Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 27, 2017

Lawatan Rasmi Raja Salman: Menyaksikan Perjanjian Usaha Sama Rapid Pengerang Antara PETRONAS dan Saudi Aramco – Pembangkang Kata Syarikat Asing Dah Hilang Kepercayaan




Sempena lawatan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Saudi Aramco dan PETRONAS menandatangani projek usahasama?

Bukan kah Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan “pengunduran secara tiba-tiba” Aramco dan berkata ini adalah satu “kehilangan keyakinan oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia akibat daripada skandal 1MDB yang telah menjadi berita utama antarabangsa”?
Jadi ini bermakna bahawa PAN adalah salah dan juga bermakna dengan Aramco menandatangani bermakna undi percaya oleh syarikat-syarikat asing untuk melabur di Malaysia?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menjelaskan punca pembatalan perjanjian kerjasama antara Saudi Arabian Oil Co (Saudi Aramco) dan Petronas bernilai AS$27 bilion di Pengerang, Johor.
Kita lihat seperti satu keputusan yang dilakukan secara tiba-tiba (oleh Saudi Aramco).
Isu utamanya adalah kenapa?” kata Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.http://m.malaysiakini.com/news/370917

Untuk rekod: Tidak pernah seorang pun Raja Arab Saudi membuat lawatan rasmi ke Malaysia sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Lawatan rasmi Raja Saudi Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud pada tahun 1970 dan Lawatan Rasmi Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud pada tahun 2006. 





No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.