Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, December 9, 2015

HIDUP MELAYU!!! HIDUP MELAYU!!!... SI MARHEIN TETAP JUGA MARHEIN BILA PERWAKILAN POLITIK MEREKA SIBUK NAK BESARKAN TEMBOLOK SENDIRI!!!



Kalau nak tengok LANGAU-LANGAU BERKEPALA BESAR yang toraks dan abdomen mereka berbentuk sekata, silalah ke PWTC sekarang. Tak perlu masuk dewan perhimpunan pun untuk melihat muka-muka yang sedang berkumpul dengan agenda tersendiri walaupun sebenarnya, kebanyakan daripada mereka melihat inilah peluang untuk menjadikan nasi yang mereka makan berwarna emas.

Pun begitu, masih ada segelintir penyokong setia yang datang dari jauh, sama ada dibawa oleh Ketua masing-masing dalam rombongan atau pun yang datang dengan inisiatif sendiri yang berasa sangat bangga kerana menjadi sebahagian daripada UMNO, yang berasa mereka menanam saham budi dalam UMNO yang menjadi medium untuk pembangunan dan kesejahteraan negara, masih mengharapkan sesuatu yang lebih baik daripada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini. Mereka inilah yang masih kekal dengan sangkaan-sangkaan baik kepada kepimpinan, kepada pentadbiran dan pengurusan parti, yang menyokong secara naif dan masih juga mempercayai retorik-retorik yang didendangkan dalam Perhimpunan.

Yang nyata jumlah golongan ini tersangat kecil dan terus mengecil walaupun pada masa yang sama, saban tahun, kita akan dapat melihat wajah-wajah baru yang datang ke PAU di PWTC.

Kebanyakan yang datang, mempunyai dan telah mengatur agenda-agenda tersendiri. Yang kecewa, terancam, mahukan perhatian, mulut mahu ditutup dan kocek minta diisi, akan menonjolkan diri sebagai penentang arus dan mula beretorik tentang perjuangan. Kononnya mereka memperjuangkan integriti, ketelusan, kebebasan dan permasalahan rakyat. Jadi jangan hairan apabila ada yang tiba-tiba melonjakkan diri sebagai wakil pengimbang dan kemudian membuat laporan 'tidak rasmi' menggunakan nama anonymous di media-media sosial bagi membenarkan hasutan kumpulan yang disokongnya.

Ada yang datang dengan agenda untuk mengintai ruang dan peluang lebih baik dengan menggunakan kaedah ampu dan bodek. Mereka ini kebanyakannya tidak peduli pun dengan permasalahan rakyat di kawasan masing-masing. Tidak peduli pun dengan daftar pengundi baru kerana beranggapan mereka tidak ditugaskan untuk itu dan muka mereka juga sangat susah untuk dilihat di kawasan masing-masing.

Mereka menjadi pembela kepimpinan sekarang kerana mereka melihat inilah peluangnya untuk naik tinggi, menyingkirkan musuh separti, mencalonkan diri sebagai calon parti untuk PRU atau untuk pemilihan akan datang. Dan mereka ini kebanyakannya paling banyak mundar-mandir bertemu dan bergelak tawa dengan para perwakilan.

Justeru itulah kita akan melihat ada yang dengan segera menggunakan nama Presiden dan Perdana Menteri untuk menonjolkan diri termasuklah berlagak seperti Ketua Keselamatan lantikan sendiri.

HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!

Kita akan mendengar laungan itu berulang-ulang kali dalam tempoh beberapa hari ini. Malah kita juga akan menyaksikan air mata tumpah ke pipi bagaikan kesedaran sudah menikam kalbu. Seolah-olah masing-masing sudah mencapai maqam nasuha.

Hakikatnya... keadaan tidak banyak berbeza. Yang beria-ia hari ini, mempunyai agenda sulit tersendiri. Yang begitu membangkang dan berlagak seolah pejuang zuhud yang naif pula sedang memperjuangkan tokey-tokey besar yang sedang menggelepiar untuk menaikkan semua harga barangan dan perkhidmatan di mana mereka adalah pemegang konsesinya.

Anehnya mereka sekarang ini berlagak sebagai tok alim yang sangat abid. Yang mula bercakap tentang Keadilan Tuhan, tentang Allah Yang Maha Pendengar, tentang puasa nazar, tentang solat hajat dan tentang padang mahsyar tanpa sedikit pun berasa takut atau segan pada muhasabah diri yang sangat daif. Tentang wang berjumlah sekian-sekian yang masuk ke akaun kepimpinan utama tanpa mereka tahu, tentang mempersoalkan ke mana wang tersebut dibelanjakan tetapi pada masa yang sama, mereka sendiri menyimpan kejap, ke mana peruntukan kementerian-kementerian yang digunakan tetapi langsung tidak menunjukkan sebarang bekas dan bukti, sehingga ada pula yang jatuh ke dalam laut kerana melalui jeti reput.

Puak marhein sepatutnya hanya melihat drama dan agedan HIDUP MELAYU! ini sambil bertepuk tangan tanpa perlu terlajak ingin menjadi kelompok tersebut.

Perlu diingat, apabila golongan kaya bergaduh sesama mereka, marhein akan dipergunakan untuk dikorbankan sedangkan pergaduhan tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan pembelaan ke atas marhein. 

4 comments :

Rahim Satria said...

Benar....
Semuanyer terserlah.

Anonymous said...

UMNO sebuah jemaah mulia sebelum di ambil alih Tun Madey Keling. Perjuangan UMNO ketika Tunku berusaha menuntut merdeka ialah berasaskan pengorbanan pemimpin tertinggi dan ahli. Zaman Tun Razak pemimpin menjadi 'hamba' kepada rakyat. Tun Razak terlalu banyak jasanya kepada org Melayu dan org2 miskin.

Tiba zaman Madey segalanya berubah. WANG jadi 'iman' org UMNO, Penyangak2 yg misai tak cukup bertahun2 mula BERTENGGEK di pintu2 bilik UMNO negeri2 dan Pusat. Mereka ini tamak, licik dan menggunakan peluang yg ada untuk mengisi perut dan temolok semaksima mungkin.

Siapakah yang wujudkan dasar ini? Melayu mudah lupa.. melayu malas pikir.. Madey Keling lah yg merosakkan UMNO.

Zaman dia lah mencipta banyak musuh2 besar kepada UMNO sehingga UMNO dibenci teruk. UMNO dijadikan alat perkakas penyangak2 korporat, kaki rasuah dan penyuap wang bawha meja. dan Madey menghalalkan segala ini demi mengekalkan legasi dan membentuk circle org2 yg taksub luar biasa kepada beliau.

Selama 22 tahun UMNO di pandu dan diacuankan dgn cara korup oleh Madey, UMNO jd spt pusat 'perjudian' ahli korporat melayu dan kontraktor2 sakit yang memerlukan 'insulin dana' utk terus menipu!

Madey menggunakan kosmetik dan propaganda pembangunan dan icon2 yg memukau kebodohan bangsa Melayu dgn membina monumen2 yg megah serta icon2 tertentu yg sebenarnya tidak diperlukan oleh rakyat. Pada masa yang sama bila berlaku ketirisan, bail out dan salah urus rakyat akan KABUT dgn menyatakn inilah 'pembangunan' kerana dpt lihat KLCC yg dikuasai warga asing.. kemudahan2 awam pd mulanya spt bagus tp lama kelamaan menjadi alat mengikis wang rakyat dgn perjanjian2 konsesi yg gila dan cekik darah!

Akhirnya Pak Lah kecundang awal kerana cengkaman penyangak2 dan munafik2 yg bersarang dlm UMNO ini hasil ciptaan Madey Keling.

Seterusnya kumpulan celaka ini meneruskan agenda mereka kpd Najib setelah mereka dapati Najib GAGAL DIJINAKKAN utk mengikut telunjuk kaki mereka dan semetinya lord mereka madey Laknatullah.

So.. lihatlah skrg.. apa terjadi dan lihat juga watk Madey skrg.. tk ubah seperti pesakit mental yg muflis bermain judi.. meroyannya tidak terkira sehingga diputar belit propaganda kunun mahu pulihkan UMNO yg sbrnya ia dgn gamaknya sedang menghacurkan UMNO secara total!

Najib hanyalah contoh mangsa. najib boleh diturunkan jika tidak sesuai tp bukan dgn arahan dan telunjuk kaki Madey.. tetapi dgn suatu yg soheh dan relevan apakah Najib tidka berjasa atau inilah perang puak munafik yg bersarang dlm UMNO selama ini dgn mereka2 yg mahu kembalikan UMNO spt zaman Tun Abdul Razak.


Cina atau bangsa pendatang lain tak perlu memerah otak utk jatuhkan UMNO sebaliknya cukup shj dgn menyediakkan support kpd barua2 talibarut mereka spt pro-mamak madey skrg!

Anonymous said...

MEKASIH atas artikel dan kmen yg. sungguh bERNAS dari MPA dan si anon di atas!

YTLSIAL dan kroni-kroni SIAL lain tu masih terus LAHAP-DARAH-RAKYAT, terutamanya yg. MISKIN, akibat si MadeyBANGSAT! GERAMnya aku! Patutnya di"nationalize"kan kembali apa-apa syarikat awam yg. diswastakan si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey kerana itu adalah PENIPUAN pd. RAKYAT!

Madey-si JIJIK-awat-tak-MAMPOS juga ni ni memang dah tunjuk TEMBELANG dia akhirnya - GILA betul KUASA dan KEMEWAHAN utk. anak dia sampai si PENGGANAS kit SIAL BANGKAI BABI pun dok galak JILAT JUBOQ dia! Si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey ni serta keturunan dia memang PENYAMAQ, terutamanya mempergunakan ISLAM sewenangnya!

Tengok TOKEY-TOKEY PENYAMUN yg. jadi hartawan anak-beranak berBILLION masa zaman Madey; DASYATnya! Termasuk menyebabkan BIL LETRIK begitu TINGGI-nak-mampos di zaman DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey ni dulu!

Lihat di - http://theunspinners.blogspot.my/2015/10/politik-najib-dibunuh-kerana-tak.html , Politik Najib dibunuh kerana tak sambung YTL Power?, Posted by The Unspinners at 10/07/2015; di - http://wwwmegatpanjialam.blogspot.my/2015/10/mansuh-ipp-mansuh-ap-mansuh-perniagaan.html, MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!; dan di - http://theflyingkick.blogspot.my/2015/10/bapanya-perah-duit-rakyat-malaysia.html , BAPANYA PERAH DUIT RAKYAT MALAYSIA MENERUSI KONSESI IPP, ANAK PEREMPUANNYA ANTARA 50 ORANG 'WANITA BERKUASA DI ASIA' DI SINGAPURA!!! October 13, 2015!

Memang makin BANGSAT HARAM JADAH si madey-PEMBENCI-Bangsa BUMIPUTERA Islam/Melayu kita ni (ya, TOPENG SIALnya dah TERDEDAH akhirnya – sampai boleh MENYOKONG si PENGGANAS BerSHIT BANGKAI BABI–ejen SOROS-NED/CIA-MOSSAD)! SPRM buka balik semua kes Tokey-Tokey PENYAMUN-BANGKAI BABI-PENJILAT-madey ni – lihat juga di http://ibm-akusayangumno.blogspot.my/2015/10/cina-balaci-era-tun-mamak-mahathir.html , CINA BALACI ERA TUN MAMAK MAHATHIR MUNCUL DAN DESAK NAJIB UNDUR?..LU SAPA? SABTU, Posted by Ismail Bukit Mas, 03 OKTOBER 2015!

Buka juga balik kes-disyaki-PENIPUAN 12.5 BILLION dalam kes “Port Klang Free Zone”(PKFZ) dan skandal 10 BILLION Steel – semuanya berlaku di bawah si PENYAMUN-madey ni!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Mana SPRM dan PDRM?! Buka balik semua kes-kes ni yg. mana 73BILLION ‘RUGI‘ disyaki disebabkan penipuan si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey yang adalah PENIPUAN pd. RAKYAT! Dan buka juga kembali ke-kes KLCC, ASTRO dan KLSentral , yang sungguh mencurigakan – kita nak tahu siapa belakang saham terbesar KLCC/KLSentral serta ASTRO ini! JANGAN pula kroni-kroni si Madey terus dibiaqkan masih BERKUASA MENYAMUN! Lihat di -
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2015/12/kenapa-muhyiddin-rahsiakan-73-bilion.html:

Wednesday, December 9, 2015

Kenapa Muhyiddin Rahsiakan 73 Bilion Kerugian Zaman Mahathir

By editor December 9, 2015 : 12:13 pm

SEMUA pihak mempertikaikan tindakan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertungkus lumus mencipta isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion walaupun sepatutnya tidak timbul sebarang isu berkaitan dengan dua perkara ini.

Kini rakyat mula mempersoalkan pula mengapa Muhyiddin merahsiakan kerugian sebanyak RM 73 bilion yang berlaku semasa Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

Di bawah ini senarai RM 73 bilion tersebut :-

1. Perwaja RM 10 Bilion
2. BBMB RM 10 Bilion
3. MAS RM 20 Bilion
4. Bank Negara RM 33 Bilion

Sejak beberapa bulan yang lepas Muhyiddin begitu lantang mengkritik dan mempertikaikan pentadbiran Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berbagai-bagai tuduhan salahlaku terutamanya yang membabitkan 1 Malaysia Development Berhad(1MDB) dan juga derma RM2.6 Bilion.

Namun terbukti tuduhan tersebut langsung tidak berasas sama sekali. Kedudukan kewangan 1MDB yang sebenarnya mempunyai hutang tetapi asetnya melebihi hutang tersebut. Secara logik sebuah syarikat yang mempunyai aset melebihi hutang dianggap masih relevan. Tambahan pula projek yang dijalankan oleh 1MDB merupakan projek yang berdaya maju...... (teruskan membaca)

Nek Tempoyak.

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.