1. DS Najib
Razak, dengan terus terang, walaupun tergores, terluka sebagai mana
fitrah beliau sebagai manusia, namun beliau memilih sebagai manusia
yang berjiwa besar.
2. Berasaskan
pengakuan itu, ertinya sebagai Presiden parti, beliau sanggup
menerima sebarang kritikan termasuk berbagai dakwaan antaranya
daripada Timbalan Presiden dan mantan Perdana Menteri.
3. Natijah
ucapan dasar DS Najib, apapun perbalahan dalam kepimpinan parti, yang
paling mustahak adalah mempertahankan parti bagi mempertahankan
agama, bangsa dan negara. Pendirian itu, menurut Najib, jika Umno
bukan menjadi tunjang kepada pemerintahan negara, maka
melayu/bumiputera akan diperlekeh di watan sendiri.
4. Bagi DS
Najib, sejak negara merdeka, semua Perdana Menteri atau Presiden Umno
tidak pernah terlepas daripada cabaran getir, namun kerana prinsip
dan anutan parti, maka semua cabaran itu dapat diatasi dengan
jayanya.
5. Kerajaan
yang berpaksikan kepada melayu/bumiputera, sangat bergantung kepada
keutuhan Umno, kekuatan Umno, kerana telah terbukti, Umnolah yang
membangun negara sehingga diiktiraf di serata dunia. Akibat
perjuangan Umno, maka pembangunan, perkembangan perekonomian dan
kemajuan lain dapat dirasakan oleh semua pihak, malah negara dapat
menghulur bantuan kepada negara-negara sahabat termasuk rakyat negara
lain yang tertindas.
6. Kemajuan
negara yang berpaksikan kepada perjuangan Umno, menyebabkan pihak
pembangkang bernafsu sangat memerintah negara. Akibat perjuangan
Umno, maka kini, pembangkang hanya menuainya di Selangor dan Pulau
Pinang. Atas keseronokan itu, maka pembangkang yang diketuai DAP,
kini sedang mengatur pelbagai strategi untuk merampas kerajaan
persekutuan, dan seterusnya menafikan kepimpinan melayu/bumiputera.
Baca seterusnya APT
No comments :
Post a Comment