Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, February 22, 2017

Apakah Akan Berlaku Bila DAP Bergabung Dengan Bersatu Demi Mengelak Tindakan ROS?




Semakin kuat tiupan desas-desus yang mengatakan, Lim Kit Siang sedang berusaha menyelamatkan DAP buat kali terakhir daripada diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Tertinggi (CEC) parti itu sehingga kini masih belum disahkan dan masih berlarutan, meskipun PRU-14 semakin hampir.


Kononnya, terdapat cadangan agar DAP dibubarkan dan kemudian mengambilalih Cap Bunga pimpinan Mahathir menerusi penggabungan - kaedah yang paling digemari oleh Mahathir sepertimana ketika dia cuba mengawal sektor perbankan negara pada penghujung 90-an.

Selain menyelamatkan DAP sebagai sebuah parti, Lim  Kit Siang juga sangat berharap, dia boleh menggunakan PENGALAMAN SERTA KELICIKAN MAHATHIR mempergunakan hakim dan mahkamah bagi membebaskan Lim Guan Eng daripada hukuman sepertimana yang Mahathir lakukan ketika memecat sebilangan besar hakim serta Ketua Hakim Negara pada penghujung 80-an.

DAP sendiri sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang sangat kronik. Beberapa fraksi dalam DAP, tidak lagi berselindung menunjukkan kebencian serta penentangan terhadap penguasaan Keluarga Lim di dalam DAP.

Di Perak, Nga Kor Ming dan sepupunya, Ngeh Kor Ham melaksanakan 'pembunuhan' pengaruh Dinasti Lim secara perlahan-lahan dan berhati-hati tetapi sangat berkesan.

Anak-anak mendiang Karpal Singh yang merupakan sekutu kuat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng juga, telah menyatakan rasa tidak puas hati mereka berhubung tindakan Lim Kit Siang berbaik-baik dengan Mahathir.

DAP Sabah telah berpecah teruk, manakala DAP Johor terus bergelut antara fraksi melibatkan Dr Boo Cheng Hau ADUN Skudai yang sangat dibenci oleh Anak-Beranak Lim dengan Liew Chin Tong yang merupakan penjilat tegar Lim Guan Eng - setaraf dengan Zainuddin Maidin dan Kadir Jasin kepada Mahathir.

Gabungan antara DAP-Cap Bunga pastinya akan menjadi sangat menarik memandangkan Mahathir sudah beberapa kali mengiktiraf DAP sebagai sebuah parti Cina yang sangat kuat, malah jauh lebih baik berbanding MCA, GERAKAN mahupun SUPP di Sarawak.

Selepas PAS terus berdolak dalih dan membuatkan DAP berputih mata, bahkan telah menelanjangkan banyak rahsia Lim Guan Eng di Pulau Pinang, apa lagi yang ada pada DAP atau lebih tepat lagi Lim Kit Siang dalam usaha menawan Putrajaya melainkan menggabungkan diri mereka dengan Cap Bunga, bahkan PAN dan PKR menjadi satu Barisan!!!

Maka tidak hairanlah mengapa desas-desus DAP akan dibubarkan dan bergabung dengan Cap Bunga begitu kuat kedengarannya di kalangan orang politik, termasuklah orang DAP sendiri!

No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.