Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Tuesday, October 29, 2013

Dakwaan Syarikat Gula Untung RM1 Bilion Serlahkan Kebodohan Anwar

 
Semalam semasa perbahasan Bajet 2014 di Dewan Rakyat Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang telah mendakwa kesan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen oleh Kerajaan BN akan membolehkan syarikat-syarikat gula melonjakkan keuntungan mereka di antara 20 hingga 24 peratus.

Berikutan lonjakan keuntungan itu katanya, syarikat-syarikat gula akan meraih keuntungan tambahan terkumpul mencecah RM1 bilion setahun. Agaknya kembang dada Anwar bila dapat mendedahkan perkara itu, betul atau tidak belakang kira sebab lahirnya Anwar ke dunia ini bukannya untuk membawa kebenaran.

Harga gula sebelum subsidi dihapuskan ialah RM2.50 sekilo, itu harga selepas Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 34 sen. Maksudnya setiap kilo gula yang kita beli pada harga RM2.50 Kerajaan BN terpaksa membayar 34 sen bagi setiap sekilo kepada syarikat pengeluar gula.

Itu jugalah jumlah subsidi yang Kerajaan perlu bayar bagi setiap kilo meskipun sebahagian dari gula di pasaran dibeli dan dimamah sehingga menjilat jari oleh pendatang asing yang bekerja di negara kita. Kekal 34 sen sekilo tetap perlu dibayar guna wang saku Kerajaan untuk masuk ke poket syarikat pengeluar gula.

Oleh sebab subsidi sebanyak 34 sen sudah dimansuhkan secara automatik harga gula sekarang menjadi RM2.84 sekilo. Harga itu juga untuk pendatang asing dan harga yang sama jugalah perlu dibayar oleh Anwar Ibrahim yang bergaji puluhan ribu ringgit sebulan.

Bila sudah demikian, maka setiap kilo gula yang dibeli oleh pengguna, Kerajaan tidak perlu lagi membayar kepada syarikat pengeluar gula. Hasilnya Kerajaan dapat menjimatkan RM551.25 juta untuk tahun depan dan tiada lagi duit subsidi yang mengalir masuk buta-buta ke kocek syarikat pengeluar gula.

Peningkatan keuntungan yang ketara hanya akan berlaku kalau berlaku penurunan kos bahan mentah atau wujudnya permintaan melampaui kebiasaan.

Jadinya, di mana logik pengiraan Anwar yang mendakwa syarikat gula akan dapat tingkatkan keuntungan tambahan sehingga RM1 bilion berikutan penghapusan subsidi 34 sen sekilo? Tak wujud pun, sebaliknya angka itu hanyalah propaganda Anwar bertujuan untuk membangkitkan kemarahan khalayak.

Apa jenis matematik yang diguna pakai tak tahulah. Dari sudut mana pun difikirkan, penulis cuma nampak dakwaan Anwar itu hanya menyerlahkan kebodohannya. Malangnya masih ada lagi balaci PR yang teruja mencerna setiap propaganda Anwar tanpa terdetik sedikit pun untuk memikirkan logik kebenaran.
Baca seterusnya : di sini
 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.