Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, February 14, 2014

Minta Maaf Dengan Melayu? Tak Payahlah Buang Masa

guan eng teresa

Isu Teresa Kok masih belum selesai. Malah berdasarkan kepada kes-kes lalu, kes ini juga akan menjadi satu lagi kes lapuk yang penuh misteri dan tidak dapat diselesaikan. Alasan mudah yang diberikan oleh Teresa Kok bahawa dia tidak didakwa atau polis terlalu bodoh kerana memaksanya memberi keterangan di balai ialah, dia tidak menyebut nama sesiapa di dalam klip video Tahun Baru Cinanya.

Itu jugalah alasan yang diberikan oleh supremonya, Lim Kit Siang yang lebih berpengalaman dalam bab baling batu sembunyi tangan. Hampir 45 tahun lalu, Lim Kit Siang berjaya menghuru-harakan negara ini dengan kempen-kempen mahu menghapuskan Artikel 152 dan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. Konon-kononnya Malaysia adalah hak semua rakyat Malaysia dan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan perbuatan jahat yang mendatangkan kezaliman kepada warganegara bukan Melayu-Bumiputera.

Perlembagaan Persekutuan digubal sebelum merdeka dan sebelum persetujuan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu SDmenerima 1 juta orang bukan Melayu-Bumiputera menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 24 jam sahaja. Pada ketika itu, para pemimpin masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, tidak merungut langsung. Mereka seolah-olah tidak peduli pun tentang masa hadapan mereka di negara ini. Hanya masyarakat Cina Peranakan menerusi Tan Cheng Lock yang sedikit berbunyi tentang perkara itu.  Selebihnya berasakan, mereka akan diambil dan dibawa oleh British pulang ke negara Eropah itu. Dan kerana itulah, apabila program Jus Soli dibuat pada peringkat awal, mereka bersikap acuh tak acuh. Hanya setelah mendapat kepastian bahawa British tidak mahukan mereka, manakala Negara China pula sudah lama menolak mereka sebagai pengkhianat walaupun pemerintahan di Negara China telah bertukar dari Kerajaan Beraja kepada Kerajaan Nasionalis dan akhirnya Kerajaan Komunis.

Begitu juga semasa mereka diberikan kerakyatan beramai-ramai. Tidak ada sebarang rungutan atau komplen tentang hak istimewa Melayu-Bumiputera sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, generasi yang berusia beberapa tahun atau awal belasan tahun ketika Jus Soli memberikan mereka kerakyatan, menjelang 1963, mula menyatakan tidak puas hati kerana mereka tidak mendapat keistimewaan kerakyatan seperti orang Melayu. 1964 sehinggalah 1969, mereka semakin lantang dan aktif. Mereka terus mempersoalkan tentang mengapa mereka tidak boleh berkongsi keistimewaan Melayu-Bumiputera sedangkan mereka juga adalah rakyat Malaysia, bahkan sesetengah daripada mereka dilahirkan di negara ini.

Kalau pada tahun 1969, Lim Kit Siang yang merupakan antara pencetus utama tragedi berdarah 13 Mei tidak pernah berniat memohon maaf, bahkan menyalahkan pihak lain, malah tidak cukup dengan itu, ‘mengupah’ pula Kua Kia Song menulis buku sejarah tentang peristiwa mengikut perspektif chauvanis dan merupakan satu-satunya buku sejarah 13 Mei 1969 yang menentang punca sebenar tragedi tersebut, mengapa pula Teresa Kok yang merupakan generasi seterusnya perlu memecahkan tradisi tersebut dan meminta maaf kepada Melayu-Bumiputera dan umat Islam di negara ini?

Perasaan bangga, besar diri dan bersikap angkuh sudah sebati dengan puak ini. Mereka tidak akan peduli dengan apa-apa pun yang berlaku malah mereka sanggup menjadi pengkhianat sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang cuba menghalang kemasukan pelaburan dari Taiwan ketika di Hong Kong dengan pelbagai cerita yang hanya sendiri yang tahu bila berlaku. Sebelum Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang juga melakukan perkara yang sama, juga di Taiwan dan Hong Kong sehingga suatu ketika pernah diusulkan agar diwujudkan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas makhluk-makhluk perosak seperti itu.

Ramai yang beranggapan, kesalahan telah dilakukan dari awal lagi apabila terlalu banyak toleransi dan tolak ansur diberikan kepada puak ini terutama sekali pemberian kerakyatan secara pukal dengan hak-hak mengundi sama rata dengan kaum Melayu-Bumiputera. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia ini yang telah memberikan kerakyatan secara pukal seperti yang kita dapat lihat pada tahun 1955-1957.

Disebabkan kemurahan hati menerusi pemberian kerakyatan secara pukal itulah, sekarang ini Malaysia sedang melihat perangai hodoh sebahagian daripada masyarakat tersebut yang berasakan mereka boleh melakukan penjajahan secara lebih besar, meluas dan tidak terhalang.

Justeru, sebenarnya tidak perlulah diharapkan kepada permohonan maaf daripada manusia seperti Teresa Kok mahupun mana-mana pemimpin chauvinist. Mereka sudah melihat betapa murahnya hati orang Melayu-Bumiputera, jadi, mereka juga tahu, kemurahan hati Melayu-Bumiputera itulah juga yang menyebabkan perbuatan mereka dilupakan, bahkan Melayu-Bumiputera pula yang saling menyalahkan antara satu sama lain biarpun kesalahan tersebut dilakukan oleh YOWTAI seperti Teresa Kok. 

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.