Lim Guan Eng kembali bermasalah.... apa pula kali
ini dia akan temberang dan berdolak dalik?
Beberapa
hari lepas, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy yang terkenal
kerana hubungkaitnya dengan kumpulan pengganas LTTE membela lebihan pembayaran
bernilai lebih RM136 juta untuk bayaran tiga laporan untuk tiga batang jalan
sahaja. sebagai berbaloi dan munasabah.
Sebaliknya
P. Ramasamy menuduh Menteri Di Jabatan
Perdana Menteri Dato’ Abdul Rahman Dahlan dan pasukannya sebagai 'berimaginasi
liar' untuk membuat tuduhan tersebut.
Sebelum
itu, Abdul Rahman Dahlan dan pasukannya memberikan empat soalan kepada KerajaanNegeri Pulau Pinang berhubung ketirisan dan penyalahgunaan kuasa serta
penyelewengan selepas empat orang pemimpin kanan DAP menyanggah dakwaan bahawa
Pulau Pinang sedang menjadi negeri yang gagal dan muflis selepas berada di
bawah pentadbiran DAP.
Daripada
empat soalan tersebut, salah satunya adalah membabitkan projek Pelan Induk
Pengangkutan Pulau Pinang (PMTP) yang telah meningkat harganya dari RM27 bilion
menjadi RM46 bilion pada tahun sebelum ini sebagaimana yang dinyatakan oleh
Chow Kon Yeow, Exco Kanan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Juga
persoalan yang dibangkitkan sendiri dua bulan lalu oleh Ketua Menteri Pulau
PInang, Lim Guan Eng bahawa penyiapan laporan yang sangat popular bernilai
RM305 juta untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang dimulakan pada
2013, ditunda lagi dan kali ini sehingga ke hujung tahun. Alasan yang diberikan
untuk penundaan tersebut adalah kerana projek yang diberikan oleh Barisan
Nasional pada 1999 atau 18 tahun lalu.
Gelagat
DAP dan Lim Guan Eng yang menyalahkan BN bagi kegagalannya sendiri, memang
sudah sedia maklum!
Yang
dipersoalkan adalah Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang mengandungi
dua bahagian dengan tiga batang jalan dan terowong itu sendiri bernilai RM6.34
bilion.
Berdasarkan
Laporan Perakaunan Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2016 membabitkan 3 jalan
utama dan projek terowong itu yang disebut dalam Sidang DUN 22 Mei 2017,
ketiga-tiga batang jalan dalam projek tersebut terdiri daripada:
-
Jalan berkembar Tanjung Bungah ke Teluk Bahang sepanjang 10.53 kilometer
bernilai RM377.6 juta.
-
Lintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam sepanjang 5.7
kilometer bernilai RM851 juta.
-
Lintasan dari Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Pesiaran Gurney sepanjang 4
kilometer bernilai RM757.9 juta.
Secara
keseluruhan, ketiga-tiga batang jalan tersebut apabila digabungkan hanya
sepanjang 20.23 kilomenter dan nilai pembinaannya adalah RM1.99 bilion atau
RM98.2 juta bagi setiap kilometer.
Daripada
laporan PAC Pulau Pinang sendiri, RM305 juta untuk kos kertas laporan sahaja,
telah diserahkan kepada pemegang konsesi projek. Secara tidak langsung, laporan
kebolehlaksanaan untuk ketiga-tiga batang jalan tersebut menelan kos sebanyak
RM31.3 juta manakala kos untuk fi bagi rekabentuk pula adalah RM177.5 juta,
menjadikan jumlah keseluruhan fi sahaja adalah RM208,755,080.
Kos
tersebut tidak termasuk kos laporan yang lebih komplikated untuk terowong dasar
laut itu lagi, yang menokok lagi fi berjumlah RM96 juta.
Dalam
laporan PAC Pulau Pinang itu, Kerajaan Negeri cuba mewajarkan penyelewengan
yang telah mereka lakukan menerusi nilai kos yang terlalu tinggi yang telah
dilaporkan oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Pulau Pinang.
Walaupun
kos laporan kebolehlaksanaan tidak tertakluk di bawah garis panduan Kerajaan
Persekutuan, kos untuk rekabentuk dikawal oleh Pusat berdasarkan penggazetan
skala fi tertentu. Skala fi ini tidak ditentukan oleh persatuan jurutera tetapi
oleh Lembaga Jurutera.
Dalam
surat mereka, Lembaga Jurutera menyatakan bahawa kos RM177,485,756 telah
dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau PInang kepada pemegang konsesi, EMPAT KALI
GANDA lebih tinggi berbanding jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah skala fi
yang digazetkan. Jumlah sepatutnya mengikut perkiraan Lembaga Jurutera hanyalah
RM41,052,003.62 sahaja.
Sekaligus
menunjukkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah terlebih banyak sebanyak RM136.4
juta.
Berdasarkan
jawapan bertulis yang diberikan kepada DUN Pulau Pinang pada 19 Mei 2017, Exco
Pulau Pinang, Lim Hock Seng mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan RM208.8 juta
telah pun dibayar kepada pemegang konsesi menggunakan TANAH KERAJAAN NEGERI.
Kenyataan
Lim Hock Seng itu membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah pun membuat
bayaran penuh untuk keseluruhan kos fi untuk kebolehlaksanaan dan reka bentuk
bagi ketiga-tiga batang jalan.
Projek
tersebut telah ditandatangani pada penghujung 2013. Pembinaan dua daripada tiga
batang jalan tersebut sepatutnya dimulakan pada tahun 2015 dan disiapkan pada
tahun 2018. Bagaimanapun, sehingga kini, tiada sebarang jalan telah dimulakan
pembinaan fizikalnya.
Dari
tahun 2015, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng terus berdolak dalih
berhubung projek terowong dasar laut itu. Antara alasan yang paling tidak masuk
akal ialah kebimbangan bahawa jalan-jalan berkenaan tidak boleh dibina lagi
kerana tidak diketahui di atas tanah siapakah jalan tersebut akan dibina.
Terbaharu,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa paling awal pembinaan boleh
dijalankan adalah pada pertengahan 2018 atau lebih tepat lagi, selepas PRU-14.
Justeru,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP perlu mengisytiharkan
mengapa mereka telah membayar lebihan sebanyak 400% lebih tinggi daripada skala
fi yang telah digazetkan untuk rekabentuk terperinci bagi 3 batang jalan atau
lebih tepat lagi pembayaran menggunakan wang rakyat bernilai RM136 juta.
Lebihan
bayaran tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding perbelanjaan RM100
juta yang digunakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk usaha-usaha mitigasi
banjir semenjak tahun 2008, berdasarkan dakwaan yang dibuat oleh Chow Kon Yeow
pada 15 November 2016.
P.Ramasamy
bagaimanapun, menolak hujah-hujah tersebut, sebaliknya berkata dia hairan dari
mana Abdul Rahman Dahlan memperoleh figur 400% memandangkan bagi Kerajaan
Negeri Pulau Pinang, 'fi untuk konsultansi bagi projek tersebut adalah
berdasarkan kepada tender terbuka sebelum itu' yang dikendalikan oleh Kerajaan
Negeri.
"Fi
tersebut adalah munasabah dan masih lagi sekitar 10% sehingga 15% daripada
jumlah keseluruan kos pembinaan," katanya.
Dengan
kata lain, P.Ramasamy mengesakan bahawa fi untuk konsultansi bagi projek PTMP
yang bernilai RM46 bilion adalah antara RM4.6 bilion sehingga RM6.75 bilion.
Maka tidak hairanlah mark-up harga yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau
Pinang, begitu mengkagumkan kerana komisyennya sangat-sangat tinggi walaupun
yang akan membayarnya adalah rakyat Pulau Pinang berdasarkan kenaikan dan
penambahan cukai termasuklah kutipan wang parkir kereta yang dahulunya tidak
pernah dikenakan selain kenaikan tarif air yang telah dibuat enam kali dalam
tempoh 9 tahun DAP memerintah.
Difahamkan,
laporan kepada SPRM berhubung penyelewengan dan salahguna kuasa dalam isu ini,
akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Patutlah,
Lim Guan Eng sudah tidak menyembunyikan lagi hasratnya untuk menjadi calon
Perdana Menteri Malaysia walaupun sebelum ini bersungguh-sungguh berkata, orang
Cina tidak boleh jadi Perdana Menteri Malaysia walaupun Perlembagaan tidak
melarang atau menegahnya!!!
Baca juga pendedahan The Saviour
No comments :
Post a Comment