Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, June 3, 2014

PAS Gesa Putrajaya Bentang Cadangan Hudud Di Parlimen....Pulak Dah...PAS Beria-ria Selama Ini


Adakah Pas sedang cuba memindahkan beban laksanakan hudud yang ditanggungnya kepada kerajaan pusat?


Pas yg berjanji kpd penyokong nk buat hudud maka pas bertanggungjawab bawa hudud di parlimen, sekarang nk lepas tangan dan serah kpd kerajaan pusat..


SHAH ALAM: Selepas PAS tidak meneruskan cadangan membentangkan Rang Undang-undang Jenayah Syariah II atau hudud di Parlimen, kini parti itu menggesa pula Kerajaan Pusat mengambil langkah berkenaan agar hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Putrajaya perlu membentangkan dan meluluskan undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat kerana undang-undang semasa gagal mejatuhkan hukuman lebih berat kepada pesalah bagi membendung jenayah termasuk rogol.




“Tiba masanya Kerajaan Persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.

“Setidak-tidaknya Kerajaan Persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia,” katanya melalui e-mail kepada Antarapos.

Di sebalik polemik pelaksanaan hukum hudud yang mahu dikuatkuasakan PAS di Kelantan, negara dikejutkan dengan kes seorang pelajar perempuan dirogol 38 lelaki dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Mohd. Khairuddin berkata, kes jenayah rogol tersebut seharusnya membuka mata kerajaan pusat untuk mengkaji semula Kanun Keseksaan dengan melaksanaan undang-undang Islam dalam negara ini.



Kes rogol itu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

“Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu mengkaji dengan serius mengenai kadar hukuman undang-undang sivil yang gagal menangani kes jenayah terutamanya rogol.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sistem perundangan Islam iaitu hukum hudud, qisas dan takzir mampu membendung kes jenayah kerana lebih adil dan hukuman dijatuhkan melalui beberapa proses utama.

“Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan
sebatan.

“Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah hudud, hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh,” katanya.

Beliau menjelaskan kadar hukuman yang dikenakan ke atas pesalah rogol termasuk rejam sehingga mati.

“Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan ialah rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.

“Hukuman kedua ialah sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun,” katanya.

Menurut Mohd Khairuddin lagi, hukuman takzir adalah bergantung kepada budi bicara mahkamah.

“Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes,” katanya.

Ini kerana jelas beliau, hukuman takzir memberi peluang kepada mangsa rogol untuk membela diri sekiranya tiada empat saksi yang disyaratkan.

“Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 yang menyebut, Seksyen 9 (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa
berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud.

“…dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf,” katanya.

Malah menurut beliau lagi, melalui kaedah takzir pesalah juga boleh dijatuhi hukuman yang lebih berat.

“Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman takzir boleh mencapai tahap hukuman mati.

“Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental,” kata wakil rakyat penggal pertama itu.

Baru-baru ini, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal berkaitan pelaksanaan hukum hudud bagi membincangkan prosedur dan beberapa penelitian bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993  


1 comment :

sesejuk mata memandang said...

Pas sekarang sedang belajar dan khatam dalam soal melakukan penipuan , provokasi dan sikap dan kata-kata mereka sahaja lah yang benar belaka dari DAP. Tahniah kepad juak juak PAS yang berjaya mengislamkan ramai puak kafir DAP hingga tidak berdaya lagi membendungkan kemaruk mereka untuk melaksana kan hudud cara pas di Kelantan khas nya

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.