Parti
DAP pada hakikatnya tidaklah sehebat dan seteguh mana. Mereka hanya
dilihat kuat kerana kepelbagaian kerja menanm persepsi terhadap parti
Gerakan dan MCA.
Pada
zaman DAP kurang dikenali dan belum menawan Pulau Pinang serta hampir
seluruh ibu negeri di Malaysia, mereka tidak memberontak.
Malah
pada waktu itu juga tidak berlaku krisis kepimpinan atau perebutan
kuasa dalam parti yang didominasi oleh Lim Kit Siang dan anaknya Lim
Guan Eng.
Selepas
DAP menang besar selepas PKR di Selangor terdapat sedikit
cerita-cerita tentang penentangan bekas Speaker DUN Selangor Teng
Ch'ng Kim yang agak melawan arus kerana tidak berpuashati terhadap
Lim Guan Eng yang meguasai pemilihan CEC pada 2012.
Manakala
proses kepercayaan dap yang beriltizam untuk menawan putrajaya
akhirnya telah mewujudkan sikap tamak dan pemikiran halobaisme
menguasai pimpinan parti.
Setelah
berjaya menjahanamkan PAS yang akhirnya berpecah dua, kini karma evil
mainan pimpinan dap terkena pada mereka sendiri.
Krisis
kepimpinan DAP di 3 negeri iaitu Johor , Penang dan yang terbaru
Sabah menunjukkan sikap sebenar pimpinan dap yang amat fokus kepada
mementingkan jawatan dan bukannya servis pada rakyat.
Terkeluarnya
orang kuat DAP selama 20 tahun, Dr Boo Cheng Hau menunjukkan sikap
haloba kuku besi kit siang dan guan eng untuk melakukan cengkaman
lantas mewujudkan kabilah dan fraksi buta tuli taat pada mereka.
DAP
johor kini berharap kepada Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong, pemain
import dan pemain muda balaci Kit Siang dalam usaha mengukuhkan kuasa
Kit Siang.
Pada
mesyuarat DAP Penang, sudah secara terbuka seluruh perwakilan anak
negeri Penang mahukan Pengerusi Negeri dilayakkan secara automatik
menjadi Ketua Menteri..
Masalah
besar di sini, Guan Eng bukan pengerusi DAP penang.
Andaikata
Guan Eng mahu mengekalkan kerusi Ketua Menteri, maka Guan Eng
hendaklah terlebih dahulu bertarung dalam pemilihan negeri untuk
justifikasi sokongan lantas mengekalkan jawatan Ketua Menteri.
Rakyat
umum mengetahui bahawa jawatan Ketua Menteri yang disandang Guan Eng
merupakan hadiah kepintaran beliau 'hijack' insiden di malam
kemenangan di sebuah hotel di Penang.
Guan
Eng punyai pilihan .
Dia
dikenali sebagai pemimpin DAP yang tidak konsisten pendirian dan
tiada base tetap. sama seperti bapanya.
Kit
Siang melompat dari kerusi Ipoh Timur ke Gelang Patah dan
menggambarkan cubaan pindah kawasan ini dilihat untuk meluaskan kuasa
DAP. Ini pada permukaan, tetapi sebaliknya Kit Siang berbuat demikian
bagi justify move Guan Eng yang ditolak bulat-bulat ahli DAP Melaka
dan berpindah ke Penang.
Kini
Penang menolak Guan Eng.
Jalan
terbaik , Guan Eng samada bertanding jawatan DAP Penang atau sekali
lagi berpindah ke Johor.
Guan
Eng ditolak DAP Melaka kerana mereka anak beranak telah memalukan
anak tempatan bernama Ker Kim Hock. Hasilnya mereka ditendang.
Kit
Siang dan Guan Eng tidak mahu krisis insiden sama berulang di Penang.
Jika DAP Penang menolak Guan Eng, maka maruah politik dinasti mereka
akan teruk tercemar.
Semalam
muncul pula krisis kepimpinan DAP di Sabah, pertembungan antara Jimmy
dan Stephen, tak lain bergaduh mengenai kedudukan jawatan dalam parti
DAP Sabah.
Dengar
khabar, DAP Negeri Sembilan pun sudah mula menunjukkan masalah.
Baca
Artikel Asal GAP-New di sini
No comments :
Post a Comment