, yang asetnya dianggarkan bernilai RM2 bilion dua tahun lalu, mempunyai lebih RM900 juta hutang.


Ia mempunyai  premium tanah tertunggak bernilai RM104 juta untuk tanah di Pudu itu yang sepatutnya dijelaskan pada September 2012. 

Sumber : TMI

2 comments :

Anonymous said...

NGO-NGO Islam/Melayu mesti buat repot polis dan SAMAN BERJUTA ke atas JENAYAH/PENIPUAN oleh si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL ni – yg. juga jelas menyalahi Artikel 153 Perlembagaan Malaysia - untuk melindungi HAK BUMIPUTERA terutamanya BUMIPUTERA ISLAM yg. majoriti! Patutnya bagilah kat Tabung Haji/MAIN utk. buat PERUMAHAN kos RENDAH (bukan utk. si kaya)/PERNIAGAAN/HOTEL ISLAM!

Lagipun dah tiba masyanya NGO-NGO Islam/Melayu membawa di Mahkamah Persekutuan mengenai PENIPUAN ke atas SEJARAH Tanah Melayu kita ini yg. dulunya adalah kepunyaan Kesultanan Melayu sehingga Kesulatnan Melayu kita diTIPU si PENJAJAH KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS utk. menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 – PENIPUAN yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL, si British-ZIONIS “jus soli”).

Dahlah TANAH PUSAKA Rizab Melayu telah diSAMUN si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL, yg. sepatutnya diKEMBALIKAN segera walau seinci! Aku syak ada si PENDATANG KAPIRDAJAL bina tokong/kuil/kubur HARAM kata atas tanah pusaka nenek moyang kita ni – lansung pemimpin UMNO-LIBERAL jadi PENAKUT nak halau!

Lihat kuasa EKSEKUTIF DYMM YDPA melindungi hak keistimewaan Bumiputera ISLAM/Melayu dan Bumiputera lain, termasuk dlm. pekerjaan, pendidikan, biasiswa DAN SEBAGAInya, di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ :

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.
Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini……

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

PEMBETULAN: (Perenggan Kedua)

Lagipun dah tiba masanya NGO-NGO Islam/Melayu membawa di Mahkamah Persekutuan mengenai PENIPUAN ke atas SEJARAH kita. Di mana, Tanah Melayu kita ini dulunya adalah kepunyaan Kesultanan Melayu sehingga Kesultanan Melayu kita diTIPU si PENJAJAH KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS utk. menandatangani perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (melaksanakan juga strategi DAJAL Malayan Union dlm. bentuk lain, lihat di - http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/pembentukan-persekutuan-tanah-melayu-1948.html , Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948)!

PENIPUAN perjanjian 1948 ini yg. dipaksa oleh PENJAJAH British/ZIONIS ke atas Kesultanan Melayu serta rakyat BUMIPUTERA Islam/Melayunya, adalah utk. menghapuskan SEJARAH Tanah Melayu sbg. bumi ISLAM, termasuk dgn. menghapuskan terus KUASA EKSEKUTIF Kesultanan Melayu terutamanya berkaitan pemerintahan secara ISLAM, dan dlm. kuasa memberikan kerakyatan serta pemilikan tanah PUSAKA di bumi ISLAM kita (maka sebab itulah BERJUTA Pendatang Cina dan India diberi kerakyatan dan hakmilik tanah dgn. begitu mudah mengikut Perjanjian ini, yg. berasaskan undg-undg DAJAL, si British-ZIONIS “jus soli”).

Makcik Sambal Belacan.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.