DJ RADIO TAMPIL PERAKUI DIA DIISLAMKAN OLEH NAJIB ABDUL RAZAK!!!
Memandangkan kisah seorang DJ Radio yang di-Islam-kan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Tun Abdul Razak menjadi perhatian netizen dan mengundang pelbagai reaksi, admin cuba menghubungi DJ Radio tersebut untuk mendapatkan kisah sebenar dari mulut beliau sendiri.
DJ Radio tersebut bersetuju untuk ditemu ramah dan berharap semoga kisah ringkas beliau dapat memberi inspirasi dan semangat kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam.
Nama asal beliau adalah Aaron Samuel A/L Mariyaras. Beliau memilih untuk tetap menggunakan nama yang sama setelah memeluk agama Islam cuma ditambah dengan nama Muhammad di pangkalnya. Dan nama beliau yang terkini adalah Muhammad Aaron Samuel Bin Mariyaras.
Beliau berketurnan Cina dan India. Bapanya berbangsa India dan ibunya berbangsa Cina. Maka terhasillah keturunan Melayu iaitu dirinya, beliau berseloroh sambil ketawa.
Kami tidak pernah mengetahui tentang siapa sebenarnya Aaron kerana Dr Fathul Bari merahsiakan identiti beliau sehinggalah Aaron sendiri yang memberi respon di Page Facebook Dr Fathul Bari tentang video tersebut.
Rupa-rupanya beliau telah meminta kepada Dr Fathul Bari dan hadirin yang ada pada ketika itu supaya tidak menghebahkan tentang penukaran agama beliau kepada Islam kerana beliau khuatir respon keluarganya yang mungkin akan terkejut dan beliau sendiri perlukan sedikit masa untutk menyesuaikan diri selain beliau risau dituduh mengejar populariti. Mereka yang hadir menghormati akan permintaan Aaron dan kisah beliau tidak diketahui sehinggalah kini iaitu setelah setahun lamanya.
Aaron kini bersedia untuk berkongsi kisahnya mencari tuhan yang abadi, dan kami dari team DFB mengalu-alukan bahkan kami kira semua umat Islam sangat mengalu-alukan kedatangan saudara Aaron kepada agama Islam.
Kami dari taem DFB juga sangat kagum dengan usaha dan kesabaran saudara Aaron menempuhi pelbagai cubaan dan rintangan dalam mencari agama dan berkat usahanya akhirnya Allah 'datang' kepadanya dengan memudahkan beliau untuk memeluk agama Islam. Seperti sabda Nabi, dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu;
"Allah Taala berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatinya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat). Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat." [HR. Bukhari no. 6970 dan Muslim no. 2675]
Kami mengesyorkan Aaron dan saudara baru yang lain supaya berdoa sebagaimana yang diajarkan Nabi apabila seseorang memeluk agama Islam seperti berikut;
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي
Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.
Dari Thoriq bin Asy-yam radhiyallahu anhu, dia berkata,
كَانَ الرَّجُلُ إِذَا أسْلَمَ عَلَّمَهُ النَّبيُّ – صلى الله عليه وسلم – الصَّلاَةَ ثُمَّ أمَرَهُ أنْ يَدْعُوَ بِهؤلاَءِ الكَلِمَاتِ : (( اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي )) .
"Jika seseorang baru masuk Islam, Nabi sallallahu alaihi wa sallam mengajarkan pada beliau solat, lalu beliau memerintahkannya untuk membaca doa berikut: "Allahummaghfirlii, warhamnii, wahdinii, wa 'aafinii, warzuqnii."" [HR. Muslim no. 35 dan 2697]
Kami mengucapkan selamat datang. Kami mendoakan semoga Allah memberi petunjuk kepada anda dan kepada kami. Semoga Allah memudahkan anda dalam mempelajari agama, memberikan kesabaran, beristiqamah di atas jalan Allah dan semoga lebih ramai yang memeluk agama yang benar ini melalui anda. Allahu Akhbar.
Barakallahufikum.
-Admin DFB
Versi Facebook: https://www.facebook.com/drfathulbari/videos/1057549087623252/
Versi Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=Yb2LVZnfDxQ
1 comment :
Jadi, adakah ini bermakna Najib sudah suci daripada dosanya
menyonglap duit RM2.67 Billion dan juga menyalahguna kuasa
melalui 1MDB samapai terperangkap dengna hutang 42 BILLION....???
Post a Comment