Saya
kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang
mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya
nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita
membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..
[sumber
disertakan]
Mari
kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan
'screenshot' dokumen sulit pihak
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk
Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak
sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga
'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk:
kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar
kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM..
Namun
perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak
mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima
berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta
menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan
siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau
terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang
ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]
menurut
beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya
sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah
satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury
[Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang
masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah
seranah yang kita hamburkan!
Setakat
itu, 2 persoalan yang timbul;
1.
Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan?
-
soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI?
malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang
dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari
isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun
begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..
2.
Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
- Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu
isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury
memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada
penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun
rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM
sekali lagi dipijak-pijak!
Pada
26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu
bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi
mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan
Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang
dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari
kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.
Alhamdulillah,
pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan
mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk:
keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan
dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.
1
lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat
Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan
ini?
-
persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan
pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2
rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan
kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini
soal darah daging umat Islam di Malaysia.
Adapun
tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury
Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan
untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang
mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya
akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka. Kenyataan ini
boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun
terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak
mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu
bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram.
Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan
pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel
Pork yang bercop halal.
Baca
dan fahami betul2 sebelum baca komen orang ramai..
Perangai
kita.
Seperti
terjumpa orang muda berambut kusut masai berbaju lusuh. Hanya bermodalkan
penampilannya seperti seorang perompak ditambah dengan satu jeritan yang
mendakwa dia seorang perompak, kita secara beramai2 menangkap dan membelasahnya
sehingga koma tanpa soal siasat terlebih dahulu. Samada terbukti bersalah atau
tidak, bukan itu caranya! Serahlah kepada pihak berwajib. yang pasti, setiap
lebam2 yang diterima pasti ada balasannya terhadap si pemangsa di akhirat
kelak. Apa-apa pun, kita lah yang berhak kepada kantung dosa dan pahala kita.
Itupun kalau kita beriman kepada hari Akhirat!
Pihak
berwajib sudahpun bersidang dan tampil dengan keputusannya. Sekarang pilihan
berada di tangan kita. Mahu terus boikot Cadbury, terpulang. Yang pasti jangan
sesekali menghasut orang lain dengan membuat tuduhan dan fitnah.
Tepuk
dada tanya iman, sebelum mulut berkata sebelum tangan menulis, tanya diri
seandainya timbangan dosa seberat timbangan pahala, adakah tulisan atau
perkataan kita itu akan memberatkan sedikit timbangan dosa lalu menghumban kita
ke neraka?
JAKIM
tidak pernah membuat U-TURN. Sebaliknya mereka hanya berjalan terus dengan
langkah berhati-hati dan sedaya upaya menerangkan tentang apa yang sebenarnya
berlaku.
hanya
kita yang terlebih bersangka buruk..
Allahua'lam
HAFIZ
MUSTAFA
KUALA
LUMPUR
rujukan;
Dokumen Sulit
https://www.dropbox.com/s/2mz68xrxrwyrvvl/sulit.jpg
Kenyataan Media KKM
https://www.dropbox.com/s/ny21ylgf6np4434/media%20kkm.jpg
Kenyataan KP JAKIM
https://www.dropbox.com/s/zmc791yezlir4sa/media.jakim.jpg
Penerangan pegawai JAKIM
@[666816963373225:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=666816963373225&set=a.259095060812086.80145.100001347838242&type=1&relevant_count=1]
keputusan ujian JKM
http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-media-berkenaan-keputusan-ujian-dna-babi-dalam-produk-cadbury-37022
No comments :
Post a Comment