Berikut
adalah pandangan saya terhadap saman sivil terkini melibatkan 250 mukasurat
dari Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat:
1.
Ia adalah saman sivil bagi mendapatkan pelucuthakan aset dan bukannya saman
jenayah.
Tiada
yang berubah sejak tahun lalu kecuali aset yang disenaraikan. Adalah penting
untuk anda ketahui, saman sivil bagi pelucuthakan aset adalah dibuat ke atas
aset dan bukan individu seperti Jho Low. Pemilik aset terbabit berhak mencabar
saman itu, di mana mereka turut lakukan itu di mahkamah di Amerika Syarikat.
2.
Ia hanyalah cerita ulangan dari saman terdahulu pada Julai 2016 tanpa sebarang
susulan.
Tiada
yang berubah sejak tahun lalu kecuali penambahan aset yang disenaraikan.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian orang ramai ialah dakwaan kononnya
berlian bernilai USD27 juta (RM118 juta) dihadiahkan kepada isteri MO1. Lihat
no 7 untuk memahami senario ini.
1MDB
tidak pernah meminjam atau kehilangan wang sejak Julai 2016. Malah, 1MDB
sebenarnya sedang meraih pendapatan dan membayar semula hutang pada tahun lalu.
3.
Tiada wang yang didakwa dibelanjakan atau dilaburkan adalah milik 1MDB.
Ia
bermakna wang yang disebutkan bukanlah wang 1MDB. Ia telah diperjelaskan tahun lalu. Sejak itu, pelbagai laporan turut mengesahkannya, terutama penyelesaian
IPIC – 1MDB pada April lalu di mana IPIC dilaporkan telah mendapatkan pembeli
bagi unit bernilai RM2.5 bilion dan turut bersetuju terhadap penyelesaian
berikut:
Kedua
pihak turut bersetuju untuk melalui perbincangan bagi pembayaran yang dibuat
oleh 1MDB kepada entiti berkaitan.
Contoh
untuk senario adalah sebagaimana berikut:
Bayangkan
jika saya membayar RM1,000 untuk pelaburan dan ia dimasukkan ke dalam akaun
anda. Sebagai pulangan, anda kemudian mengeluarkan satu dokumen untuk
menyatakan anda berhutang dengan saya RM1,000 dan anda memberi jaminan bahawa
saya akan menerima RM1,000 kembali.
Anda
kemudian membayar RM500 kepada seorang samseng.
Bolehkah
saya dituduh membayar RM500 kepada seorang samseng?
Sehubungan
itu, mengapa IPIC bersusah payah untuk mengeluarkan satu jaminan terhadap bon
bernilai USD3.5 bilion kepada satu negara lain? Mengapa Aabar mahu menjamin
satu lagi unit dana bernilai USD2.5 bilion milik 1MDB?
Sebab
itu 1MDB tetap dengan pendirian mereka bahawa tiada wang mereka yang hilang.
4.
Dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat bahawa unit di BSI atau Cayman
terlebih nilai atau tersalah nilai, tidak ada kena mengena dengan 1MDB.
Sebagaimana
diperjelaskan sebelum ini, nilai unit dijamin oleh Aabar Investments PJS. Bagi
1MDB, nilai minimum unit terbabit sudahpun dijamin oleh Aabar. Sebagaimana
dilaporkan oleh media Singapura, Aabar telah mendapatkan pembeli bagi unit
USD2.5 bilion itu (termasuk unit bernilai USD940 juta yang berbaki dalam dana
BSI) dan 1MDB sudah mula menerima perolehan tunai itu.
Pada
kedudukan 1MDB, mereka mempunyai sejumlah wang dalam unit BSI yang dijamin oleh
Aabar yang sebenar. Memandangkan Aabar yang sebenar telah mendapatkan pembeli
bagi membeli unit dana berkenaan dan membayar 1MDB jumlah sebenar, maka tidak
timbul sebarang persoalan sama ada unit dana berkenaan tidak bernilai atau di
bawah nilai mahupun terlebih nilai.
5.
Dakwaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kononnya wang itu diseleweng dari
pinjaman 1MDB di Deutsche Bank, tidak ada kena mengena dengan 1MDB.
Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat melaporkan pinjaman dari Deutsche Bank adalah bagi
membayar pembatalan opsyen yang dipegang Aabar sebagai pulangan kepada jaminan
IPIC terhadap pinjaman 1MDB berjumlah USD3.5 bilion pada 2012.
Menurut
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, wang itu dibayar kepada syarikat palsu
‘Aabar Seychelles’ yang didakwa mereka tiada kaitan dengan syarikat sebenar
Aabar yang berpangkalan di Abu Dhabi.
Bagaimanapun,
Jabatan Kehakiman turut mengesahkan bahawa pengarah tunggal Aabar Seychelles
juga adalah pengarah urusan Aabar yang sebenar dan rakan kongsi dalam Aabar
Seychelles yang disenarai dalam sijil pendaftaran syarikat adalah orang yang
sama dalam syarikat Aabar yang sebenar.
Dalam
hal 1MDB, mereka telah menggunakan pinjaman dari Deutsche Bank bagi membayar
Aabar sebagai pembatalan opsyen. Sama ada ia Aabar palsu atau yang sebenar, ia
tidak ada kena mengena dengan 1MDB selagi opsyen berkenaan sudah dibatalkan dan
ia sudahpun dibatalkan. Ini diperkukuhkan pula dengan fakta bahawa pihak yang
berurusan pada masa itu ialah Pengarah Urusan Aabar, Mohamad Husseiny dan
dokumen pendaftaran syarikat menyatakan
dengan jelas, pemilik ‘Aabar’ palsu juga dan pemilik Aabar sebenar adalah
individu yang sama.
Maka
dengan itu, jika terdapat penyelewengan wang atau penipuan, pihak yang menjadi
mangsa adalah Aabar PJS (pemilik Aabar) yang berpusat di Abu Dhabi dan bukannya
1MDB.
Di
mana ia turut membawa kita kepada penjelasan berikutnya:
6.
Perdana Menteri mahupun isterinya atau 1MDB TIDAK dinamakan sebagai defendan
dalam saman sivil itu.
Ini
bermakna Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat langsung tidak menganggap Datuk
Seri Najib, Datin Seri Rosmah mahupun 1MDB telah melakukan kesalahan. Malah,
dana sebuah syarikat pelaburan Abu Dhabi berjumlah USD125 bilion, Mubadala
Investment Company yang memiliki IPIC dan Aabar kini dinamakan sebagai salah
satu pihak terlibat dan kepentingan mereka terjejas.
7.
Tiada bukti untuk menyokong dakwaan Datin Seri Rosmah menerima berlian bernilai
USD27 juta.
Pertama
sekali, menerima hadiah tidak melanggar undang-undang. Berdasarkan kepada saman
sivil Jabatan Kehakiman, Jho Low telah membeli barang kemas bernilai USD200
juta bagi tempoh beberapa tahun dan memberikannya kepada beberapa pihak
termasuk ibunya.
Jho
Low turut didakwa menghadiahkan barang kemas bernilai jutaan dolar kepada
kekasihnya, model Australia bernama Miranda Kerr yang baru-baru ini berkahwin
dengan pengasas Snapchat yang juga seorang bilionair.
Maka,
jika menerima hadiah itu salah, ibu Jho Low dan Miranda Kerr perlu disumbat ke
dalam penjara.
Bagaimanapun,
keadaan di mana Jabatan Kehakiman mendakwa Rosmah menerima berlian itu sangat
meragukan.
Pertama
sekali, Jabatan Kehakiman mendakwa Rosmah telah melihat berlian berkenaan
dengan sekumpulan orang di atas kapal layar bernama Topaz.
Kapal
layar Topaz bukanlah sebuah bot biasa tetapi pada masa itu adalah kapal layar
terbesar di dunia dan masih dimiliki oleh Sheikh Mansour bin Zayed.
Sheikh
Mansour bukan sahaja antara individu terkaya di dunia dengan nilai harta
dianggarkan berjumlah USD38 bilion (RM162 bilion) pada 2014, tetapi beliau juga
adalah Timbalan Perdana Menteri Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Menteri Hal Ehwal
Presiden dan ahli keluarga pemerintahan diraja Abu Dhabi. Beliau juga adalah adik
kepada Presiden UAE pada masa ini.
Selain
itu, Sheikh Mansour adalah Pengerusi IPIC dan bos kepada kedua-dua pengerusi
Aabar, Khadem Al-Qubaisi dan Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Badawy
Al-Husseiny, dua individu yang paling banyak dinamakan dalam isu ini.
Kedua-dua
individu ini tidak lagi didakwa dengan apa apa jenayah di negara mereka. Malah,
laporan terkini mengatakan Khadem Al Qubasi masih lagi menetap di UAE dan di
bawah perlindungan Sheikh Mansour Zayed.
Ini
meninggalkan kita kepada dua kemungkinan:
Pertama:
Berlian itu mungkin adalah hadiah dari Sheikh Mansour kepada Rosmah. Keluarga
diraja Arab dikenali gemar memberi hadiah mahal kepada keluarga pemimpin dunia.
Lagipun, jumlah USD27 juta hanyalah faedah dari kekayaan USD38 bilion yang dimiliki
Sheikh Mansour.
Itu
pun jika Rosmah ada menerima berlian itu. Lagipun, orang kenamaan dari negara
lain tidak akan secara tiba-tiba menaiki kapal layar terbesar di dunia dan
dimiliki keluarga diraja Arab dan adalah antara individu terkaya di dunia tanpa
pemiliknya mengetahui kehadirannya.
Bagaimanapun,
jika benar Rosmah menerima hadiah itu dari Sheikh Mansour, saya fikir eloklah
beliau kembalikan kerana mungkin ia tidak sesuai untuk menerima hadiah sebegitu
mahal.
Kedua:
Jika Rosmah tidak pernah menerima berlian itu langsung dan Jabatan Kehakiman
diberi maklumat palsu oleh pembangkang.
Berdasarkan
kepada saman Jabatan Kehakiman, adalah penting untuk kita beri perhatian kepada
maklumat berikut, bahawa Rosmah tidak membuat pesanan untuk berlian itu, membayarnya
atau menerima berlian berkenaan.
Ia
juga tidak pernah dibuktikan bahawa Rosmah pernah memiliki berlian itu.
Dakwaan
Jabatan Kehakiman adalah kononnya seorang rakan warga Malaysia telah mengambil
berlian itu dan ia sepatutnya menyerahkan berlian bernilai USD27 juta itu
kepada Rosmah. Tetapi tiada bukti bahawa berlian itu sudahpun diserah kepada
Rosmah.'
Ini
turut membawa kita kepada perkara berikut:
8.
Kisah rantai berlian dan saman sivil Jabatan Kehakiman ini tampak dibuat atas
sebab politik.
Pertama,
Jabatan Kehakiman tidak mempunyai sebarang bukti bahawa Rosmah pernah menerima
berlian itu namun tetap memasukkan maklumat tidak sahih itu dalam saman
sivilnya dan hanya berdasarkan hearsay atau dengar cakap.
Kedua,
kisah tidak sahih itu senada dengan tuduhan pembangkang kononnya Rosmah membeli
berlian dan cincin, sehingga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli disaman oleh Najib
dan Rafizi mengaku melalui keterangannya di mahkamah bahawa dia hanya bergurau
mengenai tuduhan tentang cincin dan berlian itu.
Ketiga,
masa yang dipilih sangat meragukan kerana ia seminggu sebelum kita semua balik
kampung untuk Hari Raya dan ia akan menjadi satu kisah yang sedap dibincangkan
di kampung.
Pada
2015, WSJ mengeluarkan laporan mengenai RM2.6 bilion pada 2 Julai iaitu
kira-kira dua minggu sebelum Hari Raya.
Manakala
tahun lalu, Jabatan Kehakiman yang sama membuat sidang media pada Syawal
mengenai saman sivil mereka.
Bukanlah
rahsia yang pakatan pembangkang mengharapkan ‘Tsunami Melayu’ pada pilihanraya
akan datang dan kisah seumpama ini pada musim Hari Raya akan memanfaatkan
mereka.
Ia
juga bukanlah rahsia dengan siapa Pakatan bekerjasama dan telah menerima dana
dari George Soros untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dan Najib.
Lewat
tahun lalu, laman web yang sering membuat pembongkaran Wikileaks, membongkar
perincian pada Mac 2016 tentang kerja melobi yang dilakukan Soros di dalam
kerajaan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Najib dan menggantikannya dengan
Anwar Ibrahim.
Dokumen
rahsia dari Wikileaks itu menunjukkan dengan jelas Soros memberitahu Kerajaan
Amerika Syarikat bahawa Najib tidak setia kepada Amerika Syarikat dan turut
berbaik dengan China.
Soros
turut memberitahu Kerajaan Amerika Syarikat bahawa Anwar akan menjadi Perdana
Menteri jika Najib digulingkan. Dan jika Najib gagal digulingkan, Anwar akan
tetap memberikan Kerajaan Amerika Syarikat maklumat dan kedudukan strategik
mengenai Malaysia untuk Kerajaan Amerika Syarikat.
Empat
bulan selepas kerja melobi itu, Kerajaan Amerika Syarikat melalui Jabatan
Kehakiman melancarkan saman sivil terhadap 1MDB dan menggunakan sebaik mungkin
perkataan MO1 bagi memburukkan Najib dan Barisan Nasional.
Adakah
itu secara kebetulan? Tentu tidak.
Ada
pula individu pembangkang yang bangga jika dipanggil ejen CIA atau ejen negara
asing sebagaimana dilaporkan Malaysiakini minggu lalu.
Mengapa
rakyat Malaysia dan pemimpin pembangkang mahu bekerjasama dengan kuasa negara luar
untuk melancarkan propaganda dan memburukkan Malaysia agar mereka dapat
berkuasa?
Ini
adalah satu sabotaj terhadap negara kita. Ia satu penderhakaan.
9.
Keuntungan dan perolehan 1MDB tetap tidak terjejas.
Tiada
mana-mana rakyat Malaysia mahupun generasi akan datang perlu membayar hutang
1MDB. Lanjutan dari penyelesaian IPIC dan 1MDB pada April 2017 serta usaha
rasionalisasi dilakukan, 1MDB kini memiliki aset bernilai RM60 bilion
berbanding dengan hutang jangka panjang (sehingga 2039) dianggarkan RM41.7
bilion.
Jika
anda mempercayai Malaysiakini, maka keuntungan 1MDB akan bertambah lebih besar
kerana unjuran kepada nilai Bandar Malaysia adalah RM90 bilion dan bukannya
RM26 bilion.
Mengambil
kira unjuran itu, aset 1MDB kini adalah RM124 bilion berbanding hutang RM41.7
bilion.
Untuk
sekian lamanya, Pakatan dan portal menyokong mereka berterusan mendakwa
kerajaan akan muflis kerana hutang 1MDB (di mana pada masa sama, ia telah
dilangsaikan dan selebihnya sedang diuruskan) dan kononnya kerajaan terpaksa
menggunakan GST, menggunakan subsidi minyak, menaikkan harga gula dan banyak
lagi tuduhan untuk menyelamatkan 1MDB dan kononnya hutang syarikat itu akan
menjadi beban kepada generasi akan datang.
Tetapi
kini, penyokong Pakatan berkata kerajaan akan membuat keuntungan dari 1MDB dan
tiada lagi hutang yang akan membebankan generasi akan datang.
Maka,
tidak akan berlaku sesiapa perlu membayar hutang 1MDB. Malah, kemungkinan dan
unjuran 1MDB akan membuat keuntungan adalah sangat tinggi.
10.
Berbeza dengan masa lalu, pasaran kewangan tidak memberi sebarang reaksi kepada
berita tentang saman sivil Jabatan Kehakiman ini. Begitu juga dengan kebanyakan
rakyat Malaysia. Malah, nilai Ringgit juga tidak melemah dan bursa saham tidak
jatuh.
Malah,
pasaran saham Bursa Malaysia menokok disebalik berita ini. Ia berterusan
meningkat selaras dengan perkembangan ekonomi Malaysia yang baik dan prospek
kita terus cerah. Pelabur berterusan memberi keyakinan kepada agenda
transformasi yang dilakukan Perdana Menteri.
Tidak
seperti masa lalu, rakyat Malaysia sudah mula memberi reaksi berbeza kepada
berita Jabatan Kehakiman – 1MDB ini.
Sebagaimana
ditulis wartawan veteran, Rocky Bru semalam:
“Sudah
setahun sejak Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengumumkan mengenai saman
sivil melibatkan 1MDB. Sejak itu, Amerika Syarikat telah memilih Presiden
baharu, Dr Mahathir Mohamad mengesahkan keinginannya mahu kembali sebagai
Perdana Menteri dan saman sivil Jabatan Kehakiman masih tiada tindakan lanjut (hanya pengumuman).
“Tindakan
terkini jabatan itu masih mewujudkan elemen yang sama dan sensasi sebagaimana
dilakukan mereka Julai tahun lalu.
“Maka
mengapa tidak ramai rakyat Malaysia yang membincangkannya sebagaimana Julai
lalu? Saya turut berada dalam beberapa grup Whatsapp dan hanya satu grup sahaja
yang membincangkan tindakan terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, dan
maksud ‘membincangkan’ itu hanyalah seorang individu yang menyertakan capaian
kepada berita itu yang boleh diguna untuk menyerang PM Najib.
“Adakah
itu bermakna kita sudah lali dengan dakwaan berlaku rasuah atau mencuri
berbilion?
“Atau
kita secara amnya sudah tidak lagi mempercayai dakwaan Jabatan Kehakiman
Amerika Syarikat, apatah lagi sejak Julai lalu, tiada apa yang berlaku selepas
itu?”
Pada
kebanyakan orang dan terima kasih kepada kejayaan rasionalisasi 1MDB dan bukti
ketara terhadap perkembangan dilakukan, ramai rakyat Malaysia sudah memahami
cerita (negatif) mengenai 1MDB adalah membosankan dan sudah basi.
Serangan
berterusan Pakatan terhadap 1MDB tidak membantu mereka di Pilihanraya Negeri
Sarawak tahun lalu dan menerima kekalahan. Ia juga tidak membantu mereka menang
di dua pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Maka,
anda pasti tertanya-tanya mengapa Pakatan masih lagi bersikap bengap dan
mahukan hasil yang berbeza dengan melakukan (serangan) yang sama berulangkali?
Ditulis
oleh Lim Sian See.
No comments :
Post a Comment