Berikut
komen ILMU :
Bismillah,
Kami harap Ust. Azhar Azhar Idrus hadahullah (Semoga Allah memberinya petunjuk)
dapat menarik kembali perkataan beliau yang mengatakan:
Minit
3:43 - “Ulama muda ulama gila, masuk parti sekuler, masuk berenang dalam air
najis, boleh 15K dengar khabar seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekuler.
Sekuler ni keluar dari Islam, sesat dunia akhirat.”
Minit
4:13 - “Mu terjun dalam tong najis terus, sign borang, isi borang, 40 Ulama
Muda menyertai parti dulu kini dan selamanya, sesat dalam api neraka...”
[*]
Perkataan Ust. Azhar ini adalah ayat takfir (pengkafiran) dan Ust. Azhar
menegaskan secara pasti bahawa UMNO, ILMU, dan orang-orang yang isi borang
menyertai UMNO bakal ke Neraka.
[*]
Ingatlah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda
(maksudnya), “Tidaklah seseorang menuduh kepada yang lain dengan tuduhan fasiq
atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh
tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)
Minit
4:30 – “(Ulama Muda) dia baham 15k sebulan sign borang. Pastu jadi boneka...”
[*]
Sekali lagi kami tegaskan di sini, pernyataan ini adalah fitnah dan dusta ke
atas kami (ILMU). Maksud firman Allah Ta’ala, “(Ingatlah) di waktu kamu
menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu
apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang
ringan saja. Padahal ia di sisi Allah adalah besar.” (Surah an-Nuur, 24:15)
Wallahu
a’lam...
Semoga
Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada kita semua agar berjalan di atas
jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.
sumber
: Facebook
Panglima
dalam hal ini sangat bersetuju tindakan melabelkan Ulama Muda UMNO (ILMU)
dengan ganjaran 15k sebulan yang belum dibuktikan dengan fakta, tidak boleh
diterima sewenang-wenangnya.
Meskipun
ia boleh jadi satu perkataan yang tidak muktamad (sekadar anggaran) namun
sebagai tokoh besar Ustaz Azhar Idrus perlu menjelaskan isu perkataannya agar
tidak timbul kecacatan kepada ilmu yang diajar oleh beliau tentang agama
sebelum ini.
Dalam
hal ini Ustaz Azhar Idrus perlu memohon maaf jika ia antara perkara yang
tersalah cakap oleh beliau.
Begitu
juga jika ia benar wujud, bukti bersesuaian wajar dipamerkan untuk mengelak
ILMU dipandang negatif oleh masyarakat.
Tindakan
ahli agama seperti ILMU menyertai UMNO sangat tepat kerana tugas ahli agama
ialah untuk membawa manusia ke arah jalan kebenaran berdasarkan Al Quran dan
Sunnah. Meskipun ramai Ulama lebih selesai berada antara Kerajaan dan Rakyat
agar manusia kedua pihak akan mendapat keadilan dari neraca Al Quran dan Sunnah
Junjungan tanpa takut dicabut sebarang jawatan atau kekayaan.
Sambung
baca di SINI
Admin juga merasakan bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak sepatutnya berkata begitu.
Teruskan sahaja mengajar agama kerana admin juga minat mendengar celoteh dan
lawaknya yang bersahaja.
Admin tidak dapat menerima cara pertuturan beliau yang berbicara tentang agama namun sayang seribu kali sayang apabila menyerang ILMU
sebegitu rupa.
Bayangkan jika semua ahli UMNO terguris
dengan kata-katanya, apa akan terjadi. Dari satu sudut yang lain apa hukumnya
mengguris hati sesama Islam?.
Nota Kaki ;
Pandai agama tidak bermakna kamu pandai segala-galanya..
No comments :
Post a Comment