Ahli
Majlis Tertinggi PPBM dan ahli bisness yang gagal A Kadir Jasin
merumuskan bahawa harga petrol di negara kita mahal.
Dia
membuat rumusan tersebut kerana dia kata "Mahal murah sesuatu
barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna. Kemampuan
pengguna pula bergantung kepada pendapatan."
Kadir
Jasin pula membandingkan harga petrol Malaysia dengan pendapatan
penduduk di negara kaya.
"Pendapatan
per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada
Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih
tinggi daripada di Malaysia.
Pendapatan
per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada
Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih
mahal daripada Malaysia."
Tetapi
peliknya Kadir Jasin tidak pula membuat perbandingan dengan negara
lain seperti Thailand dan Indonesia di mana harga petrol mereka jauh
lebih tinggi walaupun pendaptan per kapita nominalnya lebih rendah
berbanding Malaysia.
Walau
apapun, penjelesan Kadir Jasin senang difahami. Oleh itu, kita
gunakan cara Kadir Jasin untuk membuat perbandingan harga petrol dan
kemampuan rakyat dengan zaman Mahathir.
Pendapatan
per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2017 ialah AS$10,878 dan
harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51
seliter.
Pendapatan
per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 1990 ialah AS$2,417 dan
harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.42 seliter.
Pendapatan
per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2003 pula ialah AS$4,427
dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.34 seliter.
Maksudnya,
pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 3.5 kali lebih
tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.2
kali lebih tinggi.
Pendapatan
per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 1.56.kali lebih tinggi
berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.48 kali
lebih tinggi.
Tambahan
pula, petrol tahun 2017 yang merupakan RON95 lebih tinggi mutu
berbanding petrol RON92 zaman Mahathir.
Ini
jelas menunjukkan harga petrol zaman Mahathir jauh lebih mahal dan
membebankan rakyat Malaysia.
Ini
ialah kerana selama 22 tahun Mahathir memimpin, walaupun harga minyak
dunia murah dan dia tidak memberi apa-apa subsidi tetapi memungut
cukai 58.62 setiap liter diatas petrol pula.
Terima
kasih A Kadir Jasin kerana jelas membuktikan harga petrol zaman
Mahathir mahal, kejam dan membebankan rakyat. Tetapi peliknya ialah
pada masa itu, Kadir Jasin tidak pernah mengutuk Mahathir.
Hari
ini, harga petrol di Malaysia adalah ke-17 termurah antara 193
negara didunia tetapi pihak pembangkan tidak pula menyebut hal ini
tetapi asyik mengunakan isu ini untuk mengutuk kerajaan kerana
kehabisan modal dan akal.
Lebih-lebih
lagi, harga petrol sekarang jauh lebih mampu dibeli oleh Rakyat
Malaysia berbanding dahulu - seperti yang ditunjukkan oleh Kadir
Jasin. Ini fakta yang para pembangkang patut mengaku.
---
No comments :
Post a Comment