Megat Panjialam

. إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفّاً كَأَنَّهُم بُنيَانٌ مَّرْصُوص 61.4. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.

Wednesday, June 7, 2017

DAP Serang Umat Islam,Gelar Islam Ekstremis Apabila Bantah Perhimpunan Jerusalem Jubilee Di Bulan Ramadhan




Kenyataan media Teresa Kok,beliau anggap mana mana umat Islam yang membantah perhimpunan Jerusalem Jubilee adalah ekstremis.

Inilah nasib umat Islam dinegara ini yang agama rasminya adalah Islam. Dituduh ekstremis oleh evengelist kristian DAP yang diberi kerakyatan Malaysia .

*KENYATAAN MEDIA*

1. Rakyat Malaysia harus mengambil sikap terbuka untuk menerima penganjuran Jerusalem’s Jubilee sebagai sebahagian daripada hak kebebasan beragama yang dijamin negara ini seperti termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
_”Perkara 11( 1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agama masing-masing serta berhak untuk mengembangkan ajaran agama masing-masing.”_
_”Perkara 11 (3) juga ada menyentuh setiap kumpulan agama mempunyai hak mereka tersendiri dalam menguruskan hal ehwal agamanya”_

2. Sambutan ini bukanlah keraian untuk ulang tahun penubuhan negara Israel seperti dihebahkan dalam media sosial, tetapi merupakan acara keagamaan penganut Yahudi dan Kristian untuk memperingati perjalanan kerohanian sebagai seorang pengikut Jesus yang setia.

3. Tindakan beberapa pihak menjadikan sambutan ini sebagai isu dipercayai bermotifkan politik dan bersifat ekstremis memandangkan sambutan ini diraikan di seluruh dunia termasuk di negara Islam Timur Tengah seperti Jordan.

4. Sebagai penganut Kristian, saya merasakan sambutan ini tidak harus dijadikan modal politik beberapa pihak terutama menjelang pilihan raya umum dan wajar diraikan atas konsep kepelbagaian agama serta multi-kaum di negara ini.

5. Saya menolak sikap ekstremis beberapa pihak dan saya percaya penganut Islam juga boleh menghormati hak penganut ajaran Jesus kerana acara ini julung kali diadakan di Malaysia.

6. Kita harus berbangga kerana Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah sambutan ini kerana acara ini membuktikan bahawa negara kita dirahmati dan dihormati pengikut Kristian di peringkat global.

7. Sebagai sebuah negara, saya percaya toleransi adalah asas kepada perpaduan dan kesaksamaan untuk setiap rakyat mengamalkan dan mempercayai hak mereka seperti diberikan oleh ‘Our Founding Father’.

8. Secara peribadi, saya menolak sekerasnya sebarang tindakan dari mana-mana pihak terutama parti politik yang berasaskan perkauman untuk menjadikan isu ini sebagai bahan politik untuk meraih sokongan menjelang pilihan raya.


TERESA KOK
Ahli Parlimen Seputeh
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP


-----------------------------------------------------------------

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dijadual diadakan di Melaka dari 15 hingga 18 Jun ini.

Beliau yang juga menteri dalam negeri menegaskan penganjuran perhimpunan itu hanya akan melukakan hati umat Islam jika ia dibenarkan berlangsung.

“Bila hati umat Islam tersentuh, terhiris, dilukai …saya sebagai menteri dalam negeri mengarahkan pihak polis mengharamkan perjumpaan itu. Ini adalah mesej yang lantang dan jelas.

“Sesiapa yang menganjurkan Jerusalem Jubilee, permit kamu dibatalkan di bawah arahan rasmi saya selaku menteri dalam negeri,” katanya semasa berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni di Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak di sini hari .

Arahan Menteri Dalam Negeri cukup jelas,tetapi pihak evengelist melabelkan umat Islam yang membantah sebagai ekstremis.

Tahukah anda kenapa perlu dibatalkan perhimpunan ini.

1.   merujuk kepada tular poster yang tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam dalam negara ini bertajuk “All Malaysian-Golden Gate Nation Revival Convocation” (AMGGNRC) sempena sambutan Jerusalem Jubilee yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Jun 2017, bertempat di Calvary Live Assembly Chinese (CLAC), bandar Melaka.

2.      Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moderate yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sepatutnya tidak dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan jahat untuk mengadakan program berbaur hasutan seperti ini.

3.      Mana-mana pihak yang mengadakan program seumpama ini boleh dianggap menghina negara dan agama Islam kerana program ini dianjurkan sempena kemenangan orang-orang Yahudi ke atas umat Islam di Palestin dan kejayaan Israel Zionis menjajah negara umat Islam yang sah iaitu Palestin 50 tahun yang lalu. Umat Kristian seluruh dunia menyambut secara serentak Jerusalem Jubilee di bawah satu pertubuhan induk yang bernama International Christian Embassy Jerusalem. Kita juga berasa sungguh pelik kenapa Melaka dipilih sebagai tuan rumah? Sambutan ini dianggap sebagai satu sambutan bersejarah pihak Israel dan pihak Kristian Evangelis di Malaysia merayakannya secara besar besaran pula.

4.      Apa yang menarik ialah, sejak bila pula Kristian dan Zionisme berbaik-baik dan bekerjasama di bawah satu agenda induk? Kumpulan ini akan mengadakan sambutan besar-besaran Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15-18 Jun 2017 nanti. Pada 1967, Perang Enam Hari (Six Day War). Pihak berkuasa Israel telah mengisytiharkan hari tersebut sebagai cuti umum sebagai merayakan kejayaan Yahudi Zionisme.

5.      Kenapa pihak Kristian Malaysia memilih untuk menyambut sambutan ke 50 Tahun kemenangan tentera Israel menggodam bumi Palestin pada bulan Ramadan dan di Melaka pula?

6.   sambutan ini ada kaitan dengan gerakan evangelisme di Malaysia. Program ini menjemput tokoh-tokoh Kristian dari luar negara bagi tujuan menghasut penganut Kristian Malaysia untuk mendokong gerakan Zionisme dan mengkelam-kabutkan keharmonian dan kedamaian di Malaysia dan seterusnya menjadikan negara Islam Malaysia sebagai sebuah negara berorientasikan Golden Gate Christian bagi tujuan kebangkitan Israel yang tertekan.

7.  program seumpama ini yang tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam dalam negara ini bahkan menghina umat Islam, mencabar kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

8.  tiada umat Islam yang rela dan reda sambutan Jerusalem Jubilee bagi menyambut kejayaan rejim Israel merampas kota Jerusalem dalam peperangan 6 hari 1967 diadakan dalam negara Islam ini.


No comments :

DISCLAIMER

Blog ini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Penulis tidak memaksa anda memasuki blog ini dan tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi, atau disaman jika melanggar akta mesin cetak dan lain-lain undang-undang yang berkaitan. Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.