KUANTAN
- Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena
tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan
Pintasan-Pelabuhan berhampiran Sungai Karang, di sini petang tadi.
Pegawai
Turus Trafik Pahang Deputi Superitenden Ahmad Nazri Zainal berkata
mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan
Balok.
"Kejadian
berlaku pada jam 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori
yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah
tercabut dan terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi
yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.
Dalam
kejadian itu, mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan
berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun
pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera,"
katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ahmad
Nazri berkata polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang
syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai
melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.
Menurutnya
kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan
orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan
diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -
Bernama
No comments :
Post a Comment