Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Monday, February 27, 2017

CARA LICIK KERAJAAN DAP MENIPU RAKYAT DIBONGKAR



[ DrMiM ]Sungguh memalukan apabila satu lagi pekung busuk kerajaan DAP negeri menipu rakyat Pulau Pinang terbongkar lagi.

Tetapi tindakan 'tokong' DAP dan kerajaan DAP mengaburi mata rakyat memang licik sehinggakan ramai yang terpedaya, malah memuji tanpa memeriksa dengan lebih lanjut tindakan kerajaan DAP itu.

Yang terbaru ialah wayang murahan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya peka kepada masaalah rakyat dengan 'menyerap GST cukai pintu untuk pemilik kediaman'. Perkara itu perlu dihighlightkan seberapa kerap agar rakyat Pulau Pinang sedar dengan manipulasi kerajaan DAP itu.  
1. Tahun 2014 - rakyat Pulau Pinang membayar cukai pintu sebanyakRM583.80

2. 
Tahun 2015 (3 bulan sebelum pelaksanaan GST) -  cukai pintu dinaikkan sebanyak RM667.20 (tambahan RM83.40 daripada tahun 2014)

3. 
Selepas pelaksanaan GST - kerajaan DAP umum 'penyerapan' 6% daripada cukai pintu  padahal, rakyat Pulau Pinang masih perlu membayar RM627.60 iaitu 7.5% lebih tinggi daripada cukai pintu asal RM583.80 pada tahun 2014.

Matematik mudah, kerajaan DAP negeri masih lagi mendapat lebihan cukai pintu hasil daripada menyusahkan rakyat dengan menaikkan cukai pintu asal pada tahun 2014.

Lihatlah betapa liciknya kerajaan DAP membohongi rakyat negeri. Malah mereka mendapat pujian pula hasil daripada manipulasi mereka itu oleh pihak yang tidak arif dengan putar belit kerajaan DAP itu.

Sehingga ke saat ini, tidak ada seorang pun exco negeri termasuk 'tokong' DAP yang bersuara menafikan pendedahan ini. Tidak mengejutkan kerana mereka akan zip mulut tidak mempedulikan rintihan rakyat Pulau Pinang yang tertipu dengan politik kotor DAP.

Satu lagi rintihan rakyat Pulau Pinang terhadap kerajaan DAP juga telah dibangkitkan. Yang terbaru ialah rintihan para nelayan di Kuala Sungai Burung yang amat kesal dengan syarikat pembekal pukat yang dilantik kerajaan DAP Pulau Pinang kerana mengagihkan pukat tidak berkualiti kepada mereka.
"Kami hanya dapat guna pukat benang ini hanya sekali sahaja kerana kualitinya tidak elok berbanding pukat tangsi yang jauh lebih tahan," kata wakil nelayan Kuala Sungai Burung.
"Pada 2014, 2015 dan awal 2016, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang Selatan yang agih pukat tangsi jauh lebih berkualiti berbanding pukat benang yang diagihkan syarikat swasta ini," katanya lagi.
Persoalannya, apakah terdapat unsur rasuah  dan menyalahguna wang peruntukan dana kerajaan negeri yang berlaku? Jika benar, siapakah yang terlibat?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga telah mendedahkan bahawa beratus-ratus hektar kawasan hutan paya bakau di Pulau Pinang telah dimusnahkan bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan dan akuakultur.

Hutan paya bakau terus dimusnahkan walaupun banyak bantahan dibuat oleh orang ramai khususnya golongan nelayan. Yang terbaharu, seluas 9.38 hektar kawasan hutan paya bakau di Bagan Jermal negeri itu telah dimusnahkan untuk projek tambak laut di kawasan tersebut.

Apa respons 'tokong' DAP dan kerajaan DAP negeri yang kononnya memperjuangkan 'a cleaner and greener Penang'? Bohong sahaja.

Begitu juga yang berlaku di Bayan Baru apabila penduduk Pangsapuri Baystar telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kerja penambakan laut yang dijalankan di bahagian belakang kediaman mereka. Mereka mendedahkan bahawa projek itu tidak mendapat persetujuan penduduk sejak tahun lalu bagi membangunkan kondominium terdiri dari 2,000 unit rumah tetapi tidak dipedulikan oleh kerajaan DAP negeri.

Seperkara lagi ialah sandiwara kerajaan DAP yang kononnya 'prihatin kepada orang Islam' di Pulau Pinang. Padahal, peratusan peruntukan untuk hal ehwal Islam semakin menurun jika dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan kerajaan DAP negeri. 


Malah, jumlah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang sebenarnya adalah sama ada menjadi statik atau jatuh. Baca Sini 
Banyak lagi rintihan rakyat negeri Pulau Pinang yang telah dibangkitkan tetapi kerajaan DAP berbuat bodoh sahaja terhadap segala permasalahan tersebut. Kerana itu juga, kegagalan kerajaan DAP mentadbir negeri dengan baik ini memang patut dihukum oleh rakyat Pulau Pinang.


Hanya satu cara sahaja yang perlu dibuat iaitu dengan menjatuhkan kerajaan DAP yang sedia ada pada PRU14 kelak. Sehingga ke hari ini, rakyat Pulau Pinang sepatutnya telah terbuka mata dan hati untuk menolak 'tokong' DAP yang autokratik dan kaki putar belit.
Tambahan pula, sudah banyak isu dalaman parti DAP yang mempertikaikan politik kronisme melampau 'dinasti Lim'.
Baca : http://novandri.blogspot.com/2017/02/video-4-keluar-dap-guan-eng-kit-siang.html
Cuma bezanya ialah sama ada kepimpinan DAP yang lain terutamanya di Pulau Pinang berani bersuara atau pengecut takut kepada dinasti tersebut.

Setakat ini, pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang memang pengecut tidak berani menuntut hak mereka daripada 'tokong' DAP. What a shame!


p/s; Jika tak tipu DAP dah lama bungkus


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.