Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 2, 2017

Kata Pentaksub Bagaimana DAP Boleh Memerintah Malaysia, Bertanding Pun 70 Kerusi Parlimen!!!



Rata-rata baik pemimpin maupun pengikut dan penyokong pakatan pembangkang sering berkata 'Bagaimana DAP nak memerintah Malaysia sedangkan  kerusi yang ditandingi DAP pun hanya sekitar 70 kerusi sahaja. Manakala majoriti mudah yang diperlukan untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi Parlimen.

Tetapi jika dilihat melalui data-data yang ada, andaian yang dipaparkan ini sangat munasabah.

Jika kita melihat kerusi-kerusi parlimen yang dimenangi DAP sejak 1995, kita akan dapati peningkatan mendadak bermula tahun 2008. Rajah di atas menunjukkan pola pengaruh DAP yang meningkat dari satu PRU ke satu PRU.

Pada 1995, DAP cuma memiliki 9 kerusi Parlimen, manakala tahun 1999 walaupun bersama gabungan parti pembangkang dalam Barisan Alternatif, mereka cuma berjaya menambah satu kerusi menjadi 10 walaupun parti dominan Melayu lain seperti PAS dan PKR mengalami peningkatan mendadak.

Lim Kit Siang pernah menyuarakan kebimbangan selepas melihat peningkatan drastik kesedaran politik di kalangan orang Melayu menerusi blognya pada masa itu.

Pada 2003, DAP mengambil keputusan untuk keluar dari BA sebagai protes disebabkan gagal memaksa PAS membuang Islam dari dasarnya dan negara Islam sebagai matlamat perjuangannya.

Faktor perpecahan pembangkang disamping faktor-faktor lain telah menyebabkan BN kembali menang besar pada 2004 menjadikan ianya kemenangan terbesar sejak 1978. Malah
kemerosotan undi pembangkang juga besar apabila PAS hanya menang 7 kerusi berbanding 27 pada 1999.


PKR pula hanya tinggal satu dari lima yang ada. Ironinya, DAP konsisten meningkatkan jumlah kerusi di parlimen, dengan 2 lagi penambahan menjadikannya 12 kerusi.

Pada 2008 merupakan kekalahan besar buat BN sepanjang sejarah PRU lepas apabila dinafikan majoriti 2/3 di parlimen buat kali pertama.
Berlaku peningkatan mendadak lebih 150% kepada kerusi DAP menjadikan ianya 28. Tahun ini juga buat pertama kalinya DAP Berjaya mengambil alih Pulau Pinang dari parti Gerakan.

Selain itu PAS berjaya menambah dari 7 kerusi parlimen kepada 23 kerusi serta berpeluang memerintah Kedah dan Perak. PKR pula dianggap paling berjaya, daripada 1 kerusi parlimen kepada 31 serta diberikan mandat mengetuai Kerajaan Selangor.

Pada 2013, prestasi BN terus merudum walaupun bertukar PM. DAP pula terus melebarkan sayap di parlimen apabila menyapu 10 lagi kerusi tambahan menjadikannya 38 kerusi, sedangkan PAS dan PKR mengalami kemerosotan undi berbanding 2008. PAS juga hilang dua kerusi parlimen menjadikannya 21, sebelum hilang 7 lagi kerusi apabila 6 ahli parlimennya menyertai PAN dan 1 menyertai PKR. Manakala PKR juga kehilangan 2 kerusi sebelum 1 lagi kerusi hilang selepas memecat MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Situasi  ini menjadikan DAP parti yang terkuat dalam Pakatan Rakyat kerana memiliki jumlah kerusi terbesar dalam PR. Oleh kerana itu mereka kini begitu berani dan lantang menunjukkan wajah yang sebenar.

Jika di ambang PRU12 mereka hanya bercakap soal menawan Pulau Pinang, namun melihat potensi yang ada selepas itu, mereka sudah bercakap soal menawan Putrajaya. DAP juga semakin berani mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan hak-hak bumiputera, selain kerakusan yang didakwa berlaku di Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Melihat fenomena peningkatan ketara dan konsisten kerusi DAP walaupun dalam latarbelakang yang berbeza, diunjurkan bahawa DAP mampu menguasai sehingga 50 kerusi pada PRU14 nanti.

Justeru kini mereka begitu pro-aktif mengimport pemimpin-pemimpin Melayu menyertai partinya supaya dapat menembusi kerusi-kerusi yang memiliki nisbah pengundi Melayu yang lebih besar dari sebelum ini.
Pada masa yang sama, mereka terus menggunakan strategi pecah dan perintah terhadap parti-parti lain dalam Pakatan. PAS telah berjaya dipecahkan kepada serpihan PAN. PKR pula secara konsisten mengalami perpecahan demi perpecahan sejak ditubuhkan.

UMNO kini memiliki satu lagi serpihan baru selepas KITA dan Ikatan iaitu PPBM. Dengan perpecahan parti dominasi melayu yang berterusan ini, DAP dijangka kekal sebagai parti pembangkang terkuat.

Baki persoalan yang perlu dijawab ialah, walaupun DAP mampu menawan hingga 50 kerusi sekalipun, bagaimanakah mereka mampu untuk menawan Putrajaya yang memerlukan minimum 112 kerusi?

Jawapannya sangatlah mudah.
Lihatlah BN sendiri. Jika bergantung pada satu parti sahaja, memang mustahil mereka dapat memerintah.
UMNO hanya memiliki 89 kerusi. Tetapi dengan bantuan parti-parti komponen lain, Barisan Nasional memiliki 133 kerusi.

Ini bermakna DAP boleh merealisasikan cita-cita memerintah Malaysia dengan bantuan parti lain dalam Pakatan Harapan.

Sedikit dari PKR, sedikit dari PAN, sedikit dari PPBM sudah cukup untuk mereka menyaingi BN. Jika PAS turut bersama, hampir pasti Putrajaya bakal ditawan pembangkang. Cuma yang menjadi isu adalah, siapa yang bakal menerajui kerajaan baru itu? 

Sudah tentu parti yang memiliki jumlah kerusi terbesar dalam kerajaan, seperti UMNO dalam Barisan Nasional sekarang.

Maka jelaslah sebagaimana UMNO mengetuai BN, DAP pula mempunyai peluang yang baik mengetuai Pakatan Pembangkang menerajui pentadbiran negara,  jika majoriti rakyat memilih mereka di PRU14 nanti.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.