Orang-orang
Pakatan berfikir bahawa para peguam hanya mempunyai satu klien dan satu tugas
dengan satu klien itu pada satu-satu masa.
Tetapi
dalam dunia sebenar, peguam mempunyai banyak klien dan banyak kerja pada masa
yang sama. Malah, peguam juga boleh mempunyai banyak kerja untuk klien yang
sama pada masa yang sama.
Dalam
kes Anwar, Shafee dituduh dibayar oleh Najib untuk mendakwa Anwar kerana
terdapatnya dakwaan pembayaran daripada Najib lebih kurang pada masa yang sama
(yang sebenarnya adalah tidak benar kerana pembayaran pertama yang didakwa
dibuat adalah 5 bulan sebelum perbicaraan Anwar di Mahkamah Rayuan).
Ia
seolah-olah Shafee dan firma guamannya tidak mempunyai klien lain dan tidak ada
kerja lain selain satu klien (Najib) dan satu kerja dengan Najib iaitu untuk
mendakwa Anwar.
Shafee
dan firmanya, panel peguam yang dipercayai oleh UMNO selama bertahun-tahun
semestinya mempunyai banyak kerja oleh UMNO pada bila-bila masa – sama ada
kes-kes komersial, sivil, jenayah atau atas dasar khidmat nasihat atau pemegang
amanah.
Najib
mempunyai kuasa sebagai wakil bagi UMNO untuk menggunakan akaun khas presiden
untuk membuat bayaran seperti itu.
Walau
bagaimanapun, Pakatan yang berfikiran cetek dan dalam keadaan berangan-angan
hanya akan berfikir bahawa sebarang bayaran hanya untuk satu tujuan tertentu
sahaja.
Biar
saya beri anda contoh:
Gobind
Singh DAP adalah peguambela utama bagi Lim Guan Eng dalam kes rasuahnya.
Sudah
tentu, Lim Guan Eng atau DAP perlu membayar Gobind Singh yuran undang-undang
dan perbelanjaan.
Beberapa
bulan kemudian Gobind Singh juga bertindak sebagai peguambela utama bagi
seorang Datuk Seri yang dituduh sebagai ketua Geng 24, sebuah organisasi
jenayah kongsi gelap.
Berdasarkan
logik Pakatan, bolehkah ini membuktikan bahawa sebarang bayaran daripada DAP
atau Lim Guan Eng untuk perkhidmatan Gobind Singh bermakna DAP atau Lim Guan
Eng membayar Gobind Singh untuk mempertahankan ketua Geng 24?
Sudah
tentu tidak. Tetapi itulah bagaimana Anwar dan Pakatan berfikir.
Oleh
Lim Sian See
No comments :
Post a Comment