Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 26, 2014

Anwar Untuk MB Selangor – Siapa Redzuan Yang Memperkudakan ‘UMCEDEL”?


Suatu Pendedahan – Ahli Akademik Atau Balaci Anwar 

5 hari yang lalu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan momokan melalui kajian oleh pihak UMCEDEL. Mengikut kenyataan tersebut difahamkan pihak UMCEDEL yang diwakili oleh Prof. Dato’ Dr Mohamad Redzuan Othman menyatakan rakyat Selangor cenderung memilih Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru untuk menggantikan Khalid Ibrahim.

 


Mengikut dua contoh infografik peratusan UM Poll yang dilaksanakan oleh UMCEDEL, Anwar Ibrahim dipersetujui ramai oleh rakyat Kajang untuk menggantikan Khalid Ibrahim bagi kerusi Menteri Besar Selangor.

Ironi sungguh keputusan kajian tersebut yang dikatakan telah dijalankan kajian secara bersemuka dengan semua bangsa di 16 kawasan derah mengudi Kajang secara rawak melalui soalan kaji selidik berstruktur.

Nampak bias dan tidak telus kajian tersebut jika diteliti semula. Persoalannya, siapa yang menjadi pengarah dan pelakon dalam satira kaijan perihal Menteri Besar Selangor ini? Kenapa isu Menteri Besar dimainkan walhal sepatutnya isu PRK Kajang yang lebih serius diperbincangkan?


Prof. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman - UMCEDEL Atau ABIM? 

Dia merupakan seorang Dekan bagi Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang juga pensyarah di Jabatan Sejarah di Fakulti Tersebut. Banyak jawatan lagi yang dia pegang selain Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Calon Staf Akademik Universiti Malaya (Punca ramai pembangkang dalam UM).


Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Redzuan juga terlibat dalam gerakan menukar TNC HEP bagi Universiti Malaya kerana yang sedia ada dikatakan Pro-UMNO. Sesuka hati buat Universiti macam Anwar yang punya!

Apa yang dirahsiakan daripada kita adalah tentang hubungan baik Redzuan dengan Anwar Ibrahim sejak daripada zaman mahasiswa lagi. Dia pernah memegang jawatan SUA PMIUM ketika era mahasiswa lama.

Dia juga merupakan Exco Antarabangsa bagi PKPIM ketika Anwar Ibrahim masih lagi bersama ABIM. Inilah manusia yang menjadi boneka Anwar dengan kepimpinan Universiti Malaya. Malahan dia juga orang penting dalam menghasut Ghauth Jasmon yang menarik hati Anwar Ibrahim.

Dia juga adalah orang yang bertanggungjawab membuka pintu kepada Nurul Izzah untuk menjadi panel dalam forum-forum anjuran dalam Universiti Malaya. Apakah keputusan kajian itu telus setelah kita tahu bagaimana hubungan mereka terjalin?

Kajian – Bias dan Tidak Adil? – Zaid Ibrahim 


Kajian yang dilakukan hanya melibatkan sampling yang telah dianggap mewakili keseluruhan rakyat merupakan satu perkara yang was-was. Ia hanya sesuatu yang dibuat berdasarkan atas kertas sahaja. Bayangan tidak mencerminkan realiti.

Tidak boleh dinafikan melalui dispilin akademia namun kebenaran yang kemungkinannya berubah mengikut musim serta sifat bias tidak boleh digunapakai. Zaid Ibrahim sendiri yang mendedahkan hubungan Anwar Ibrahim dengan Redzuan yang turut sama-sama berjuang dalam ABIM suatu ketika dahulu.
Khalid Ibrahim Sangkal Dakwaan Kajian Redzuan! 


Khalid Ibrahim yang kini masih memegang jawatan Menteri Besar Selangor dan merupakan Pengarah Pilihanraya untuk PKR menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap kajian yang dijalankan.

Orang sedang memegang takhta kerusi itu sendiri menjadi pelik dan hairan. Khalid sendiri mempersoalkan kesahihan kajian UMCEDEL tersebut. Gambaran yang diberikan hanya bersifat akademik yang ditinta atas kertas sahaja tanpa mengikut kehendak rakyat.


Kajian yang memutar belitkan itu mengikut kenyataan Khalid hanyalah satu status bukan fakta. Dahulu pun UMCEDEL pernah keluarkan kajian yang tidak tepat dan masuk akal juga.



Bancian Blog – Mana lebih tepat?


Dari bancian blog 
The Unspinners

Sah mengatakan tiada satu pun harapan pembangkang untuk menjadi calon Menteri Besar dipersetujui oleh rakyat. Bagaimana kajian yang UMCEDEL keluarkan boleh kata rakyat nak tukar Menteri Besar?

Kajian UMCEDEL hanya di Kajang tidak mewajahkan rakyat Selangor secara keseluruhan. Permainan kajian tidak berasaa ini sudah lapok. Ketahuilah orang yang buat semua benda ini terdiri daripada konco-konco Anwar juga. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.