CTS : Ketua Menteri DAP Joseph Lim Guan Eng mengakui kos operasi
Rejim Pulau Pinang naik 500% pada 2017 atau RM324 juta berbanding RM19 juta
pada 2008. Kononnya kos meningkat untuk pastikan projek dan program dapat
dilaksanakan.
Bagaimanapun, Jospeh Lim Guan Eng tidak menjawab bagaimana
Rejim Pulau Pinang mampu menjana pendapatan bagi menampung kenaikan 500 peratus
bagi perbelanjaan tahunan namun masih mencatatkan lebihan.
Adakah ianya dana dari Kerajaan Persekutuan, atau dari
cukai yang dikenakan terhadap penduduk Pulau Pinang sebanyak lima kali ganda
melalui kenaikan cukai penilaian harta, denda dan menaikkan kadar bekalan air
empat kali ganda? Atau, adakah ia hasil dari peningkatan jualan tanah serta
aset kerajaan negeri?
Jika benar pendapatan tambahan itu adalah dari penjualan
tanah serta aset kerajaan negeri, mengapa Kerajaan negeri berkenaan tidak boleh
menjual sebidang tanah yang bernilai RM1 bilion bagi mengelak meminjam dari
Bank EXIM di China yang akan turut melibatkan kos faedah?
Exco Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengesahkan kepada The
Edge pada 22/07/2016 adalah tepat dengan menyatakan kos projek Pelan Induk
Pengangkutan Awam (PMTP) Pulau Pinang telah meningkat dari RM27 bilion kepada
RM46 bilion, yang menyaksikan peningkatan sebanyak RM19 bilion.
Bagaimana Rejim Pulau Pinang akan menampung kenaikan RM19
bilion tersebut? Adakah melalui pinjaman daripada Bank EXIM China atau dari
bank lain, atau mencagarkan seluar dalam Ketua Menteri?
No comments :
Post a Comment