Selama bertahun-tahun, Najib Abdul Razak, bahkan isterinya, Rosmah Mansor dikaitkan dengan dua buah kapal selam Scorpene milik TLDM yang dibeli dari Perancis. Selama bertahun-tahun jugalah, sebahagian besar rakyat Malaysia percaya bahawa model Mongolia, Altantuya Shiiribu dibunuh kerana skandal pembelian kedua-dua buah kapal selam tersebut.
Najib dikatakan orang yang bertanggungjawab. Altantuya pula dibunuh kerana cemburu si isteri dan untuk menutup skandal rasuah dan komisyen yang bernilai ratusan juta ringgit.
Ramai percaya itu dan sehingga sekarang pun, kita masih dapat melihat dan membaca tohmahan-tohmahan serta fitnah-fitnah tersebut di media-media sosial tanpa rasa bersalah sedikit pun.
Dan sikap Najib yang lebih gemar menunggu "kebenaran tersingkap akhirnya, atau kebenaran akan datang juga akhirnya", tidak banyak dimiliki oleh orang lain. Kesabarannya sangat luar biasa.
Namun akhirnya, yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.
Apabila bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Dr. Mahathir memberitahu dengan penuh bangga dan tanpa rasa bersalah kononnya pembelian kedua-dua buah kapal selam tersebut dibuat tanpa pengetahuannya, kebenaran yang disembunyikannya selama bertahun-tahun terkuak dan terlerai juga.
Ternyata, Mahathir cuba melindungi anak lelakinya, Mokhzani dan sekutu utamanya, Daim Zainuddin!!!
Cynthia Gabrial, agen CIA yang mengetuai sebuah NGO C4 yang berfungsi untuk menjahanamkan Kerajaan Malaysia, sistem pertahanan serta keselamatan Malaysia, selain memastikan data-data serta maklumat-maklumat pertahanan negara jatuh mudah ke tangan pihak asing, memanipulasikan sistem mahkamah di Perancis. Aduannya kepada mahkamah Perancis, membolehkan proses inkuiri di Perancis dipropagandakan sebagai perbicaraan biarpun sebenarnya tiada sebarang pendakwaan kes.
Berbeza dengan sistem mahkamah di Malaysia, di Perancis, sesiapa sahaja boleh meminta mahkamah membuat inkuiri ke atas sesiapa sahaja yang mereka syaki tanpa perlu menampilkan bukti dan fakta. Cukup sekadar syak. Daripada inkuiri tersebut, seandainya mahkamah kemudiannya mendapati inkuiri tersebut berasas, maka barulah pihak polis dan pihak berkuasa lain di Perancis akan diarahkan menyiasat.
Kenaifan rakyat Malaysia yang tidak tahu bagaimana sistem perundangan di Perancis berfungsi, menyebabkan mereka mudah ditipu oleh golongan seperti Cynthia Gabriel dan para pemimpin pembangkang yang teruja mahu menggulingkan Najib Abdul Razak.
Pihak berkuasa Perancis telah mendedahkan bahawa Najib tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh tersebut malah tiada sesiapa pun dari kalangan pihak berkuasa Perancis (polis, imigresen dan Interpol) yang pernah bertemu Altantuya dari tahun 1995 sehinggalah hari dia dibunuh. Semua pegawai Perancis yang terlibat dalam rundingan kontrak tersebut menggunakan Bahasa Inggeris yang sempurna, begitu juga dengan pihak Malaysia. Sekaligus ia tidak memerlukan seorang penterjemah yang bukan sahaja tidak boleh berbahasa Perancis tetapi penguasaan Bahasa Inggerisnya sangat lemah. Semua perundingan kontrak kedua-dua kapal selam tersebut juga dilakukan di Malaysia dan bukannya di Perancis.
Lebih menarik lagi ialah, rundingan pembelian kedua-dua kapal selam tersebut telah dimulakan pada tahun 1995 ketika Mahathir sendiri adalah Perdana Menteri, manakala Anwar Ibrahim adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Menteri Pertahanan pada waktu itu adalah Syed Hamid Jaafar Albar manakala Najib Abdul Razak pula adalah Menteri Pelajaran.
Najib menjadi Menteri Pertahanan buat kali pertama pada tahun 1990 sehingga 1995 sebelum digantikan oleh Syed Hamid dari tahun 1995 sehingga 1999.
Projek kapal selam itu dicadangkan oleh Mokhzani Mahathir dan Daim Zainuddin yang menggunakan proksinya, Ibrahim Mohd Noor.
Ibrahim Mohd Noor kemudiannya dilantik sebagai CEO BERNAS.
Mereka telah mencadangkan kapal selam versi Jerman Jenis 212 (rekabentuk Air-Independent 209) melalui syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang beroperasi dan beralamat di sebuah banglo di Jalan Lembah Ledang, Jalan Semantan, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, campurtangan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abu Bakar Jamal meyakinkan Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir, di Resort Avillion, Layang-Layang untuk pembelian kapal selam.
September 2001, pemilikan Perimekar Sdn. Bhd telah dipindahkan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menerusi 'special purpose vehicle' Boustead Berhad yang dikenali sebagai Ombak Laut Sdn. Bhd. Lembaga Pengarah Perimekar Sdn. Bhd adalah Laksamana Muda (Bersaara) Hussin Tamby dan Mazlina Makhzan, isterai Abdul Razak Baginda.
Perjanjian pembelian kedua-dua kapal selam jenis Scorpene dari DCNS dan Thales telah ditandatangani pada Jun 2002, ketika Dr. Mahathir adalah Menteri Kewangan yang telah memberi kebenaran dan kelulusan akhir. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh semua pihak yang berkaitan di Ballroom di Mandarin Oriental Kuala Lumpur. (BACA SETERUSNYA DI SINI)
Apabila Mahathir secara terang-terangan berbohong kononnya dia tidak tahu menahu langsung tentang pembelian kedua-dua kapal selam tersebut sehinggalah beliau bersara, usahanya untuk menuding kepada Najib Abdul Razak berpatah balik kepada penuding diri sendiri. Lebih teruk lagi ialah, kata-katanya itu sebenarnya merujuk kepada anak lelakinya sendiri, Mokhzani.
NYANYUK MAHATHIR SUDAH BERTUKAR MENJADI GILA... ORANG TUA ITU SUDAH BENAR-BENAR NYANYUK
Th Saviour
1 comment :
Ya Allah berikanlah kecelakaan kepada orang yang kuat memfitnah dan mengada2kan cerita terutama mereka dari kalangan parti pembangkang...
Post a Comment