Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, October 30, 2013

Rakan Suspek Tembak Pegawai Am Bank Kini Kebimbangan


BERIKUTAN tersebarnya laman Facebook suspek pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya dengan nama sebenarnya Ardi Ode Putra Katela, rupa-rupanya ada tiga orang rakan Facebooknya suspek turut bertugas sebagai pengawal keselamatan.

Seorang daripadanya bernama Aher Putra Wa Rumber kini dikatakan dalam kebimbangan ekoran kes melibatkan rakannya Facebooknya itu.

Dalam beberapa status yang dimuatnaik olehnya, ada status yang menyebut untuk keluar makan pun dia takut bimbang terjadi apa-apa yang tidak diingini.




Setakat ini, pihak polis masih belum menahan atau memberkas suspek selepas kes berkenaan berlaku 23 Oktober lepas sudah masuh hari kelima selepas kejadian itu.
Rakan suspek ini, turut bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara ini tanpa mengetahui status sebenar adakah mengikut peraturan atau tidak seperti ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Terdapat sedikit kebimbangan apabila rakan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan banyak meminati beberapa jenis laman berunsur seks seperti yang dapat dilihat melalui Facebooknya, tidakkah ia termasuk juga dalam proses tapisan yang perlu dijalankan oleh KDN?

Diharapkan pihak berkuasa menyedari perkembangan terbaru yang sudah pun tersebar di laman-laman blog di internet berkenaan identiti sebenar suspek dan juga rakan-rakannya.



“RM100 Sebulan Bayar Polis Jaga Kita”? Kata Rakan Pembunuh Kejam AmBank



Satu persatu perkara terbongkar bila terdedahnya laman Facebook pembunuh kejam pegawai Ambank. Terbaru, melalui semakan Facebook rakan-rakan pembunuh kejam Ambank, Mahesa Birawa (gambar) telah memuat naik status yang agak mencurigakan.

Melalui status Facebooknya, Mahesa Birawa mendakwa dia dihubungi oleh Polis DiRaja Malaysia pada 23 Oktober 2013 lalu dan meminta duit daripadanya.
Menurutnya, dia membayar RM100 setiap bulan kepada pegawai polis yang ‘menjaganya’ ketika di Malaysia lokasinya di Shah Alam, sila rujuk lampiran perbualan dibawah.


Rujujkan Facebook:-Mahesa Birawa

Perkara ini harus disiasat, jika dakwaannya benar, tindakan yang paling tegas perlu diambil keatas anggota polis yang cuba menjahanamkan negara kepada pendatang haram. Anggota polis macam ni la yang membusukkan nama PDRM. Akibat tindakan beberapa orang, habis tercemar institusi kepolisan kita. Harap PDRM kita dapat menyiasat perkara ini.



Sumber

Kenapa Cina Malaysia mahu jadikan Malaysia seperti Singapura?



1.Penindasan dan penafian peluang kepada etnik Melayu Singapura dan warga India berleluasa terang-terangan dan memalukan. Ia amat jelas bahawa Kerajaan Singapura juga umumnya dikenali sebagai Pemerintah Keluarga Lee terdiri daripada bapa (Lee Kuan Yew) dan anaknya, yang telah memerintah Singapura sejak tahun 1959, selama mana Castro Brothers memerintah Cuba dan Lee Kuan Yew masih mahu meneruskan polisi yang memalukan ini.

2.Singapura adalah sebuah pulau kecil dimana hari ini mempunyai 5 juta orang tetapi jika anda kira betul betul berapa warga asli Singapura yang dilahirkan, ia akan menjadi tidak lebih daripada 2.5 juta atau kurang. Ia juga sama seperti ruang tanah yang paling sesak di dunia seperti Gaza wilayah yang diduduki Israel.

3.Pemerintah Keluarga Lee, bapa dan anaknya, tidak menghormati undang-undang. Walaupun Perlembagaan menuntut peluang sama rata kepada semua, mereka hanya mengabaikannya. Pulau ini tidak mempunyai undang-undang hubungan antara kaum dan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta adalah bebas untuk melibatkan diri dalam diskriminasi kaum sesuka hati.

4.20 tahun yang lalu, pulau ini mempunyai hanya 50% daripada penduduk kaum Cina. Hari ini komponen etnik Cina adalah kira-kira 77% dan terus meningkat. 20 tahun yang lalu, orang Melayu dan India membentuk kira-kira 50% daripada penduduk pulau itu. Hari ini orang Melayu tidak lebih daripada 13% dan India hanya 8%, dan berkurangan.

5.Peningkatan yang besar dalam nombor Cina bukan kerana mereka melahirkan ramai anak Cina. Malah ia adalah sebaliknya. Jika dilihat kadar kelahiran cina adalah paling rendah di pulau itu dan merupakan kadar kelahiran paling rendah di dunia, hanya 1% atau lebih. Jika polisi perkauman ini ditinggalkan, kaum Cina adalah kaum pertama akan hilang dari pulau ini. Polisi mengutamakan Warga Asing didalam Singapuralah salah satu penyebab punca etnik melayu dan india terus berkurangan.

6.Dan dengan ini akan bertanya apa lagi punca lain kaum Cina terus meningkat di Singapura? Ini adalah kerana Lee Kuan Yew dan anaknya dari bangsa cina, telah membentuk satu sistem hanya Keluarga Lee layak memerintah dan mereka ini hanya suka kepada kaum mereka sendiri, dengan mengutamakan Cina.

7.Mereka paling benci orang Melayu kerana mereka anggap diri mereka lebih tinggi dari orang Melayu dan mereka tidak suka kaum India kerana mereka anggap India adalah sebagai bangsa pengacau yang suka buat huru hara didalam Singapura ini. Di Singapura hasil sistem dan polisi Lee Kuan Yew, kaum Cina Singapura mempunyai kecenderungan untuk mengikuti serta mentaati kepada pemimpin Cina mereka, seperti yang mereka lakukan di negara Komunis, China.

8.Oleh itu, ia tidak menghairankan bahawa, walaupun Perlembagaan menuntut layanan yang sama daripada semua kaum yang berbeza, Lee Kuan Yew menggunakan lebih sedekad yang lalu untuk tekad usaha meningkatkan penduduk Cina di pulau itu melalui rompakan kewarganegaraan percuma.

9.Ini yang mereka telah lakukan dan terus lakukan untuk hari ini dengan membawa masuk ramai orang Cina dari negara China untuk menetap di Singapura dan memberikan mereka kewarganegaraan percuma dan ini menjelaskan mengapa Singapura kini terdapat 77% kaum Cina di negara itu dan kesannya membuatkan Melayu sebagai penduduk asal telah dikurangkan kepada hanya 13% dan kaum India hanya 8%.

10.Sudah tentu apa yang Lee Kuan Yew lakukan adalah benar-benar menyalahi undang-undang dan melanggar Perlembagaan. Tetapi Melayu dan India tidak dapat berbuat apa-apa mahupun mengadu kepada Lee Kuan Yew sendiri kerana mereka tidak mempedulikan Perlembagaan yang telah mereka cipta. Mengapa ini terjadi? Ini kerana Lee Kuan Yew mempunyai Polis Singapura sebagai penguatkuasa undang-undang atau anjing khas polis untuk menangkap anda jika Melayu atau India membuat masalah dan badan kehakiman akan taat setia kepada Lee Kuan Yew, seterusnya mahkamah boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, termasuk menekan sistem undang undang itu sendiri. Anda bayangkanlah, jika Melayu itu tidak bersalah, tetapi dengan hanya 1 arahan dari Lee Kuan Yew, mahkamah akan terus menukar keputusan kepada bersalah terhadap mana-mana Melayu.

11.Jadi tidak ada kedaulatan undang-undang yang anda boleh meminta seperti negara Malaysia yang makmur, adil dan saksama. Pada kadar ini pengimportan besar-besaran pendatang kaum Cina dari China dan penduduk Melayu dan India akan berkurangan dengan cepat, tidak lama lagi hanya akan ada kaum Cina di Singapura diiringi oleh beberapa orang putih yang akan menguruskan bank-bank Singapura bagi menjaga wang haram dibawah pemerintahan Lee Kuan Yew.

12.Hari ini orang Melayu dan India dinafikan pekerjaan kerana majikan Cina enggan untuk mengambil mereka bekerja. Setiap kekosongan jawatan yang disenaraikan di pulau itu membawa notasi "Hanya orang Cina perlu memohon" atau "Pengetahuan Mandarin diperlukan" ini sama sepertimana Melayu di Malaysia sedang mengalami. Kaum Melayu Singapura menyedari masalah ini dan mereka telah bersedia dengan belajar penuh bahasa Mandarin tetapi selepas meminta pekerjaan itu, Melayu Singapura masih tidak mendapat kerja. Alasan diberikan bahawa pelanggan Cina tidak menghargai orang yang bukan datang dari kaum Cina didalam dunia korporat. Sudah tentu Melayu tidak mungkin untuk menukar warna kulit dari coklat ke kuning walaupun pembedahan plastik untuk membuat puntung hidungnya dan saiz matanya yang sepet seperti Fu Manchu adalah mustahil.

13.Kadang-kadang kerajaan akan memberikan beberapa peluang pekerjaan kepada kaum Melayu dan India tetapi dalam bilangan yang sangat sedikit, jarang dan luar biasa. Melayu dan India itu perlu mempunyai 'cable' yang sangat kuat dengan orang penting dalam syarikat barulah mereka senang mendapat pekerjaan, itu pun pekerjaan sebagai kuli didalam syarikat.

14.Bagi kerja-kerja kasar, mesin basuh pinggan mangkuk, anggota polis berpangkat rendah, pemandu dan tukang sapu jalan, terdapat pekerjaan yang mencukupi bagi orang Melayu dan India. Pelan Lee Kuan Yew adalah untuk membuang hakikat bahawa mereka telah kalah sebenarnya dalam populasi kaum di Singapura.

15.Walaupun ketidakadilan ini dan dasar diskriminasi kaum adalah haram, jika anda mengadu tentangnya juga tidak dapat berbuat apa apa. Di Singapura ia adalah undang-undang untuk mendiskriminasikan kaum kerana tidak ada undang-undang yang khas tentang hubungan antara kaum. Undang-undang gaji minimum telah betul betul dibiarkan dan tidak ada syarikat cina di Singapura mengamalkan undang undang gaji minimum itu. Undang-undang itu hanya sekadar ada untuk ditunjukkan kepada dunia dan jiran negara mereka Malaysia, tetapi tidak pernah dipraktikkan.

16.Tanpa membela hak orang Melayu dan India, ia menjadi semakin biasa bagi kaum Melayu dan India untuk melepaskan kekecewaan mereka melalui keganasan. Anda boleh melihat kaum Melayu yang tidak puas hati kerana telah ditolak untuk mendapat hak perumahan kerajaan tetapi kerajaan Lee Kuan Yew telah memberi satu pukulan yang sangat dasyat di jiwa orang Melayu. Anda juga boleh melihat kaum India yang baru sahaja didenda semaksimum harga kerana memandu laju dan apabila Cina dikehendaki untuk membayar hanya beberapa dolar.

17.Ini adalah jenis keganasan bermotifkan perkauman yang meningkat diluar jangkaan. Malaysia mempunyai undang-undang yang kuat di bawah pemerintahan orang Melayu untuk sesiapa yang merasakan tidak bersalah akan dibela, rata-rata rakyat Malaysia juga berpuas hati dalam pembelaan diri mereka kepada undang-undang yang mereka boleh bergantung pada amanah mahkahmah. Tetapi di mahkamah Singapura, kerana tidak ada undang-undang untuk melindungi terhadap ketidakadilan kaum dan di tempat di mana kerajaan itu sendiri terlibat dalam dasar rasmi diskriminasi kaum. Pengajaran dari ini dapatkah anda melihat apakah keinginan keseluruhan rakyat cina di Malaysia dimana 97% memihak kepada DAP.


[VIDEO] Meraba Bontot Wanita Dala MRT Singapura - AWAS Penumpang Wanita LRT, Komuter dan Monorel di Kuala Lumpur!!!


Kejadian ini dilaporkan berlaku dalam MRT Singapura berdasarkan pengumuman station yang dibuat dalam bahasa Inggeris.

Kalau mengikut komen di Facebook, ramai yang bertanya mengapa pihak yang mengambil video itu tidak melakukan sesuatu untuk membantu.

Betul juga… namun wanita yang terang-terang diraba itu pun macam tidak bertindak juga…apatah lagi si perakam.

Mungkin mangsa panik dan tidak tahu bagaimana hendak bertindak.

Pengguna wanita di negara ini kerap menjadi mangsa kepada lelaki gila seks ketika menggunakan kemudahan awam.

Satu cara… menjeritlah sekuat hati jika benar-benar yakin anda menjadi mangsa raba… pasti akan ada yang datang menolong.  



sumber

[TERKINI] #PRKSgLimau: SUHAKAM KUDA TUNGGANGAN PAKATAN HARAM@PAS!!!?



Info dari Shah Alam Revels | Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana.

Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.

Turut kelihatan adalah seorang penulis novel terkenal, Syed Hussein al-Atass atau lebih dikenali sebagai 'Pak Habib'. Namun penulis tidak pasti sama ada Pak Habib antara individu yang dijemput SUHAKAM menghadiri mesyuarat itu kerana beliau dilihat sendirian.

Dengan lokasi yang strategik dan jauh dari orang ramai memungkinkan mesyuarat itu sangat penting dan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.



Soalnya, apakah peranan SUHAKAM dalam pilihanraya kecil di Sungai Limau? Adakah mereka bertindak sebagai penasihat dan membantu Pas mengatur strategi bagi memastikan kemenangan Pas di kawasan ini?

Ataupun, mereka turut menyalurkan dana untuk kempen pilihanraya Pas memandangkan semua unit penginapan di tempah atas nama SUHAKAM? Difahamkan terdapat 24 unit penginapan dengan harga sewa RM420 semalaman. Jadi, SUHAKAM telah membelajakan sebanyak RM10,080 hanya untuk menyewa kesemua unit-unit itu.

Jika benar, terbukti bahawa SUHAKAM adalah proksi kepada parti pembangkang. Dan penulis percaya, SUHAKAM adalah antara entiti yang diwujudkan berpaksi kepada parti pembangkang.

SUHAKAM bukan diwujudkan untuk membela hak asasi manusia ataupun rakyat. Sebaliknya diwujudkan untuk merealisasikan agenda-agenda jahat pembangkang berjaya.


Tuesday, October 29, 2013

MP Pembangkang kena “DiSekolahkan” Di Parlimen


Didalam soal jawab lisan yang berlangsung di Parlimen baru baru ini, Ahli parlimen pembangkang telah “disekolahkan” oleh  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri mengenai perbezaan diantara rumah kediaman dan kompleks, dimana merujuk kepada  isu pembayaran bil elektrik dan air.

Pembangkang tidak faham kediaman dan kompleks PM, kata Shahidan

Pihak yang mempertikaikan bil utiliti di kompleks kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menelan belanja hampir RM2.5 juta tidak faham istilah ‘kediaman’ dan ‘kompleks’ kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar).

Shahidan menegaskan, perbelanjaan yang dinyatakan adalah disebabkan kompleks berkenaan menempatkan kuarters kakitangan, dewan dan kemudahan lain untuk kegunaan di kompleks berkenaan.

“Mereka lupa itu kompleks Perdana Menteri. Ada ahli Parlimen yang tidak faham kediaman dengan kompleks. Ini bukan kediaman.

“Ada dewan, kuarters kakitangan, untuk seminar yang dilaksanakan di kompleks,” katanya semasa sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

DAP sebelum ini mendedahkan penggunaan bil utiliti di kediaman rasmi Najib di Kompleks Seri Perdana menelan belanja sebanyak lebih RM2.5 juta untuk tahun 2012.

Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke Siew Foke menegaskan, daripada jumlah itu, RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bayaran bil air.

“Macam mana Najib minta rakyat berjimat sedangkan setiap hari beliau membazir bil elektrik dan air.

“Tiada usaha mengurangkan perbelanjaan kerajaan,” kata Loke.

Shahidan sebaliknya membidas kenyataan berkenaan, dan menegaskan bil utiliti untuk kegunaan Najib dan isterinya dicaj sama seperti pengguna elektrik dan air di negara ini.

“Kalau Najib nak tidur sebilik dengan (Datin Seri) Rosmah (Mansor), hanya mereka berdua, bilnya sama dengan Timah dan Mamat,” kata Ahli Parlimen Arau itu lagi.

“Kadarnya sama. Jangan bincangkan isu yang boleh buat rakyat tertawa,” tegas Shahidan, dan menambah pembangkang perlu membincangkan isu yang lebih besar.


Pemansuhan Subsidi Gula Perlu Diikuti Oleh Liberalisasi Pasaran



Keputusan kerajaan menghapuskan subsidi gula 34 sen sekilo dalam pembentangan Bajet 2014 merupakan satu langkah yang telah dijangka lebih awal. Kerajaan telah memberi isyarat  sejak beberapa tahun lalu bahawa subsidi gula tidak mungkin dapat diteruskan selama-lamanya. Sejak beberapa minggu lalu, tulisan-tulisan mengenai keperluan menghapuskan subsidi gula sudah mula berkumandang sama ada dari perspektif kesihatan mahu pun kewangan.

Langkah pemansuhan berkenaan membantu kerajaan menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM64.02 juta bagi tahun ini dan RM551.25 juta pada 2014. Angka ini sangat besar kerana ia membolehkan kerajaan membina puluhan hospital mahu pun sekolah. Dalam masa yang sama ia diharapkan akan mengurangkan tabiat pengambilan gula secara berlebihan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Walaupun subsidi telah dihapuskan para peniaga tidak boleh menaikkan harga gula sesuka hati melepasi RM2.84 sekilogram yang ditetapkan kerana ia masih dikategorikan sebagai barangan kawalan.

Seperti kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek, “Kerajaan membuat keputusan kurang popular tetapi memberikan keuntungan kepada rakyat.”

Seiring dengan langkah penghapusan subsidi, langkah pengawalan terhadap pengimpotan gula juga harus dihapuskan. Adalah tidak adil kerajaan menghapuskan subsidi tetapi tidak membuka ruang pasaran gula agar pengguna mempunyai banyak pilihan. Hari ini hanya ada beberapa pengimpot gula dibenarkan membawa masuk dan mengedar gula di Malaysia. Ini mudah difahami kerana kerajaan perlu mengawal industri yang disubsidi ini.

Namun sekarang kerajaan sewajarnya membuka ruang seluasnya kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengimpot gula. Apa yang kerajaan perlu lakukan ialah menentukan harga siling gula sebanyak RM 2.84 sekilogram. Jika ada syarikat berupaya menjual gula dengan harga yang lebih murah maka ia merupakan satu keuntungan kepada pengguna dan juga kerajaan.

Ada bermacam jenis gula dan pelbagai harga boleh memberi peluang kepada pengguna dan penjual membuat pilihan yang terbaik untuk mereka. Adalah tidak adil jika kerajaan masih mengehadkan pengimportan gula kepada beberapa syarikat sahaja atas alasan untuk melindungi industri gula tempatan.

Hakikatnya, Kerajaan tidak boleh menarik balik subsidi dan dalam masa yang sama masih mahu mengenakan kawalan bagi menjaga kepentingan orang lain, dalam kes industri gula tempatan.

Kadang-kadang penghapusan subsidi bukanlah sangat buruk jika kerajaan sedia mengubah sistem sedia ada. Jika kerajaan masih mahu mengekalkan sistem kawalam sedia ada, ia perlu memberi penjelasan kepada rakyat.

Baca Seterusnya : di sini

NUAR ALLERGIC DENGAN GST


Heran...kenapa Nuar allergic sangat dengan GST sampai nak lawan habis-habisan keputusan kerajaan melaksanakan GST tersebut? Nuar bila dah kata lawan habis-habisan, pastinya akan mengajak rakyat menyusahkan diri dengan berguling atas jalanraya, itulah modal paling bijak yang mampu Nuar tawarkan kepada para penyokong kebodohannya.
Walhal, pada pembentangan baget pada tahun 1992 ketika dia menjadi Menteri Kewangan, dia dahpun bercakap tentang melaksanakan GST.
 
Apapun diharap Nuar akan faham bahawa GST tu bermaksud Goods and Services Tax yang diperkenalkan oleh kerajaan agar sistem percukaian negara lebih baik dan tersusun yang bukannya bermaksud mendera rakyat dan juga tidak bermaksud untuk membawa makna Gay Sudah Tua. Maka janganlah jadi batu api yang bakal menyusahkan ramai orang.

Baca berikutnya : di sini

Misteri Kehilangan Treler Canggih PAS Di PRK Sungai Limau



Menurut Blogger Akar Umbi, ada 2 kekurangan PAS dalam menghadapi PRK Sg Limau.

Pertama ialah misteri kehilangan kelibat treler yang didakwa sebagai canggih oleh jentera propaganda PAS\


Masakan treler yang dilancar pada Februari 2013, tidak dapat digunakan meskipun hanya berusia lebih kurang 8 bulan.

Sementara kekurangan yang kedua ialah hilangnya kelibat Nik Aziz, samada wajahnya di poster-poster kempen PAS mahupun kehadirannya.

Mungkin Nik Aziz uzur lalu tidak dapat membantu kempen.

Atau mungkin juga Mursyidul Am PAS itu tidak relevan sama sekali dalam kempen di Sg Limau.




Ini baru nama Pas Haprak



Pin pin!!! Poon pon!! Tepi tepi sikit daPigs nak lalu. 

Masa aku kecik-kecik dulu di Taiping Mali, pernah juga tengok Melayu haprak. Haprak sebab setiap kali ada cina mati, depa ambil upah pakai baju guni dan menangis ikut lori mayat.

Akan tetapi melayu haprak tu dah tobat dan tak buat kerja tu lagi, rupa-rupa zaman sekarang ada lagi berlaku pada orang Pas yang kononnya menegakkan Islam. Ustazah Abby Elite kata "orang Pas masuk syurga, undi Bn dapat dosa, undi Pas dapat pahala."

Ini yang dok usung bendera Dap Sosialis Demokrat ini termasuk dalam golongan apa?

Harap Ustazah Abby dapat bagi jawapan!.

Status Gay Anwar : Top, Bottom atau Flexi ?


Cuba perhatikan “bahasa badan” Anwar Ibrahim dan cara beliau mengengam erat tangan peminatnya sewaktu sesi lawatan ke London

Anwar semenjak dari dahulu amat sukakan lelaki yang cantik dipandang, tabiatnya luar biasanya ini dipengaruhi oleh habitat luar biasanya daripada manusia normal.

Jika tidak percaya cuba perhatikan siapa lelaki-lelaki yang pernah dipilih olehnya untuk membantu kerja-kerja parti ataupun pembantu peribadi semuanya merupakan lelaki yang enak dipandang mata.


Namun di kalangan pengamal Gay  timbul desas desus apakah status sebenar Anwar Ibrahim adakah beliau seorang  “Top” (atas) atau “Bottom”(bawah) atau mungkin juga seorang “Flexi”(kedua-duanya sekali).

Teori satu mengatakan beliau memang seorang “Top” semenjak beliau belajar di MCKK lagi, kehidupan berasrama di kolej lelaki tersebut telah mendedahkan beliau dengan pelakuan hubungan seksual songsang. Dan dikatakan juga Anwar ramai menyimpan lelaki-lelaki simpanan sejak dahulu sehinggalah sekarang.

Manakala teori kedua pula mengatakan bahawa Anwar sebenarnya “Flexi” tetapi lebih kepada “Top”, dan dikatakan Anwar semenjak di MCKK pernah menjadi “Botom” kepada pelajar senior di kolej tersebut.

Menurut beberapa lelaki Gay yang ditemui, dalam kes hubungan Anwar dengan Munawar Anes, Anwar – Al Gore dan beberapa kenalan Anwar lelaki songsang di seluruh dunia, sebenarnya wujud “GAYDAR”(radar menentukan status seseorang gay) Anwar seolah-olah bertindak sebagai “Botom” kepada lelaki-lelaki berkenan.

Sebenarnya adalah tidak mengejutkan jika Anwar merupakan pasangan kepada Munawar Anes dan AL Gore jika teori kedua mengatakan Anwar merupakan lelaki Gay flexi. Gay Flexi ini merupakan status lelaki Gay yang boleh bertindak dalam kedua-dua posisi hubungan seksual.


Cuba kita perhatikan hubungan Anwar dengan lelaki lelaki tersebut dan bagaimana Al Gore cuba menolong sehabis mungkin Anwar Ibrahim hingga sanggup merendahkan dirinya demi Anwar Ibrahim, adakah ia sekadar sahabat biasa atau ada hubungan lain di sebaliknya.

Dan kita juga tahu  Generation Investment Management Group sebuah syarikat milik Al Gore di London telah melantik Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa dengan gaji dan elaun yang amat lumayan.

Tindakan Al Gore ini tidak ubah seperti skandal melibatkan rakan baik Anwar, Mr Paul Wolfowitz yang telah melantik kekasihnya Shaha Riza di Bank Dunia dan mengetuai sebuah yayasan hantu, Foundation For Future di Timur Tengah.



Sementara itu, seorang dari komuniti LGBT  di sebuah laman Gay Fridae bernama Lingzhi menyatakan, pada pemerhatiannya Anwar merupakan lelaki Gay Dominan membawa maksud lebih kepada TOP.

Dan menurutnya lagi, Anwar tidak ubah seperti pemimpin besar pada zaman Greek yang sukakan lelaki muda sebagai pembantu peribadi untuk memudahkan melayan nafsu seksualnya.

Hujah Lingzhi ini pula jika diperhatikan ada kebenaranya jika kita perhatikan apa yang dilakukan Anwar sekarang dan seolah-olah teori mengatakan Anwar mempunyai status “Top” lebih tepat.



Anwar selalu membawa bersamanya lelaki-lelaki muda untuk menemaninya termasuk dalam program politik seperti tindakan beliau membawa Saiful Bukhari dalam satu kempen di Pulau Pinang pada tahun 2008. Walaupun apabila isu liwat meletup beliau cuba menafikan kenal dengan pembancuh kopi tersebut.

Cuba kita perhatikan gambar-gambar di bawah yang diambil dari video siri lawatan ceramahnya ke seluruh Negara. Apa yang kita dapat tafsirkan dari gambar tersebut.







Wan Ji : Gelaran ‘Ketua Agama Islam’ Yang di-Pertuan Agong Adalah Bidaah



AIDCNews – 29/10/13 – Blogger pro Pas, Wan Ji Wan Husein berpendapat Islam tidak sewajar diletakkan di bawah sistem pentadbiran kerajaan sepertimana yang dipraktikkan sekarang kerana ia akan merosakkan imej Islam.

“Saya tidak bersetuju institusi keagamaan (Islam) diletakkan di bawah kerajaan kerana ia merosakkan imej agama.

“Buang aspek agama daripada kerajaan dan kerajaan akan menjadi lebih Islam,” kata Wan Ji dalam forum anjuran projek dialog yang bertajuk “Adakah Islam Bertentangan Dengan Hak Asasi.”

Projek Dialog disebut-sebut sebagai projek Islamic Renaissance Front (IRF) untuk mempromosi mempromosi idea liberal Islam di Malaysia.

Malah ia sinonim dengan Ahmad Fuad Rahmad, penganalisa di Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Pengarah penyelidik IRF yang disebut laman irfront.net sebagai Editor pengurusan www.projekdialog.com.

Wan Ji dilaporkan FMT menggelarkan gelaran ‘ketua agama Islam’ untuk Yang di-Pertuan Agong yang termaktub dalam perlembagaan adalah bidaah.

“Nabi Muhammad saw sendiri tidak menggelar dirinya ketua agama Islam. Gelaran yang ada ialah Amir-al-Mukminin, bermaksud ketua orang Islam.

“Gelaran ketua agama Islam itu bidaah,” kata Wan Ji.

Selain Wan Ji, forum itu turut disertai oleh kolumnis laman portal berita The Malay Mail Online. Zurairi AR dan peguam Fadiah Nadwa Fikri yang juga merupakan Penolong Setiausaha IRF.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut dikritik Wan Ji yang menggelar jabatan itu sebagai Jabatan Kekeliruan Islam Malaysia.

Beliau menambah bahawa perbuatan pihak tertentu yang beragama Islam yang menidakkan hak bersuara bukan Islam adalah bersamaan dengan menolak al-Quran.

Wan Ji turut mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik, Herald.

“Larangan itu tidak berasaskan al-Quran. Untuk mereka yang beragama Islam, Allah itu satu manakala untuk Kristian, tiga.

“Allah berfirman kebenaran akan terserlah, kebatilan akan hancur. Jadi adakah kita meragui Islam?”

Belum Dengar Ada Yang Mati Kerana Tak Makan Gula


Bantahan penghapusan subsidi gula hanyalah mainan politik semata-mata.  Hakikatnya, setelah beberapa kali subsidi gula ini dikurangkan kerajaan (sehingga dihapuskan sekarang), penulis belum pernah dengar ada rakyat yang mati kerana kekurangan gula akibat tidak mampu membeli produk tersebut.  Jika ada sila beri satu contoh.

Malah ada orang yang mampu hidup lebih lama pun jika kurang makan makanan manis, ini fakta, bukan dongeng atau cerita bohong.

Sebab itulah agaknya di kedai-kedai makan yang penulis pergi, orang ramai macam itu juga. Malah warung mamak, mapley 24 jam (hanya di Malaysia) penuh macam tu juga sampai pagi  walaupun harga gula naik sebanyak RM 0.34 sen. Ini menunjukkan bantahan atas penghapusan subsidi gula ini bukan sebab bantahan itu benar-benar perlu, tapi sebab nak cari alasan untuk maki kerajaan, tidak lebih dan tidak kurang.

Dari apa yang penulis lihat sendiri, rakyat mampu menyerap kenaikan harga gula ini.  Rata-rata rakyat bukan guna seguni gula pun sebulan, paling tidak 2 kilo atau 4 kilo bagi keluarga yang besar sikit.  Apatah lagi, tahun lepas kerajaan telah menetapkan gaji minimum sebanyak RM 900, sebab itu penulis kata ramai yang mampu serap kenaikan tersebut.

Penulis sengaja ambil contoh pekerja gaji minimum sebab yang bunyi ini banyak bercakap kononnya mewakili golongan peringkat rendah, siapa yang beri mereka kuasa itu, tak tahulah.

Jadi cakap dari segi pekerja berpendapatan rendah ini, ramai dari mereka tak mampu nak makan di kedai tiap-tiap hari dan sepanjang masa waima sebelum harga gula naik, jadi kesan kenaikan harga di kedai, tidak begitu menyentuh kewangan mereka.

Lagipun makan di kedai adalah pilihan, bukan keperluan.  Sesiapa yang jadikan keperluan, itu tanggung sendirilah, apa nak salahkan kerajaan?  Kalau isteri sendiri malas nak masak, kenapa kerajaan pulak yang kena maki?

Senang cakap macam inilah, selagi rakyat Malaysia ini ada wang untuk membayar perkara-perkara yang bukan keperluan seperti ASTRO, aircond, beli nombor, hisap rokok, minum todi, rumah urut dan sebagainya, selagi itulah mereka mampu menyerap segala pengurangan subsidi oleh kerajaan.

Orang Palestin sana apa subsidi pun tak ada, tapi mereka hidup juga.

Dakwaan Syarikat Gula Untung RM1 Bilion Serlahkan Kebodohan Anwar

 
Semalam semasa perbahasan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang telah mendakwa kesan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen oleh Kerajaan BN akan membolehkan syarikat-syarikat gula melonjakkan keuntungan mereka di antara 20 hingga 24 peratus.

Berikutan lonjakan keuntungan itu katanya, syarikat-syarikat gula akan meraih keuntungan tambahan terkumpul mencecah RM1 bilion setahun. Agaknya kembang dada Anwar bila dapat mendedahkan perkara itu, betul atau tidak belakang kira sebab lahirnya Anwar ke dunia ini bukannya untuk membawa kebenaran.

Harga gula sebelum subsidi dihapuskan ialah RM2.50 sekilo, itu harga selepas Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 34 sen. Maksudnya setiap kilo gula yang kita beli pada harga RM2.50 Kerajaan BN terpaksa membayar 34 sen bagi setiap sekilo kepada syarikat pengeluar gula.

Itu jugalah jumlah subsidi yang Kerajaan perlu bayar bagi setiap kilo meskipun sebahagian dari gula di pasaran dibeli dan dimamah sehingga menjilat jari oleh pendatang asing yang bekerja di negara kita. Kekal 34 sen sekilo tetap perlu dibayar guna wang saku Kerajaan untuk masuk ke poket syarikat pengeluar gula.

Oleh sebab subsidi sebanyak 34 sen sudah dimansuhkan secara automatik harga gula sekarang menjadi RM2.84 sekilo. Harga itu juga untuk pendatang asing dan harga yang sama jugalah perlu dibayar oleh Anwar Ibrahim yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan.

Bila sudah demikian, maka setiap kilo gula yang dibeli oleh pengguna, Kerajaan tidak perlu lagi membayar kepada syarikat pengeluar gula. Hasilnya Kerajaan dapat menjimatkan RM551.25 juta untuk tahun depan dan tiada lagi duit subsidi yang mengalir masuk buta-buta ke kocek syarikat pengeluar gula.

Peningkatan keuntungan yang ketara hanya akan berlaku kalau berlaku penurunan kos bahan mentah atau wujudnya permintaan melampaui kebiasaan.

Jadinya, di mana logik pengiraan Anwar yang mendakwa syarikat gula akan dapat tingkatkan keuntungan tambahan sehingga RM1 bilion berikutan penghapusan subsidi 34 sen sekilo? Tak wujud pun, sebaliknya angka itu hanyalah propaganda Anwar bertujuan untuk membangkitkan kemarahan khalayak.

Apa jenis matematik yang diguna pakai tak tahulah. Dari sudut mana pun difikirkan, penulis cuma nampak dakwaan Anwar itu hanya menyerlahkan kebodohannya. Malangnya masih ada lagi balaci PR yang teruja mencerna setiap propaganda Anwar tanpa terdetik sedikit pun untuk memikirkan logik kebenaran.
Baca seterusnya : di sini
 

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.