Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 23, 2017

Penjelasan Isu UNISEL, Pejabat MBI Dan Jana Niaga Dalam Bahasa Mudah





Jana Niaga Sdn Bhd merupakan syarikat yang dilantik sebagai 'concessionaire' untuk Universiti Selangor (UNISEL), ketika zaman DS Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor pada tahun 2003. Antara kontrak tersebut adalah membina, mengoperasi dan menguruskan kediaman pelajar dan kakitangan.

Pada tahun 2011, ketika zaman TS Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, UNISEL telah membatalkan perjanjian dengan Jana Niaga berhubung kerja mereka yang tidak memuaskan. Jana Niaga kemudian membawa kes ini ke mahkamah.

Pada Ogos 2012, asrama UNISEL di Bestari Jaya telah ditutup sementara kerana Jana Niaga mendakwa UNISEL berhutang dengan mereka sebanyak RM17 juta. Pada Disember 2012, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan supaya Jana Niaga dan UNISEL menyelesaikan pertikaian mereka melalui timbang tara. Jana Niaga juga kalah dalam perbicaraan ketika membawa kes berkenaan ke Mahkamah Rayuan.

Pada Julai 2017, Pejabat Menteri Besar Incorporated (MBI) mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan mengenai pembayaran sebanyak RM60 juta kepada Jana Niaga. EXCO Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad pula mengatakan UNISEL dan Jana Niaga tidak ada lagi kontrak di antara mereka.

Jadi apa isunya?

Isunya adalah Jana Niaga gagal menyiapkan kerja berdasarkan perjanjian kontrak untuk kerja yang dilakukan pada tahun 2012. Mereka juga dibatalkan kontrak kerana tidak menepati kontrak. Namun kenapa pula MBI membuat pembayaran kepada Jana Niaga dan menyambung kontrak syarikat berkenaan? Tindakan Azmin Ali dan MBI membayar RM16 juta kepada Jana Niaga dan menyambung semula kontrak menjadi kontroversi kerana dibantah Mantan Naib Canselor UNISEL, Prof Redzuan Othman. 

Dua pembayaran yang dibuat kepada Jana Niaga, pada 2015 sebanyak RM10juta, pada 2016 pula sebanyak RM6 juta, kedua-dua pembayaran ini dilakukan ketika zaman Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Baca di sini.

Pengarah Komunikasi Strategik, Pejabat Menteri Besar, Yin Shao Loong menafikan Azmin Ali terlibat dalam perjanjian di antara UNISEL dan Jana Niaga. Itu memang tidak dapat dinafikan Kaitannya bukan di sana. Kaitannya adalah pertama jawatan Azmin Ali di dalam MBI. Kedua, yang membuat pembayaran itu adalah MBI, dan ianya dipengerusikan oleh Azmin Ali. 




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.