Cadangan
pennganalisis ekonomi, Jomo Kuwame Sundram supaya Malaysia mengkaji
mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu menyertai Perjanjian
Perkongsiap Trans-Pasific (TPPA) sangat melucukan dan mengelirukan.
Jomo
Kwame Sundaran melontarkan soalan mengapa Malaysia begitu berminat
untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) sedangkan
negara-negara seperti Thailand dan Filipina memilih untuk menjauhkan
diri.
"Mengapa
Thailand tidak berminat? Mengapa Filipina yang begitu rapat dengan
Amerika Syarikat, tidak berminat? Adakah terdapat begitu banyak
manfaat yang Filipina dan Thailand tidak nampak?" soalnya.
Sebagai
penganalisis ekonomi yang diketahui anti kerajaan Barisan Nasional,
Jomo tidak harus mengelirukan rakyat dengan analisa dan pandangan
yang palsu kerana realitinya Filipina, Thailand, Indonesia, Korea
Selatan dan Taiwan turut menyatakan minat untuk menyertainya.
Namun
negara-negara ini perlu menunggu 12 buah negara asal termasuk
Malaysia menyelesaikan perjanjian ini. Pembabitan awal Malaysia telah
membolehkan negara ini mengadakan rundingan terhadap terma-terma
dalam TPPA bagi menjaga kepentingan negara. Negara-negara yang akan
menyertai selepas perkongsian ini dimuktamadkan tidak akan mempunyai
apa-apa kuasa rundingan kecuali mengikut persetujuan sedia ada.
Kenyataan
Malaysia perlu mengkaji mengapa Filipina dan Thailand tidak mahu
menyertai perkongsian ekonomi ini satu pembohongan sama sekali.
Pada
Oktober 2015, Presiden Filipina Benigno Aquino dengan jelas
menyatakan Filipina mahu menyertai TPPA kerana ia merupakan peluang
perdagangan yang besar.
Bercakap
dalamForum
Perniagaan majalah Forbes tahun
lalu, Aquino menyatakan "We really want to participate in it."
Aquino told a business forum organized by Forbes magazine.
Bagaimanapun
Filipina perlu menunggu kerana mereka hanya diundang menyertai
Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) ini untuk pusingan kedua setelah 12
negara pengasas ini menyelesaikan perjanjian.
Thailand
juga telah menyatakan hasrat untuk menyertai TPPA ini. Timbalan
Perdana Menteri Thailand, Somkid Jatusripitak, pada November lalu
dengan jelas menyatakan negara tersebut sangat berminat menyertai
TPPA. "Thailand is highly interested in joining TPP"
Malah
untuk pengetahuan Jomo, Indonesia juga menyatakan hasrat untuk untuk
menyertai TPP ini kerana menyedari peluang pertumbuhan ekonomi yang
sangat besar. Presiden Indonesia, Joko Widodo menyatakan hasrat
tersebut kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, keperluan
untuk Indonesia turut serta.
Isu
Perkongsian Trans-Pasifik bukan lagi sama ada mahu sertai atau tidak.
Jika ia diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat, sukar untuk
Malaysia tidak menyertai atau menolaknya kerana kita akan ketinggalan
dan hilang antara pasaran eksport utama kita.
Masalah
Malaysia lebih serius sekiranya Malaysia tidak menyertai tetapi
sebahagian negara Asean yang mempunyai pasaran besar seperti
Indonesia, Filipina dan Thailand menyertainya kemudian.
TPP
pasti akan memberi beberapa kesan negatif kepada negara. Namun jika
ia berjaya dilaksanakan dengan penyertaan sebahagian besar pasaran
Asean tanpa Malaysia, kita akan berhadapan masalah lebih besar. Kita
akan kehilangan pelaburan asing dan sebahagian pasaran eksport negara
yang sekaligus akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan mengakibatkan
pengangguran.
Malaysia
sebenarnya bertindak bijak apabila berada dalam kelompok terawal
membolehkan kita melakukan rundingan menjaga kepentingan kita dalam
penentuan terma-terma perjanjian.-MYKMU.NET
No comments :
Post a Comment