Saudi
Aramco dan PETRONAS menandatangani projek? Bukankah Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “penarikan diri secara tiba-tiba” Saudi
Aramco dan berkata ini adalah “kehilangan keyakinan oleh
syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat skandal 1MDB
yang telah menjadi berita utama antarabangsa“?
Jadi
ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bahawa penandatanganan
perjanjian oleh Saudi Aramco itu bermakna ‘UNDI PERCAYA’ oleh
syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia?
KUNJUNGAN
RAJA SALMAN KE MALAYSIA
Hujung
minggu ini, kita akan menyambut Baginda Raja Salman Abdulaziz
Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci untuk Kunjungan Rasmi ke Malaysia
atas jemputan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.
Malaysia
dan Arab Saudi berkongsi hubungan persaudaraan yang kukuh dan kita
amat berbangga bahawa Baginda Raja Salman – yang turut diiringi
oleh Putera Mahkota Mohammad bin Salman dan kerabat lain – sudi
memilih Malaysia sebagai destinasi pertama negara Islam dikunjungi
Baginda di rantau ini, dan juga yang pertama di Asia Tenggara sejak
Baginda mengambil alih tampuk pemerintahan.
Hubungan
keagamaan kedua-dua negara kita telah terjalin berabad lamanya. Bagi
umat Islam di Malaysia, Arab Saudi di mana terletaknya Dua Masjid
Suci adalah bumi suci dan mengerjakan Haji adalah rukun Islam yang
menjadi impian hidup.
Hubungan
kedua-dua negara juga terjalin erat dengan hubungan dagangan yang
kukuh selain kerjasama antara rakyat kedua buah negara yang meningkat
dari hari ke hari.
Dagangan
dua hala antara Arab Saudi dan Malaysia berkembang kukuh dari tahun
ke tahun, meningkat sebanyak 27.8 peratus pada tahun 2016 berjumlah
RM13.99 bilion. Hari ini, Arab Saudi adalah antara rakan dagangan
terbesar buat Malaysia.
Pelaburan
Arab Saudi di Malaysia dijangka akan mewujudkan beribu pekerjaan dan
kita berbangga bahawa syarikat Malaysia telah terpilih untuk
melaksanakan projek-projek di lokasi-lokasi berprestij di Arab Saudi.
Ini termasuk operasi Metro Southern Al Masheer Mugaddassah di Mekah –
tren khusus untuk jemaah Haji – dan juga kerja-kerja di Jambatan
Jamarat dan kawasan sekitar di Mina. Malah, kita juga amat berbangga
bahawa seorang rakyat Malaysia adalah sebahagian daripada pasukan
yang merekabentuk Menara Jam Hotel Diraja Mekah yang tersergam indah
menghadap Masjid al-Haram.
Dalam
lawatan Baginda Raja Salman kali ini, kita akan menandatangani
beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman baharu. Salah satu
daripadanya akan melibatkan dua syarikat milik negara terbesar, Saudi
Aramco dan PETRONAS. Perjanjian ini akan memanfaatkan kedua-dua
negara dan juga rakyatnya.
Hubungan
mesra antara kedua-dua buah negara juga dapat dilihat daripada
kunjungan lebih 100,000 pelancong daripada Arab Saudi tahun lalu,
jumlah tertinggi dalam rekod, manakala pelajar daripada Malaysia dan
Arab Saudi menerima manfaat belajar di negara masing-masing.
Kita
juga berbangga dengan keutuhan kerjasama Arab Saudi dan Malaysia
dalam memastikan kelestarian dan juga memberi kepimpinan kepada
Ummah.
Komitmen
kukuh kita bersama dalam memerangi fahaman ekstremis didasarkan
kepada kepercayaan kita terhadap toleransi, kesederhanaan dan
keamanan dalam ajaran Islam sebenar. Kunjungan Baginda Raja Salman
ini mengukuhkan lagi hubungan persahabatan dan persaudaraan yang
dibina daripada rasa saling hormat-menghormati dan percaya-
mempercayai – hubungan yang mampu menjadi contoh buat dunia Islam
dan juga dunia luar, bagi manfaat rakyat, rantau dan juga dunia.
PERDANA
MENTERI MALAYSIA
No comments :
Post a Comment