Di
atas adalah kononnya dokumen rahsia sulit lagi menyulitkan yang disebarkan
melalui media sosial, dikatakan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak menyalah
gunakan dana SRC untuk membayar Peguam Negara, TS Muhammad Shafee Abdullah
berjumlah RM9.5 juta untuk kos guaman Anwar Ibrahim.
Nampak
cantik dan tersusun. Sayangnya, bukti yang digunakan oleh Sotong dan pengikut
agamanya hanyalah dibuat dengan menggunakan aplikasi 'spreadsheet'? Tiada
pengesahan? Kenapa tidak cakap dari awal? Anak saudara penulis yang berumur 8
tahun mungkin boleh melakukan dengan lebih baik!
Kalau
hendak menipu boleh. Sekurang-kurangnya, dapatkanlah *'3rd party verification'*. *Jelaskan
tuduhan, dedahkan bukti yang tidak nampak lucu satu persatu dan jelaskan
naratif*. Hendak menipu tidak pandai. Mungkin di mata penganut agama Sotong,
perkara ini nampak besar, namun bagi seorang juruaudit bertauliah yang
berpengalaman berbelas tahun, 'spreedsheet' di atas hanya dibakul sampahkan.
Mudah-mudahan
TS Muhammad Shafee akan menyaman pihak-pihak yang membuat fitnah bodoh ini.
Biar mereka gelabah mencari bukti. Teringat penulis dekat DAP. Mungkin Sotong
belajar dari DAP yang digunakan ketika Kongres DAP dan pemilihan CEC DAP.
Itupun 'spreadsheet' yang digunakan DAP banyak yang silap.
Nota
Kaki: Dengar balik apa kata idola pembangkang, Tun Dr Mahathir mengenai bukti
jenayah DS Najib Tun Razak. Transkrip terjemahan dalam Bahasa Malaysia turut sertakan
kerana tahu pengikut agama Sotong pemalas dan bodoh!
[ Baca Berita Asal]
[ Baca Berita Asal]
No comments :
Post a Comment