Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 9, 2015

Iklan D'Herbs Dikecam | Lucah dan Melampau



Bila dah terlajak iklan.....SIAPA tidak kenal dengan pengusaha produk kesihatan dan kecantikan terkenal D’Herbs, Dato’ Aliff Syukri. Kesemua iklan yang menunjukkan produknya boleh dikatakan catchy dan menarik perhatian pengguna.

Namun, baru-baru ini kecoh apabila keluar satu iklan pengenalan produk terbaharunya, pembesaran buah dada yang dikatakan keterlaluan dan sangat terlajak lucah.

Ramai mempertikaikan relevan iklan itu yang disifatkan sebagai sangat lucah dan tidak sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat.



Rata-rata pengguna laman sosial turut menghentam iklan ini, nah… anda bacalah sendiri..

Iklan ini dikatakan seolah-olah menjatuhkan maruah wanita yang dianggap tidak menarik sekiranya tidak memiliki payudara yang besar.

Menurut sumber Facebook Alif Syukri, rupa-rupanya iklan ‘terlajak besar’ itu merupakan salah satu daripada penyertaan iklan parodi yang dianjurkan oleh syarikatnya.

Mungkin iklan itu cuma sebagai bahan lawak untuk menunjukkan sejauh mana keberkesanan iklan produk D’Herbs di kalangan penggunanya.

Tapi, rasanya tak wajarlah si pembikin iklan ini sampai memasukkan unsur kelucahan melampau demi menarik perhatian penganjur.  

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.