Malaysiakini
dalam tajuk beritanya menulis
Skandal MAS-Bank Negara, siapa dalangnya?
Tan
Seri Tajuddin Ramli, bekas Pengarah Urusan syarikat penerbangan
nasionl, Malaysia Airlines (MAS) telah menyaman balas kerajaan
Malaysia, Danaharta dan pelbagai syarikat dan individu menuntut
gantirugi sebanyak RM13.46 bilion. Sebelum ini beliau telah disaman
oleh Danaharta sebanyak RM569 juta. Saman balas Tajuddin ini adalah
yang terbesar dalam rekod.
Kenapa
Tajuddin menyaman balas? Seperti yang didakwa oleh Tajuddin di dalam
Affidavit bertarikh 29 Jun 2006 kerajaan telah memungkiri peruntukan
yang memberi perlindungan mutlak kepada beliau di dalam satu
perjanjian sulit yang dipanggil overriding
agreement yang
ditandatangani di belakang tabir di antara beliau dan Tun Dr.
Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin yang masing-masing pada
ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Perjanjian itu berkaitan dengan pembelian 32 peratus saham MAS oleh
Tajuddin dari Bank Negara Malaysia.
Menurut
Tajuddin, beliau membeli saham terbabit pada harga yang cukup tinggi
atas desakan kerajaan dan tujuannya "to
enable Bank Negara to recoup some ot its foreign exchange
losses." (NST
7 Julai 2006). Tetapi akibat krisis ekonomi 1997, MAS dan
syarikat-syarikat lain milik Tajuddin mengalami kerugian. Tajuddin
menghadapi masalah untuk melunaskan hutang. Akhirnya, Tajuddin
terpaksa menjual balik 32 peratus saham MAS yang dipegang kepada
kerajaan pada harga RM1.8 bilion, iaitu, RM8.00 sesaham
Intisari overriding
agreement itu
ialah dengannya Tajuddin mendapat jaminan bahawa beliau bebas dari
memikul apa jua liabiliti termasuk kerugian kewangan sekiranya
berlaku perkara yang negatif ke atas MAS yang sahamnya telah dibeli
oleh Tajuddin atas arahan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Atas
jaminan ini Tajuddin telah mengambil pinjaman peribadi bagi membayar
harga pembelian itu bernilai RM1.8 bilion.mewakili
premium sebanyak RM4.32 atau 117 peratus daripada harga pasaran pada
RM3.68 sesaham apabila perjanjian itu telah ditandatangani pada 20
Disember 2000.
Akibatnya,
Tajuddin menjadi peminjam perseorangan yang terbesar di Malaysia.
Tetapi janji ini telah tidak ditepati oleh kerajaan. Bila kerajaan
membeli balik 32 peratus saham MAS itu daripada Tajuddin dalam tahun
2001, beliau dibiarkan menanggung pelbagai liabiliti sehingga beliau
disaman oleh Danaharta dan terpaksa menjual syarikat miliki beliau
pada forced-sale
price.
Akhbar
New Straits Times (7 Julai 2006) menyifatkan pendedahan ini
sebagai;"...likely
to send tremors through the corridors of business and
politics." Akhbar
internet Sun2Surf pada 6 Julai pula menyifatkan pendedahan Tajuddin
sebagai satu bombshell .
Pemimpin
pembangkang, Lim Kit Siang menuduh Tun Daim telah berbohong:"Daim
had deceived parliament and the nation when he allegedly made false
claims in the Dewan Rakyat on March 21, 2001 over the RM1.8 billion
buy-back of MAS shares by the Government. that Daim as finance
minister at that time, claimed that no special considerations were
given to Tajuddin in buying back the MAS shares from Naluri."(NST,
7 Julai 2006).
Nampaknya,
kes ini merupakan satu skandal melibatkan pemimpin atasan dan
kerajaan yang ada perlu mengambil tindakan yang wajar.
Mahathir
dan Daim mereka penjualan MAS kepada Tajudin untuk menjana
‘keuntungan di atas kertas’ bagi mengimbangi kerugian yang telah
dilakukan oleh Bank Negara.
Pada
asasnya, semua laporan ini menjelaskan bahawa kerajaan mengalami
kerugian yang dianggarkan RM10 bilion dengan ‘menjual’ MAS kepada
Tajudin Ramli dan kemudian ‘membeli semula’. Dan sebab untuk
jualan palsu ini adalah untuk membuat ‘keuntungan di atas kertas’
bagi menampung kerugian besar yang dialami Bank Negara sebanyak RM30
bilion (atau AS $ 10 bilion).
Bank
Negara secara teknikalnya telah muflis tetapi kerajaan tidak boleh
mendedahkan perkara ini. Jadi mereka mencipta ‘perakaunan kreatif’
untuk menunjukkan bahawa bencana itu tidak sebesar apa yang orang
katakan dan bahawa ia sebenarnya adalah ‘kerugian kecil di atas
kertas”. Pendek kata, kerajaan umpama “merompak Peter untuk
membayar Paul”, atau menggali lubang untuk menutup lubang yang
lain, meninggalkan lubang yang lebih besar di belakangnya.
Anda
boleh membaca lebih lanjut mengenai perkara ini dalam kedua-dua bahan
berita di bawah (Govt yet to apply to strike out Tajudin’s RM13.46b
suit dan MAS settles suits against Tajudin Ramli). Lanjutan dari itu
anda boleh membaca laporan khas The Sun Daily-6 Julai 2006, Tajudin
alleges secret deal with DrM and Daim.
No comments :
Post a Comment