Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, August 23, 2017

Terkini! Pengakuan Terbuka Penyokong Tegar Mahathir !



Dr MiM : Akhirnya, penyokong tegar Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat pengakuan bahawa kerugian skandal FOREX adalah terbesar di dunia.


 


Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Zainudin Maidin di dalam twitter beliau.

Tetapi beliau masih cuba menegak benang yang basah dengan mendakwa bahawa skandal FOREX ini 'tak heboh sedunia macam 1MDB sebab tak rasa.'


 


Kita faham dengan situasi Zainudin Maidin yang perlu pertahankan boss beliau tetapi kenyataan ini ternyata begitu dangkal dan bodoh.

Ianya semudah merujuk google.search dan kita boleh lihat bahawa media sedunia sudah melaporkan skandal tersebut. Ironinya, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu sahaja bersidang 2 hari tetapi skandal FOREX ini sudah pun diketahui umum seluruh dunia.


 

 



Bayangkan apa yang berlaku seterusnya apabila pihak RCI mendedahkan lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman yang selama ini disembunyikan oleh Dr Mahathir. Pastinya pihak media dunia akan berminat untuk melaporkan perjalanan dan penemuan RCI tersebut.

Dan jika Zainudin Maidin turut merujuk suasana era 1990-an ketika skandal ini berlaku di mana 'tak heboh sedunia', beliau salah sekali lagi kerana ketika itu tidak ada blog, facebook dan pelbagai aplikasi media sosial yang menyediakan informasi secara terbuka dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Yang ada cuma media tradisional seperti akhbar-akhbar cetak, radio dan TV yang kesemuanya pro-kerajaan ketika itu.

Kita sedia maklum bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RC) telah mula bersidang berkenaan siasatan kerugian urus niaga mata wang asing (FOREX) oleh Bank Negara di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar 1980-an dan 1990-an.

Di antara yang menganggotai suruhanjaya ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia berhad, Datuk Tajuddin Atan; Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, S.A.K Pushpanathan.

Suruhanjaya ini ditubuhkan pada 15 Julai 2017 dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Prosiding RCI Forex telah dipengerusikan oleh Pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas), Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Datuk Suhaimi Ibrahim sebagai pegawai pengendali.

Keterangan dari pelbagai saksi termasuk Murad, bekas kakitangan Bank Negara, Abdul Aziz Abdul dan bekas juruaudit dalaman Bank Negara, Ahmad Hizzad Baharuddin, telah mendedahkan kerugian itu berjumlah sekurang-kurangnya RM31.5 bilion.

Jumlah ini adalah 23.3% daripada keseluruhan KDNK Malaysia sebanyak RM135 bilion pada tahun 1991, satu nilai yang amat besar ketika itu.

Yang pastinya, wang RM31.5 bilion (nilai ringgit ketika itu) hangus hilang begitu sahaja. Dan bayangkanlah berapa banyak projek-projek rakyat yang boleh dilaksanakan dengan nilai RM31.3 bilion.


Contohnya:

a. 7 juta rakyat Malaysia akan dapat menafaat BR1M untuk 4 tahun berturut-turut. Kos BR1M tahun 2017 ialah RM6.8 bilion.

b. 780,000 unit rumah Mesra Rakyat boleh dibina. Rumah Mesra Rakyat adalah unit rumah yang disubsidi oleh Kerajaan sehingga RM20 ribu seunit (RM200 juta untuk membina lebih 5000 unit Rumah Mesra)

c. 3 Lapangan Terbang setaraf KLIA boleh dibina (Kos pembinaan KLIA ialah RM 8.5 Billion)




No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.