Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 27, 2017

GST Yang Dikutip Bukan Hanya Untuk BR1M Semata-Mata Pak Kadiq



Ironinya hampir kesemua pengikut dan pemimpin yang menyertai Parti Cap Bunga Raya akan bertukar menjadi zombies. Mana yang dulunya cerdik, kini bertukar menjadi lembab dan bodoh. Mana tumpahnya bodoh kalau tidak kepada pengikut-pengikutnya kan? Tidak terkecuali Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Cap Bunga Raya yang dahulunya merupakan bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin. Beliau menulis di dalam blog beliau,
"BR1M dijangka akan dinikmati oleh tujuh juta penerima dengan jumlah besar RM6.8 juta. Maksudnya apa yang dibagi sebagai BR1M hanyalah sebahagian kecil saja daripada beban GST yang ditanggung oleh rakyat jelata. Kerajaan kutip RM39 bilion tapi bagi balik RM6.8 juta. Itu belum lagi dikira kenaikan harga barang dan perkhidmatan macam saya sebutkan di atas. Jadi kalau kita kaji dan halusi, susah kita nak telan hujah yang kata GST selamatkan negara dan BR1M bantu rakyat jelata atasi kos sara hidup yang melambung."
Pertamanya, BR1M yang diberikan kepada Rakyat yang memerlukan bukan berjumlah RM6.8 juta tetapi sebaliknya berjumlah RM6.8 billion.

Kedua, GST yang dikutip sebanyak RM39 billion bukan untuk kegunaan BR1M semata-mata, malah ianya dipulangkan semula kepada Rakyat dalam bentuk lain seperti dalam gambarajah di bawah.


Mungkin pembangkang menyangka pembangunan dilakukan oleh Kerajaan hanya dengan menggunakan air liur. Mungkin mereka menyangka Kerajaan membina dan menyelenggara jalanraya persekutuan dengan hanya dengan hanya menggunakan kos RM100 per kilometer. Atau mungkin mereka menyangkakan bahawa ubat-ubatan di hospital dan klinik kerajaan dibuat dari daunan pokok di tepi jalan yang diproses dengan lesung batu.

Kita sebenarnya kesian melihat pembangkang yang seakan kehilangan punca untuk menghasut dan memburukkan Kerajaan sehingga menyerlahkan kedangkalan dan kebodohan diri sendiri. Kita biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Untuk Pak Kadiq dan seluruh Mat dan Minah Bunga, dihadiahkan gambar swafoto di bawah. Jangan meroyan sehingga membawa ke tidur.







No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.