Rakyat
Malaysia rata-rata mengenali Ananda Krishnan, kalau tidak pun tahu
tentang salah satu produknya yang paling terkenal, ASTRO atau MAXIS.
Tetapi tidak ramai yang dapat melihat, bertemu atau mendengar khabar
Ananda Krishnan kerana dia sangat jarang berada di khalayak ramai di
Malaysia. Malah tidak banyak yang mengetahui tentang kekayaan sebenar
Ananda Krishnan yang merupakan orang kedua terkaya di Malaysia, yang
muncul dan mendapat pelbagai projek mewah pada zaman pentadbiran Tun
Dr. Mahathir.
Ananda Krishnan kembali diperkatakan ekoran cubaan 1MDB untuk mengambilalih salah sebuah IPP miliknya yang kemudian, dijadikan hujah kononnya, 1MDB terpaksa meminjam RM2 bilion daripada Ananda Krishnan untuk tujuan tersebut. Malah golongan yang tidak bersetuju 1MDB mengambilalih IPP yang telah diberikan kepada Ananda Krishnan oleh pentadbiran Mahathir, beranggapan dan menjaja cerita kononnya 1MDB telah membeli IPP tersebut pada harga yang lebih tinggi sedangkan ianya sudah tamat tempoh dan hanya berstatus besi buruk.
Malaysia Today telah mendedahkan sesuatu yang amat menarik tentang Ananda Krishnan, salah seorang anak emas Tun Dr. Mahathir yang sentiasa dipertahankan oleh bekas Perdana Menteri itu dalam apa juga keadaan termasuklah perlindungan kepada pemonopolian ASTRO selaku stesen televisyen berbayar di negara ini.
Menurut Forbes, nilai kekayaan bersih Ananda dianggarkan bernilai RM44 bilion pada Mei 2015 dan dia merupakan orang keenam terkaya di Asia.
Terkenal kerana memiliki kediaman bernilai puluhan juta dollar di atas sebidang tanah seluas 1,800 hektar berhampiran dengan Scone, lebih kurang 330 kilometer dari Sydney, Australia dan pernah memenangi Anugerah Tahunan Housing Industry Association Hunter Home 2006.
Juga terkenal kerana memiliki pesawat Gulfstream IV yang dikatakan, dikongsi dengan Dr. Mahathir dan juga dikatakan turut dimiliki dan dibayar sebahagiannya oleh Petronas.
Ramai yang tahu tentang pembabitan langsung Tun Dr. Mahathir dalam menjadikan Ananda Krishnan sekay sekarang, dan 'lembu' yang diperah susunya untuk tujuan tersebut adalah Petronas. Cuma ramai yang tidak tahu, Ananda telah memindahkan beberapa bilion ringgit daripada kekayaannya ke India untuk membiayai projek-projek kaburnya.
Disebabkan projek-projeknya itulah, Ananda berhadapan dengan masalah undang-undang di India. Kerajaan India mahu menangkap dan mendakwanya, dan besar kemungkinan mahu melihatnya berada di penjara. Satu-satunya manusia yang boleh menyelamatkannya daripada masalah itu adalah Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak, bukannya Tun Dr. Mahathir.
Justeru, itu dikatakan antara punca utama Ananda memberikan pinjaman RM2 bilion setahun lalu kepada 1MDB walaupun ditentang keras oleh Tun Dr. Mahathir. Ananda sebenarnya tidak punya banyak pilihan untuk menyelamatkan dirinya sendiri kecuali menerusi Najib Abdul Razak.
Ada pihak yang berkata, Dr. Mahathir sekadar bermain wayang dan berpura-pura yang dia tidak gembira dengan tindakan Ananda memberikan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada 1MDB. Apatah lagi, Ananda tidak akan pernah melakukan apa-apa yang tidak digemari oleh Dr. Mahathir, terutama sekali dalam bab 'menyelamatkan' 1MDB. Tetapi Dr. Mahathir juga tidak mampu membantu Ananda daripada mengelak diekstradisi ke India dan diperosokkan ke dalam penjara.
No comments :
Post a Comment