Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Sunday, February 14, 2016

Melayu Pulau Pinang DAP Tersungkur Disebabkan Fatwa PRU Lim Guan Eng

dap halau melayu

Democratic Action Party (DAP) yang telah ditubuhkan selama 51 tahun sejak tahun 1965 tidak pernah mengubah polisi politik mereka. Dikenali sebagai sebuah parti sosialis, DAP telah menyertai Socialist International bertempat di Zurich, Switzerland pada 1967.
Parti yang masih berpegang kepada kehendak Lee Kuan Yew ini sebenarnya bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan semua kaum seperti yang mereka gambarkan. Ideologi sebenar DAP hanyalah kerana impian pemimpin PAP yang mahu menguasai Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Republik.

Jika diteliti dengan baik kedudukan hairaki dalam DAP berkisar kepada satu keluarga sahaja iaitu Dinasti Lim. Bermula dengan kedudukan Lim Kit Siang selaku Setiausaha Agung dan kini di lantik sebagai ketua pembangkang di parlimen, jawatan itu diserahkan pula kepada anaknya Lim Guan Eng.

Senarai penuh jawatankuasa DAP juga tidak memperlihatkan slogan DAP yang memperjuangkan hak samarata rakyat Malaysia. Kebanyakan dari jawatan tertinggi mereka di monopoli satu kaum dan kaum lain hanya sekadar pelengkap dan menjaga hati.
Kebelakangan ini kedudukan DAP semakin goyah apabila dilanda pelbagai kontroversi. Selepas DAP mengambil alih Pulau Pinang daripada Barisan Nasional, sikap sebenar DAP semakin terserlah. Pesta menjual tanah P.Pinang yang dilakukan Guan Eng hingga kini tidak terjawab.

Pendapatan kerajaan DAP di Pulau Pinang yang mengalami defisit sejak mengambi alih pentadbiran menjadi antara faktor mengapa mereka melakukan jualan tanah di P.Pinang. Lihat sahaja kepada pembentangan belanjawa P.Pinang yang saban tahun mengalami defisit hingga Guan Eng terpaksa merayu peruntukan dari kerajaan Persekutuan menjadi bukti jelas DAP tidak tahu mengurus kewangan negeri.

Guan Eng juga melakukan pembaziran wang rakyat dengan peojek mengecat laluan basikal yang menelan belanja hingga RM30 juta sedangkan Sabah juga berbuat demikian dengan kos yang jauh lebih murah.

Malah sekutu kuat mereka PKR yang memerintah Selangor juga terpaksa mewujudkan pelbagai projek bayangan untuk mengaburi mata rakyat. Projek Gerbang Selangor yang bernilai RM9.8 juta dikatakan dibiayai oleh penderma namun hingga kini identiti penderma tidak didedahkan oleh Azmin Ali.

Skandal yang menghantui PKR Selangor kini berjangkit kepada DAP P.Pinang apabila satu demi satu pembaziran wang rakyat terbongkar sejak DAP dan PKR bergabung dalam Pakatan Harapan.

Dana politik DAP yang dikaitkan dengan penglibatan Israel sebagai sumber utama juga tidak dijawap oleh Kit Siang. DAP menafikan dakwaan Mohammad Razali Abdul Rahman yang membongkar tentang sumber dana berkenaan dan latihan yang diberikan kepada pimpinan DAP dari pihak Israel.

Namun demikian Razali mahu Kit Siang mendakwanya di Mahkamah jika DAP merasakan beliau membuat penipuan.Malangnya hingga kini DAP masih tidak berani mendakwa Razali di muka pengadilan keran takut perkara sebenar akan terbongkar. “Bagi saya, DAP bukan takut dengan isu RM1.2 billion ini, dia (DAP) cuma takut rahsia di mana mereka dilatih akan terbongkar.”

Hingga kini isu Dana RM1.2 biliion masih tidak dijawap dan DAP hanya berani menafikan tanpa sebarang penjelasan. Rakyat mahukan penjelasan dari DAP dan bukan penafian tetapi apa yang mampu di buat oleh Kit Siang hanya ugutan membawa perkara ini ke Mahkamah. Malah DAP juga akan mendakwa akan menyaman seorang ahli PAS yang turut meminta penjelasan berkenaan dana tersebut.

DAP yang menjadi sekutu kuat PKR di Selangor turut mempunyai rangkaian dalam industri ‘Spa’ sebagai satu cara melindungi sumber dana politik parti mereka, malah Guan Eng pernah mengakui sumber dana mereka turut datang dari judi lumba kuda. Mereka turut berselindung dibalik jamuan makan malam dan jualan meja untuk mengutip wang rakyat dan disalurkan kedalam kantung parti.

Jika di teliti DAP sebenarnya banyak menyembunyikan perkara penting daripada pengetahuan rakyat berkaitan sumber dana mereka.Sampai bila DAP mahu menipu rakyat dengan pelbagai alasan dan penafian.

Rakyat Pulau Pinang telah kehilangan tapak warisan mereka kerana kerakusan DAP dan kini tiada apa yang mampu dilakukan kerana semuanya telah terlambat dan Guan Eng mampu tersenyum kerana sebahagian dari percaturan DAP telah berjaya dilaksanakannya.

Rakyat perlu menolak kehadiran DAP dalam politik Malaysia kerana parti tersebut hanya mahu memuaskan nafsu politik mereka dan bukannya menawarkan keselesaan kepada rakyat dan negara.
  • PRU14.tv

2 comments :

Anonymous said...

Melayu di Pulau Pinang macam Melayu di Singapura yang di pinggirkan, disepak terajang hingga jadi Melayu kelas ketiga. Lama lam Melayu di Pulau Pinang dah tak nilai. Tiada gunanya

Anonymous said...

Melayu Bodoh support DAP Cina Kominis!!!

Sekarang tanggong la sendiri!!!

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.