Tun
Dr. Mahathir memang terkenal sebagai seorang yang kritis . Sejak
zaman pemerintahan PM yang pertama Tunku Abdul Rahman lagi , Tun
tidak gentar untuk mengkritik kepimpinan yang ada pada ketika itu.
Sehingga Tunku meletak jawatan , beliau digantikan dengan ayahanda
kepada Perdana Menteri kita sekarang iaitu Tun Abdul Razak . Semasa
pemerintahan Tun Abdul Razak , Tun Mahathir memegang portfolio
sebagai Menteri Pelajaran (1974-1977) . Beliau kemudian menjadi
Menteri Perdagangan dan Industri (1978-1981) semasa Tun Huseein Onn
menjadi Perdana Menteri . Jarangan diperkatakan kritikan-kritikan
panas yang dilemparkan Tun Mahathir terhadap kedua-dua PM selepas
Tunku ini. Selepas itu beliau mengambilalih jawatan PM
(1981-2003)
Sama
seperti yang dialami PM Najib Razak pada ketika ini , Tun semasa
memegang jawatan PM Malaysia turut menerima pelbagai tuduhan daripada
pihak pembangkang mengenai cara urus tadbir yang dikatakan boros dan
mementingkan kroni . Namun begitu, serangan terhadap Tun Mahathir
adalah sangat minimal memandangkan media pada ketika itu sangat mudah
dikawal . Permainan persepsi adalah hampir 100% memihak pada kerajaan
.Pembangkang pada ketika itu memainkan isu PERWAJA , "bail-out"
syarikat-syarikat kroni dan pelbagai tuduhan lain. Malah Tun juga
turut menerima tekanan daripada orang parti sendiri iaitu Tengku
Razaleigh (sebelum penubuhan S46) bagi menjelaskan isu-isu
berkenaan.
Walaupun
pelbagai penjelasan telah dibuat oleh Tun pada ketika itu,
alasan-alasan tidak diterima oleh 'blogger' pada zaman itu yang
menggunakan domain-domain popular pada ketika itu seperti tripod.com
. Salah satu url adalah seperti berikut;
http://mari209.tripod.com/2002feb/2002-0339.htm
Namun
kerana penggunaan media sosial pada ketika itu tidak berapa popular
dan menyeluruh seperti apa yang berlaku sekarang , maka impaknya
adalah sangat kecil . Selain isu yang dinyatakan di atas isu-isu lain
adalah seperti tuduhan mengenai MISC iaitu tuduhan penglibatan
kroni-kroni beliau di dalam syarikat berkenaan. Baca di url
berikut tuduhan/fitnah untuk rujukan ;
http://proojeet.tripod.com/mm.htm
Kalau
kita teliti semula , apa yang berlaku semasa pentadbiran Tun Mahathir
sama seperti apa yang berlaku pada Najib . Kalau dulu Mahathir pernah
dikritik pentadbirannya oleh PM sebelumnya iaitu Tunku Abdul Rahman ,
kini Najib pulak dikritik oleh Mahathir. Kalau dulu Mahathir
terpaksa berdepan dengan duri dalam daging UMNO (Tengku Razali) ,
Najib juga terpaksa berdepan dengan beberapa duri dalam daging UMNO
(pemimpin UMNO bernada pembangkang) . Kalau dulu Mahathir
dikaitkan memainkan peranan dalam jatuh naik anak-anak beliau dalam
bisnes (MISC) , Najib pula dikaitkan dengan pelbagai tuduhan terhadap
isteri beliau. Kalau zaman Mahathir dahulu negara ini pernah
mengalami krisis ekonomi yang menyebabkan ramai usahawan Melayu
gulung tikar (krisis kewangan 80-an dan 98) , di zaman Najib juga
berlaku turun naik dalam ekonomi. Pola yang berlaku terhadap
kedua-dua pemimpin ini hampir serupa.
Walau
bagaimanapun, ujian yang diterima oleh Najib sebagai PM lebih besar
memandangkan kerajaan pada ketika ini tidak mempunyai kawalan penuh
terhadap media , apabila media sosial digunakan secara meluas . Tahap
penyebaran berlaku sangat cepat , dan serangan demi serangan
dilakukan secara berturut-turut . Sekiranya media sosial wujud dan
digunakan secara meluas di zaman pemerintahan Tun Mahathir penulis
percaya , perkara yang sama turut akan berlaku terhadap mantan PM
itu. Rakyat akan terus mendesak bertanyakan mengenai isu PERWAJA &
MISC walaupun telah diberi penjelasan. Penulis sebagai penyokong
setia Tun pada ketika itu menerima penjelasan yang diberikan
disebalik keraguan-keraguan yang dinyatakan, disebabkan alasan itu
juga penulis menerima penjelasan yang diberikan untuk isu-isu yang
dibangkitkan Tun Mahathir baru-baru ini.
Penulis
mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap kedua-dua pemimpin ini .
Penulis juga yakin, masih ramai kepimpinan dalam UMNO menyokong Najib
. Senario Najib dan Pak Lah adalah 2 perkara yang berbeza , ramai
yang sedar tentang perkara ini . Sebab itu ramai yang terus
menzahirkan sokongan terhadap Najib , terbaru pagi ini BNBBC turut
melahirkan hasrat yang sama . Kalau Najib dikatakan lebih lemah dari
Pak Lah , tentu perkara yang sama dibuat sejak awal-awal lagi untuk
menjatuhkan Najib . Namun gelombang yang cuba dibuat oleh beberapa
blogger veteran yang khabarnya puas mendapat laba yang besar sebelum
ini gagal . Mungkin tak keterlaluan jika penulis katakan yang
blogger-blogger veteran ini antara golongan yang menjadi punca
teguran yang dibuat Tun terhadap Najib , mereka sendiri sebelum ini
gagal menyampaikan fakta kebenaran mengenai manipulasi pembangkang
berhubung isu PERWAJA dan MISC dan sekarang mereka pula mempersoalkan
isu-isu lain ? Bukankah itu sesuatu yang sangat bias ??! Seterusnya
No comments :
Post a Comment