Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Friday, February 10, 2017

Skandal MAS, BMF Dan Forex 1991 Antara 'Kelepetokrasi' Yang Tidak Didendang Zaman Tun M




KUALA LUMPUR: Kerugian Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) berjumlah berbilion ringgit menerusi pembiayaan kepada Carrian  Investment Limited (Carrian Group) bagi tujuan spekulasi hartanah di Hong Kong tidak mendapat liputan meluas, sehinggalah ianya didedahkan Agensi perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat baru-baru ini.

BBMB menerusi anak syarikatnya, Bumiputra Malaysian Finance Ltd (BMF) menyalurkan kira-kira RM2.5 bilion kepada Carrian Group dan akibat daripada dagangan berkenaan, Petronas terpaksa menyuntik RM1 bilion kepada BBMB bagi mengimbangi akaun bank milik kerajaan itu.

Penulis blog seademon.me, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff berkata, perkara sama berlaku kepada syarikat penerbangan milik kerajaan, Malaysia Airlines System Berhad (MAS) pada 1997 - tiga tahun selepas syarikat berkenaan diterajui Ketua Pegawai Eksekutif baru, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1994.

Ujarnya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Kewangannya pada ketika itu Tun Daim Zainuddin mengarahkan Tajuddin menerusi syarikatnya Naluri Berhad membeli pegangan MAS sekaligus mengambil alih syarikat penerbangan berkenaan.

Beberapa tahun kemudian, MAS mengalami kerugian bernilai RM259.95 juta pada 1997 - setahun selepas mencatatkan keuntungan besar iaitu RM333.01 juta.

"Sepertimana kerugian besar yang terpaksa ditanggung negara menerusi BMF serta skandal spekulasi mata wang Bank Negara Malaysia (BNM), Tun Mahathir dan (Tun) Daim (Zainuddin) melihat amat sesuai bagi Malaysia Airlines atau kroninya Tajuddin Ramli dijamin oleh tidak lain, duit rakyat," katanya dipetik posting blognya betajuk 'kelepetokrasi'


Ahli Parlimen pembangkang, Lim Kit Siang menerusi kenyataan medianya pada Februari 2002 mendedahkan kerajaan menjamin MAS dengan membeli 29.09 peratus pegangan Tajuddin di dalam syarikat berkenaan dengan harga RM8 setiap dengan jumlah keseluruhan RM1.79 bilion, sungguhpun nilai pasaran bagi saham berkenaan cuma RM3.68.

"Ini menimbulkan tandatanya mengapa tiada audit dijalankan sebelum kerajaan menjamin kedudukan Tajuddin di dalam MAS - yang akan memberikan jaminan oleh kerajaan dengan harga lebih munasabah," kata Kit Siang yang kini merupakan musuh-menjadi-kawan kepada Dr Mahathir.

Mengulas lanjut mengenai skandal yang tidak didendang sewaktu zaman pemerintahan Dr Mahathir, Kapten Abdul Rahmat menggariskan, syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd dan Renong Berhad juga dijamin menerusi dana rakyat setelah mengalami kerugian.

"Tiada sesiapa didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah amanah yang mereka lakukan".

"Ini termasuk (Tan Sri) Amin Shah Omar Shah yang diberikan kontrak membina kapal Tentera Laut, tidak pernah membina walau satu pun bot nelayan," kata blogger berkenaan.

Tambahnya lagi, Dr Mahathir juga dilaporkan mengarahkan syarikat minyak dan gas negara Petronas menjamin syarikat Konsortium Perkapalan Berhad milik anaknya, Datuk Seri Mirzan Mahathir yang dihimpit hutang besar bernilai USD490 juta.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir juga tidak terkecuali daripada menerima manfaat bapanya sebagai Perdana Menteri, beberapa hari sebelum Dr Mahathir meletakkan jawatan yang digalasnya selama 22 tahun.


Kementerian Kewangan pada Oktober 2003 mengeluarkan arahan kepada Telekom Malaysia Berhad (TMB) untuk meluluskan syarikat Opcom Sdn Bhd milik Mukhriz sebagai vendor pengilang, pembekal dan penghantaran kabel fiver optic bagi kegunaan TMB.

Menurut sepucuk surat bertarikh 7 Oktober 2003, Kementerian Kewangan bersetuju meluluskan kontrak bernilai RM214.2 juta kepada syarikat berkenaan.

"Jika dilihat pada surat di atas, ianya bertarikh 7 Oktober 2003. Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 31 Oktober 2003," katanya lagi.

Kepelbagaian skandal terpalit terhadap Dr Mahathir pastinya meletakkan bekas Perdana Menteri itu dikedudukan paling janggal, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

"Sementara Mahathir enggan bertanggungjawab terhadap skandal BMF dan mata wang, beliau menggunakan isu 1MDB sebagai alasan untuk menggulingkan Perdana Menteri.

"Hakikatnya 1MDB disabotaj dan dijadikan sebagai sebuah masalah dan ianya dimulakan dengan mensabotaj IPO (1MDB)," kata Salleh.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.