Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, June 7, 2017

Siasat Kekayaan Mahathir Anak Beranak



Mahathir terlalu sibuk menyerang dan menuding jari kepada Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi sehinggakan beliau sendiri gagal menjawab hasil kekayaan dan kemewahan yang dimiliki anak-anaknya. Tidak adil sekiranya Mahathir mahu SPRM menyiasat Zahid Hamidi sahaja, lebih adil sekiranya siasat sekali kekayaan yang dimiliki anak-anak Mahathir. Bagaimana anak-anak Mahathir boleh memiliki kekayaan? Dari mana anak-anak Mahathir dapat sumber wang dan kekayaan itu. Di sini didedahkan kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh anak- anak Mahathir iaitu seperti berikut:

Mukhriz Mahathir: 

Pada tahun 2009 ketika DS Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, beliau telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu DS Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Dato Mokhzani Mahathir. Pada Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd (TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4 billion. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom Holding Bhd apabila dalam tahun 2015 Telekom Malaysia

Pada Mac 2015 selepas Dato Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2%. Bursa Malaysia turut mengumumkan di dalam portal mereka. Mukhriz Mahathir terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri DS Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

Mokhzani Mahathir: 

Mokhzani pula tersenarai sebagai individu ke-28 paling kaya dengan jumlah kekayaan Mokhzani adalah sebanyak USD 420 juta (RM 1.8 bilion). Kerusi yang diduduki Mokhzani dalam Tongkah (Holdings Berhad) kemudiannya membuka pintu kepada anak bekas Perdana Menteri itu kepada pegangan tidak langsung kepada Phileo Allied Bank (dahulunya dikenali sebagai Allied Bank).

“Dahulu, bank berkenaan dimiliki oleh Phileo Allied yang dianggap sebagai entiti dinamik dan berteknologi inovatif dengan prospek yang meyakinkan. Mokhzani mengintai peluang dalam industri perbankan dengan pemeteraian kerjasama yang dilaksanakan menerusi gabungan antara Tongkah dan (perniagaan) berkaitan kesihatan, Pantai Holdings Berhad, yang sebahagian besarnya dimiliki Mokhzani secara peribadi.
Sekiranya Mahathir tidak membantu anaknya, bagaimanakah Mokhzani mampu meraih kedudukan dalam dunia korporat dengan begitu cepat. Dikatakan pengambilalihan saham Avenue Assets dan Tongkah oleh Pantai meletakkan Mokhzani dikedudukan tertinggi ekoran Avenue Assets merupakan satu-satunya pemegang saham terbesar dalam Phileo Allied.
Menganggap rancangan tersebut sebagai permulaan kepada rampasan kuasa terbesar dalam sejarah perbankan Malaysia, Raja Petra berkata, Pantai Holdings mengutip 20 juta saham Tongkah bernilai antara RM1.60 hingga RM4.64 bagi setiap saham sekitar 29 Ogos hingga 26 November 1997 – sejurus sebelum krisis kewangan 1997.

Pembelian berkenaan mewakili penambahan 12.2 peratus blok permulaan pegangan Pantai didalam Tongkah pada 29 Ogos. Kos terkumpul 14.7 peratus pegangan (Pantai) dalam Tongkah adalah RM87.4 juta. Selepas itu, Pantai memulakan kerjanya terhadap Avenue Asstes dan mula membeli 5.5 juta saham syarikat antara 12 September dan 17 November tahun sama.

Mirzan Mahathir: 

Mirzan Mahathir menguasai perniagaan besar seperti Sunway Building Technologies Berhad, Capetronic Consumer Electronics Holdings Berhad, World Wide Holdings Berhad, Artwright holdings berhad dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja Mirzan menjadi salah seorang Pengarah Syarikat San Miguel Corp, syarikat konglomerat makanan yang terbesar di Filipina yang juga terlibat dengan perniagaan arak. Dan terbaru Mizan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh. Kerja-kerja pembinaan telah terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa kerugian kira-kira RM 33 juta antara tahun 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan berkenaan.

Konsortium Perkapalan Mirzan Mahathir pernah berhadapan dengan muflis tetapi telah berjaya diselamatkan oleh Petronas dan MISC. Konsortium Perkapalan Mirzan Mahathir dibail-out selama dua tahun dan dua tahun selepas bail-out pada Februari 2000, syarikat Mirzan dilaporkan menerima kontrak lima tahun dari Tenaga Nasional untuk menghantar arang batu untuk loji kuasa Kapar menggunakan kapal jenis Panamax - walaupun pada hakikatnya Mirzan tidak lagi memiliki sebarang kapal!

Semua ini adalah kekayaan yang dimiliki oleh anak-anak Mahathir Mohammad yang sepatutnya disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Anak-anak Mahathir ini sudah terlalu kaya itupun Mahathir masih lagi tidak bersyukur sampaikan sekarang sanggup jatuhkan dan gulingkan Najib semata-mata. Alasan yang digunakan Mahathir dan anak beranak kononnya mahu menyelamatkan Malaysia, tetapi hakikatnya mahu selamatkan anak-anaknya dan kronismenya sendiri. 


Kesimpulannya pihak Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya menjalankan siasatan ke atas ketiga-tiga anak Mahathir kaya raya, Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz serta kroni-kroni Mahathir dengan segera.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.