Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, January 27, 2016

Usaha Blogger Tiga Sekawan Takutkan Pendeposit Tabung Haji

Pada hari Jumaat, 22hb Januari 2016 lepas, sebuah blog hitam yang tidak mempunyai empunya muncul untuk membuat satu pendedahan seolah-olah Lembaga Tabung Haji (LTH) melambat-lambatkan pengumuman dividen kerana berhadapan dengan masaalah kewangan.

Dokumen yang dikeluarkan hanyalah sebuah dokumen yang merupakan tatacara kewangan dalaman. Blog tersebut hanya menonjolkan satu perenggan dalam tatacara tersebut yang menarik komen pembaca yang menegur blogger seolah-olah tidak faham ilmu perakaun.

Ekoran itu, dia mendedahkan dua surat dari Governor, Bank Negara Malaysia (Bank Negara), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang menegur aspek tertentu kewangan berhubung polisi dividen dan kecairan LTH.

Bekas Ketua Pengarang NST, Dato Abdul Kadir Jasin telah membantu memberi hebahan dan publisiti pada hari berikutnya. Tulisannya seolah-olah cuba menakut-nakutkan penyimpan LTH.

Turut bersama adalah blogger Syed Akbar yang menyambut pendedahan pada hari Ahad (sudah ditarik keluar) dan diikuti satu komentar pada hari Isnin yang mendedahkan butir-butir kewangan yang tidak upaya diulas blogger hitam.

Ini bukan kali pertama tetapi usaha kali kedua kumpulan blogger yang hampir sama untuk bersekongkol memburuk-buruk dan menakut-nakutkan penyimpan LTH. Sebelum ini, kumpulan blogger ini mereka-reka fitnah seolah-olah LTH telah “bailout” 1MDB dengan membeli tanah dengan harga mahal. Padahal ianya lebih rendah dari pasaran dan begitu menguntungkan.

Memandangkan hari cuti, LTH hanya mengeluarkan kenyataan berikut:
PENJELASAN TABUNG HAJI. BERHUBUNG FITNAH TERKINI PEMBANGKANG
Pihak kami ingin menyaran kepada semua umat Islam di negara ini dan juga para pendeposit TH ini agar tidak membuat spekulasi berkaitan dengan tarikh pengumuman Bonus Pendeposit TH. 
Pada kelazimannya TH akan mengumumkan Bonus Pendeposit pada suku pertama (Jan – Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi.
Konsep simpanan di TH adalah AlWadiah Yad Dhamanah di mana apa apa pulangan adalah dalam bentuk Hibah tertakluk kepada  prestasi kewangan tahun semasa dan budi bicara pengurusan.
Konsep ini tiada bezanya dgn konsep AlWadiah oleh institusi perbankan Islam yang lain. 
Pada tahun tahun lalu TH pernah mengumumkan bonus pendeposit pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac. Namun pada tahun lalu pengumuman bonus dapat diumumkan lebih awal. 
Walaupun tahun 2015 adalah mencabar namun TH percaya hasil Strategi Alokasi Asetnya dapat membantu pulangan pendapatannya. Oleh yang demikian para pendeposit seharusnya tidak mengambil berita spekulasi yang akan mencetuskan kebimbangan. 
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat
Tabung Haji
—————————–
Pengerusi LTH, Dato Azeez Raheem memberitahu akhbar bahawa dividen akan dapat setelah selesai odit dan akan diumum pada bulan Mac kelak.

Harap LTH beri respons kepada sebarang kebenaran dan pembohongan dalam pendedahan tiga sekawan blogger tersebut kerana tulisan kedua Syed Akbar yang bakal ditarikbalik kerana ditakuti tindakan jenayah atau saman sivil mendapat perhatian portal Free Malaysia Today yang ada membuat laporan.

Sama dengan mesej oleh Kadir Jasin untuk menakut-nakutkan penyimpan, Syed Akbar berkata 5% dari penyimpan menyimpan sebanyak 75% dari simpanan LTH yang berjumlah RM57.9 billion dan menggalakkan senario penyimpan jumlah kecil yang berjumlah RM145 billion keluarkan wang mereka.

Ini bertujuan agar LTH berhadapan masaalah kecairan untuk membayar dividen. Ketika isu tanah TRX, kumpulan blogger ada memberi kesan hingga berita Harian ada laporkan pengeluaran beramai-ramai oleh penyimpan. Tentu sekali ada yang akan takut dan lakukan hal yang sama.

Dokumen-dokumen yang disiarkan tiada lain dari urusan biasa pemantauan oleh pihak Bank Negara. Selalunya amaran Bank Negara akan diambil tindakan oleh pihak berwajib.

Isu yang harus menjadi kebimbangan pihak berwajib adalah berhubung kerahsiaan urusan. Dari manakah kebocoran dokumen dalaman ini berlaku?

Pihak berwajib di Bank Negara dan LTH harus membuat laporan kepada polis, SKMM dan Bank Negara kerana ini tertakluk di bawah BAFIA yang mewajibkan kerahsian terhadap urusan perbankan Bank Negara. Ketiga-tiga blogger seharusnya dikenalpasti, ditahan dan disiasat.

Jika kebocoran ini datangnya dari LTH, mereka seolah-olah tidak belajar dari pengalaman yang dihadapi sebelum ini dan ambil endah tentang hal kerahsiaan.  Manakala, jika kebocoran ini dari Bank Negara, pengurusan institusi yang sepatutnya memantau institusi kewangan yang lain yang nampaknya cuai.

LTH perlu bertindak pantas supaya tidak timbul keadaan “panic” di kalangan penyimpan hingga menjejaskan  sistem perbankan.

Teruskan Pembacaan Di Sini

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.