Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, February 28, 2014

HARTA KARUN NABI SULAIMAN! BALA TENTERA JIN YANG MENJAGANYA?






BENTENG JAYAPURA STOR KHAZANAH HARTA KARUN NABI SULAIMAN

Simpanan emas bangsa Melayu sememangnya dicemburui oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Di mana sahaja bangsa Melayu menegakkan satu tamadun di situlah melimpah ruahnya kekayaan yang dihasil dan dikumpul oleh bangsa ini.

Samada di zaman kuno Mesir mahupun di tamadun Aztecs, Olmec atau Maya yang merentasi samudera Pasifik dan Atlantik, emas merupakan tanda mercu bukti budaya tinggi yang wujud seiring dengan ketamadunan yang di bawa.

Bahkan setiap kali berlaku penjarahan dan penjajahan di bumi Melayu di Nusantara atau di mana Melayu mencacakkan tiang ketamadunan, antara matlamat utama adalah sasaran kepada simpanan emas yang tidak terhingga banyaknya.

Jika Indonesia pada tahun 1963 boleh menyerahkan 56,000 tan emas kepada Amerika Syarikat sebagai sandaran matawang dolar, bayangkan berapa jumlah sebenar emas yang masih tersimpan di Alam Melayu dari Madagascar ke Hawaii, Nusantara ke Kepulauan Polinesia.

Bayangkan juga betapa jumlah emas yang tersimpan dalam Imperium Melaka apabila Alfonso d'Albuquerque mencuri harta kepunyaan sultan Melaka bernilai lebih 3 bilion dolar Sepanyol ketika itu atau lebih RM3 trilion pada nilai sekarang.

Leluhur Melayu dikatakan mempunyai kaitan darah dengan Nabi Sulaiman a.s., seorang nabi yang dianugerahkan Allah swt bukan sahaja dengan darjat sebagai seorang raja tetapi juga kekayaan yang tiada tolok bandingnya sejak Adam a.s. hingga ke akhir zaman.

Kekayaaan yang dikumpulkan oleh kerajaan Nabi Sulaiman Darul Iman adalah hasil daripada anugerah Tuhan yang diberikan kepada baginda samada di darat mahupun dari dalam lautan yang dalam.Nabi Sulaiman diberikan kekuasaan untuk mengawal makhluk-makhluk seperti angin, api, jin, syaitan dan juga pepohon dan segala jenis binatang yang melata di atas muka bumi dan juga di laut.

Di dalam Al Qur'an di sebut munajat Nabi Sulaiman a.s. kepada Allah swt agar dikurniakan sebuah kerajaan yang besar yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa.

"...dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."

(Surah Shaad 38:35)

Menurut KH Fahmi Fasha, dengan kekuasaan jin dan syaitan inilah Nabi Sulaiman membina mercu tanda yang masih wujud ke hari ini seperti Borobudur di Pulau Jawa.

Dengan izin Allah swt, Nabi Sulaiman mampu memerintahkan jin-jin dalam membangun bangunan dan struktur yang besar dan hebat termasuk memindahkan singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba’.

Malah segala kekayaan yang terkumpul sepanjang kerajaan Nabi Sulaiman masih kekal selamat daripada di sentuh oleh tangan manusia hingga hari kiamat.

Antara kubu rahsia tempat simpanan harta karun dan kekayaan Nabi Sulaiman dikatakan terletak di bawah laut di kepulauan Irian Jaya berhampiran Jayapura.

Ianya adalah dalam bentuk struktur bangunan yang amat besar dan menggerunkan di bawah laut mirip benteng sepanjang 110km dengan dimensi setinggi 1,860 meter dan lebar 2,700 meter.

Kehebatan struktur yang berbentuk dinding atau tembok ini terletak pada seni pembinaan yang begitu lurus dan sempurna sepanjang 110 km yakni tidak ada bengkang bengkok.

Fakta ini lantas menolak sebarang kemungkinan dinding yang dikenali sebagai Benteng Jayapura dibuat oleh peradaban manusia atau mana-mana tamadun di dunia ini.

Bangunan tertinggi di dunia setakat ini adalah Burj Khalifa di Dubai setinggi 828 meter manakala ketinggian Benteng Jayapura melebihi dua kali ganda setinggi 1,860 meter!

Koordinat pada google map, meletakkan lokasi benteng ini di Lautan Pasifik di bahagian utara dari Irian Jaya) pada 1 59 46.6s dan 141 29 24.6239e.

Misteri siapa yang membina Benteng Jayapura boleh difahami melalui ayat Al Qu'ran ang menceritakan mengenai peranan jin dan syaitan yang bekerja di bawah perintah Nabi Sulaiman a.s.

"Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing).

"Dan Jin-jin Syaitan yang lain dipasung dalam rantai-rantai belenggu."

(Surah Shaad 38:37-38)

Dari ayat di atas maka bolehlah dirungkai bahawa Benteng Jayapura juga kemungkinan besar adalah warisan peninggalan Nabi Sulaiman a.s. yang dibina atas perintah baginda.

Maka Benteng Jayapura di bina oleh jin dan syaitan atas perintah Nabi Sulaiman a.s. dan bukan atas daya manusia kerana perlaksanaan pembinaan seumpama itu adalah mustahil.

Guna apa struktur tersebut jika tidak untuk menyimpan sebahagian besar dari khazanah kekayaan Nabi Sulaiman a.s. dalam pelbagai bentuk yang boleh dibayangkan seperti jongkong emas, intan permata, berlian, mutiara dan sebagainya.

Mungkin ramai yang mahu menyelam atau menceroboh Benteng Jayapura tetapi Allah swt telah mengatakan bahawa ia tidak mungkin boleh diambil oleh sesiapa pun kerana dijaga rapi dan ketat oleh bala tentera jin dan syaitan!

2 comments :

Anonymous said...

56k tan je.. skit je tu... mai bca ni plak... http://tausug-global.blogspot.com/2009/09/di-ambang-kemunculan-negara-sulu.html?m=1

Anonymous said...

Hanya 2org pemegang amanah dan kunci perbendaharaan nabi sulaiman alaihissalam

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.