TAMBANG ERL NAIK 57%... NAJIB SALAH, TAPI PEMEGANG SAHAM DAN KONSESI ERL TERBESAR ADALAH YTL LANGSUNG TAK DISENTUH!!!
Sungguh menarik apabila melihat gelagat mereka yang tidak pernah naik ERL, yang tidak pernah tahu tentang ERL, malah yang tidak dapat membezakan antara komuter, LRT dan Monorail pun, menyalak dan melalak tentang kenaikan harga tambang pengangkutan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2 itu.
Dan seperti biasalah, Najib dan kerajaannya menjadi sasaran kononnya tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang kenaikan tambang ERL, bahkan mahu menekan rakyat dengan kenaikan tambang pengangkutan tersebut dalam usaha untuk memenuhkan semula kantung wang negara yang sudah semakin kempis.
ERL atau The Express Rail Link telah menaikkan harganya sebanyak 57% dari RM35 menjadi RM55 bagi setiap perjalanan. Namun berdasarkan kepada terma dalam perjanjian konsesi, ERL berhak menaikkan tambang sehingga RM64 bagi setiap perjalanan.
Agak menarik ialah, kenaikan tersebut sebenarnya langsung tidak munasabah memandangkan ERL mempunyai trafik pengguna yang jauh lebih tinggi terutama selepas dihubungkan dengan KLIA2 tahun lepas.
Dan seperti biasa, antara yang paling kuat melalak adalah Ahli-Ahli Parlimen DAP yang cuba menunjukkan dan membuktikan yang mereka adalah JUARA RAKYAT. Mereka cuba membuktikan yang mereka memperjuangkan nasib rakyat. Malah sehingga ke peringkat, menonjolkan diri sehingga menggambarkan seolah-olah ERL merupakan pengangkutan utama di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.
Antara yang paling kuat menyalak adalah Ong Kian Min, Ahli Parlimen Serdang. Dia menuduh Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia sebagai perompak. Dia menyalahkan kenaikan tersebut kepada kerajaan dan Menteri Pengangkutan.
Dan seperti biasa jugalah, zombie serta golongan catuk tak berotak pun, menyokong kuat hasutan Ong Kian Min.
Sedangkan hakikatnya, perjanjian konsesi ERL telah ditandatangani pada 25 Ogos 1997 dan berkuatkuasa selama 30 tahun!
Pemilik ERL adalah YTL yang menguasai majoriti saham iaitu 50%, manakala Tabung Haji pula memiliki 40% dan Trisilco Equity Sdn. Bhd. memiliki 10% sahamnya.
Mengapa agaknya Ong Kian Min dan DAP langsung tidak menyebut tentang PERANAN BESAR YTL dalam ERL?
Siapa pemilik YTL?
Bukankah antara faktor DAP menyerang bersungguh-sungguh 1MDB sehingga IPOnya tidak dapat dibuat antara lain kerana kepentingan YTL di dalam pemilikan IPP?
YTL merupakan antara salah satu penerima manfaat besar perjanjian berat sebelah konsesi projek IPP pada awal-awal tahun 90-an. Pemilik YTL pernah menimbulkan kontroversi apabila berkata, "kini tiba masanya untuk menamatkan kapitalisme kroni di Malaysia, selepas 20 tahun" yang membuatkan dia dikecam teruk memandangkan kekayaannya yang melimpah ruah adalah hasil daripada 'keistimewaan' yang diperolehi daripada kerajaan, khususnya dua pentadbiran lalu.
Francis Yeoh kemudiannya memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata itu.
Trisilco Equity mempunyai modal berbayar berjumlah RM1 juta dan dimiliki 100% oleh Tan Sri Nadzmi Salleh yang turut dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif ERL bermula Ogos 1998.
Sebelum dilantik ke jawatan Pengerusi Eksekutif ERL, Nazmi merupakan Pengarah Urusan PROTON dari tahun 1993 sehingga 1996. Sebelum menyertai PROTON, dia merupakan Pengarah Eksekutif dan Pengarah Urusan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON). Dia kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi PROTON tetapi berundur dan jawatan tersebut diambilalih oleh Syed Mokhtar apabila DRB-HICOM mengambilalih PROTON pada tahun 2012. Jawatan tersebut kemudiannya diambilalih oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 2014.
Kes ini juga sama dengan kenaikan tol lebuhraya-lebuhraya dalam bandar yang melibatkan perjanjian konsesi berat sebelah yang dibuat oleh kerajaan pentadbiran terdahulu. Dan masalah yang berlaku sekarang seperti yang dapat dilihat, tetapi gagal dihadamkan ialah apabila kepentingan puak-puak konsesi tersebut diganggu dengan kadar kenaikan berdasarkan perjanjian telah diturunkan.
Mengapa DAP serang Najib dan kerajaan sedangkan sepatutnya yang diserang bagi kenaikan kadar tambang adalah konsesi yang tamak haloba dan tidak peduli dengan masalah pengguna berbanding kepentingan keuntungan besar mereka?
Anda boleh menjawabnya?
1 comment :
konsensi ni semua Mahathir yang buat...tu faktanya....
Post a Comment